## SYRIA, BANDAR HALAB LAMA@OLD ALEPPO CITY
Ini adalah gambaran di sekitar Kubu Halab (Citadel of Aleppo).. Kubu ini digunakan oleh panglima agung Solahuddin Al-Ayyubi dalam peperangan Salib, perjuangan membebaskan Al-Aqsa.
Kubu ini berusia ribuan tahun lamanya .., di dalamnya terdapat maqam Ibrahim, maqam nabi Khidir, istana Ayyubi, tempat mandian diraja, kuil sembahan tuhan kilat yang berusia ribuan tahun dan lain-lain lagi..,
Asal dinamakan Halab juga bersempena dengan kisah nabi Ibrahim. Halab di ambil dari perkataan "حلب" yang bermaksud memerah susu, ia di ambil sempena persinggahan nabi Ibrahim di tempat ini untuk berehat ketika dalam perjalanan menghantar Siti Hajar dan nabi Ismail ke tanah kering kontang, Mekah.
Di dalam kubu ini juga terdapat maqam nabi Khidir. Kubu ini digunakan oleh pemerintah Al-Ayyubi dalam mengawal dan menjaga tanah jajahan mereka. Di dalamnya juga terdapat kuil penyembahan tuhan matahari yang digunakan pada zaman lampau sebelum kedatangan empayar Islam.
Halab adalah antara bandar terlama di dunia! Tetapi apa yang berlaku di sekitar kubu ini hanya runtuhan bangunan dan kesan serangan regim.. Para penduduk semua pergi lari menyelamatkan diri dari menjadi sasaran sang durjana... Tiada lagi harta berharga yang "selamat" di rumah tinggalan ini...
Ketika "lawatan" kami ke sini, bunyi tembakan sniper riuh bagaikan menyambut kedatangan kami.. Dan itu adalah suasana biasa di situ kini.
Gambar kubu di atas ini di ambil oleh seorang "kawan" yang berani, kerana di celah tingkap yang terbuka itu ada muncung sniper yang sedang menantikan mangsanya..
Baca lagi berkenaan sejarah kubu ini di :
http://whc.unesco.org/en/ list/21
http://en.wikipedia.org/ wiki/Citadel_of_Aleppo
Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :
NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057
Paypal: msia4syria@gmail.com
InsyaAllah (If God will) the next mission will be in Ramadhan (Last July)

http://whc.unesco.org/en/
http://en.wikipedia.org/