21 NOVEMBER 2015
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Seorang calon yang bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Ben Carson mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila menyamakan pelarian yang melarikan diri daripada konflik di Syria sebagai anjing gila.
Ben Carson |
Carson, seorang pakar bedah otak yang telah bersara membuat kenyataan itu ketika kempen pilihan raya di Alabama, kelmarin.
"Kita mesti mengimbangkan antara isu keselamatan dan kemanusiaan. Jika ada anjing gila berkeliaran di kawasan kejiranan anda, sudah tentu anda menganggap sesuatu yang buruk bakal berlaku," katanya.
Carson turut mengkritik pentadbiran Presiden Barack Obama yang bercadang membawa masuk kira-kira 10,000 pelarian Syria ke AS.
"Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi menapis pelarian, supaya kita boleh mengesan anjing-anjing gila ini," katanya. - AFP