Thursday, 15 October 2015

AS, Rusia jadikan Syria medan Perang Dingin



AP - PENYOKONG kerajaan Syria dilihat memegang sepanduk pro-Rusia sebagai tanda terima kasih atas campur tangan Moscow dalam satu perarakan di Damsyik kelmarin.


BEIJING – Akhbar utama China semalam menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Rusia mengulangi sejarah konfrontasi Perang Dingin dengan melancarkan operasi ketenteraan di Syria.
Beijing mengingatkan kedua-dua seteru itu bahawa era tersebut sudah berakhir dan mereka wajar ke meja rundingan.
Akhbar The People’s Daily milik Parti Komunis China menyatakan bahawa AS dan Rusia menggunakan Syria sebagai proksi untuk konfrontasi diplomatik dan ketenteraan, seperti ketika Perang Dingin beberapa dekad lalu.
“Ketika itu, AS dan negara bekas Kesatuan Soviet menggunakan konfrontasi diplomatik, ekonomi dan ketenteraan di bumi negara lain bagi meningkatkan pengaruh masing-masing. Ini gambaran lama era Perang Dingin.
Walaupun China secara umumnya memihak kepada Rusia mengenai isu Syria di Majlis Keselamatan, Beijing turut menyuarakan kebimbangannya berhubung campur tangan asing di bumi Syria.
Pada bulan lalu, Rusia melancarkan serangan udara besar-besaran di Syria sekali gus meningkatkan campur tangan asing dalam perang saudara di negara itu. Tindakan itu dikritik Barat sebagai percubaan untuk membantu Presiden Bashar Al-Assad dan bukannya mahu menghapuskan kumpulan militan Islamic State (IS) seperti yang didakwa Moscow.
AS dan sekutunya turut melancarkan serangan udara di Syria terhadap IS di samping menyokong kumpulan pembangkang yang menentang Bashar.
The People’s Daily menegaskan bahawa Syria tidak boleh dibiarkan menjadi perang medan perang proksi antara Rusia dan AS. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3oe5kaops 
Hakcipta terpelihara 

Kurdis Syria: Turki beri amaran kepada AS, Russia

RABU, 14 OKTOBER 2015 @ 7:06 PM

ANKARA: Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu, hari ini memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Russia mengenai bantuan ketenteraan dan sokongan politik yang "tidak boleh diterima" kepada puak Kurdis Syria untuk memerangi kumpulan militan IS di Syria. Terdahulu, Turki memanggil Duta AS dan Russia bagi memberi amaran berhubung pembekalan senjata dan sokongan kepada pasukan Kurdis Syria yang memerangi IS. "Kami mempunyai pendirian yang jelas. Pendirian itu sudah disampaikan kepada Amerika Syarikat dan Russia. "Turki tidak boleh menerima sebarang kerjasama dengan pertubuhan pengganas yang melancarkan perang terhadap kami," kata Davutoglu. Sementara itu, pegawai Kementerian Luar Turki memaklumkan bahawa Duta AS dan Russia dipanggil ke kementerian semalam "bagi menyampaikan pandangan Turki" mengenai Parti Perpaduan Demokratik (PYD) iaitu kumpulan utama Kurdis di Syria. "Amaran perlu sudah dikeluarkan," kata pegawai itu. Turki menganggap PYD sebagai kumpulan sampingan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melancarkan pemberontakan berdarah sejak 1984. - AFP

 PERDANA Menteri Turki, Ahmet Davutoglu. - Foto Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89018

Russia bedil 40 sasaran IS di Syria

PESAWAT Russia membedil sasaran IS di Syria dalam tempoh 24 jam lalu, memusnahkan beberapa depoh senjata dan kem latihan. - Foto AFP

MOSCOW: Pesawat Russia membedil 40 sasaran IS di Syria dalam tempoh 24 jam lalu, memusnahkan beberapa depoh senjata dan kem latihan, menurut Kementerian Pertahanan.
"Dari Pangkalan Udara Hmeimim, kru pesawat perang Su-34, Su-24M dan Su-25SM melakukan 41 serangan terhadap 40 sasaran pengganas IS di Aleppo, Idlib, Latakia, Hama dan Deir Ezzor," kata jurucakap kementerian itu, Igor Konashenkov, dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pesawat pengebom Russia juga memusnahkan kemudahan yang digunakan pejuang bagi membuat alat letupan dan bom kereta berhampiran bandaraya Aleppo.
"Semua bom itu untuk digunakan dalam serangan keganasan di bandaraya-bandaraya Syria dan penempatan serta kedudukan tentera kerajaan," katanya. - AF

Moscow dakwa IS hampir kalah


Moscow: Negara Islam (IS) dilapor berada di ambang kekalahan selepas sejumlah besar senjata, kenderaan berat dan kelengkapan perang musnah akibat serangan udara Russia.

Kumpulan militan itu yang menguasai sejumlah besar wilayah di Iraq dan Syria dikatakan menjadi sasaran serangan berterusan Russia sejak hampir tiga minggu lalu.

“Serangan udara di Syria menyebabkan kemusnahan besar senjata, kenderaan besar dan kelengkapan perang IS. Kumpulan itu mengaktifkan semua logistik mereka untuk mengangkut senjata dan minyak dari wilayah Raqqa,” dakwa Kementerian Pertahanan Russia di Moscow.

Stesen televisyen RT yang dibiayai kerajaan Russia mendakwa, komunikasi yang dipintas menunjukkan panglima IS mengancam berundur kecuali bekalan senjata tiba.

Minggu lalu, pegawai perisikan melaporkan anggota IS panik dan melarikan diri dari medan tempur ekoran pengeboman pesawat Russia.

“Mereka tidaklah seberani yang disangka. Mereka kini mahu menyelamatkan diri,” kata sumber tentera Russia.

Pemimpin Barat, termasuk Presiden Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Britain David Cameron mendakwa serangan Russia di Syria memburukkan keadaan dan hanya untuk membantu menyelamatkan Presiden Bashar al-Assad.

Bagaimanapun Presiden Russia Vladimir Putin mendakwa Barat cemburu dengan kejayaan negaranya.

“Mereka memerangi keganasan, tetapi hasilnya tidak ada,” kata Putin mengenai kritikan pemimpin Barat terhadap pembabitan negaranya di Syria.

Putin dilapor baru-baru ini bersiap untuk menghantar 150,000 tentera darat bagi menawan Raqqa, yang diisytihar IS sebagai ibu negaranya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 8:24 AM

KARIKATUR dari sebuah akhbar Saudi menyindir Presiden Syria, Bashar al-Assad.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85290#sthash.uBRfzUWq.dpuf

Turki beri AS, Russia amaran

AFP
Ankara: Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu semalam memberi amaran kepada Amerika Syarikat dan Russia berhubung sokongan tentera dan politik untuk pasukan militan Kurdis yang memerangi Negara Islam (IS) di Syria.

Turki sebelum ini memanggil duta kedua-dua negara kuasa besar itu untuk memberi amaran mengenai tindakan membekalkan senjata dan sokongan kepada pasukan Kurdis berkenaan.

“Pendirian kami cukup jelas. Kami sudah menyampaikannya kepada Amerika Syarikat dan Russia.

“Turki tidak boleh menerima sebarang kerjasama dengan pertubuhan pengganas yang memerangi kami,” kata Ahmet dalam kenyataan menerusi televisyen

“Seorang pegawai kementerian luar memberitahu wartawan, duta Amerika Syarikat dan Russia dipanggil ke kementerian itu untuk dimaklumkan mengenai pandangan Turki berhubung Parti Perpaduan Demokratik (PYD), parti utama Kurdis di Syria.

“Amaran disampaikan menerusi duta kedua-dua negara itu,” kata pegawai berkenaan.

Turki menganggap PYD cabang Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melancarkan kempen berdarah di Turki sejak 1984.

Tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada PYD di utara Syria sebagai cara menyokong kumpulan yang menentang IS.

Russia pula campur tangan di Syria dengan melancarkan serangan udara bagi menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad.

Seorang pegawai kanan negara itu mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan PYD Salih Muslim mengenai peperangan terhadap IS.

PYD menguasai sebahagian besar kawasan di utara Syria yang bersempadan dengan Turki.

Turki kini terbabit dalam dua peperangan menentang keganasan, dengan IS dan juga PKK, walaupun serangan udara kini banyak tertumpu di pangkalan militan Kurdis di utara Iraq.

Ahmet berkata, ada kerjasama antara PKK dan PYD.

“Ada anggota PKK yang pergi ke Syria untuk membantu PYD di sana.

“Sama seperti Amerika Syarikat dan negara lain memerangi kumpulan yang ada hubungan dengan al-Qaeda, kami juga memerangi PKK dan sekutunya.”

Menurutnya, Turki tidak boleh bertolak ansur dengan sokongan senjata yang diberikan kepada PKK dan sekutunya.

“Tidak siapa boleh memberi jaminan senjata yang dibekalkan kepada kumpulan Kurdis Syria tidak akan berakhir di Turki,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 8:25 AM

ULAMA Sunni Lubnan mengadakan tunjuk perasaan di depan kedutaan Russia di Beirut semalam kerana membantah campur tangan negara itu di Syria, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85294#sthash.spa1Gt9X.dpuf