Tuesday, 12 April 2016

Imigran disekat masuk ke Macedonia merusuh






SEORANG lelaki membawa bayi yang cedera untuk dirawat selepas polis Macedonia menyembur gas pemedih mata ke arah imigran di perkampungan Idomeni, sempadan Greece kelmarin. - AFP

IDOMENI, Greece – Berpuluh-puluh imigran dan pelarian cedera kelmarin apabila polis Macedonia me­nembak gas pemedih mata dan peluru getah terhadap kumpulan pelarian di sempadan negara itu yang merusuh, kata pekerja perubatan berhubung kekerasan itu yang dikecam oleh Greece sebagai ‘berbahaya dan keji’.

Lebih 10,000 imigran dan pelarian terkandas di pos sempadan Greece, Idomeni sejak Februari lalu susulan penutupan sempadan di negara rantau Balkan yang menyekat laluan mereka untuk menuju ke tengah dan barat Eropah.

Satu percubaan oleh sekumpulan besar imigran menyeberangi pagar sempadan telah mencetuskan rusuhan dan ketegangan, kata seorang pegawai Macedonia.

Greece berkata, polis di Macedonia telah menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan bom asap untuk menyuraikan imigran.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Macedonia hanya mengesahkan tentang penggunaan gas pemedih mata.

Seorang timbalan penyelaras pertubuhan perubatan Perancis, Medicins Sans Frontieres memberitahu bahawa sekitar 300 orang telah dirawat dengan lebih 30 orang cedera akibat terkena peluru getah.

Katanya, ramai wanita dan kanak-kanak menghadapi masalah pernafasan disebabkan terdedah kepada gas pemedih mata.

Polis Macedonia di Skopje berkata, tiga anggotanya turut cedera.

“Mereka (penunjuk pera–saan) membaling batu ke arah polis Macedonia. Kami terpaksa menyembur gas pemedih mata sebagai tindak balas,” kata seorang pegawai polis.

Sementara itu, jurucakap penyelaras migrasi kerajaan Greece, George Kyritsis berkata, penggunaan kekerasan sedemikian tidak boleh diterima.

“Penggunaan bahan kimia secara sembarangan, peluru getah dan bom asap terhadap imigran terutamanya tanpa sebab yang kukuh adalah satu tindakan yang berbahaya dan amat dikesali,” kata Kyritsis.

Lebih sejuta orang yang melarikan diri dari kawasan konflik telah membanjiri Eropah terutama melalui Greece sepanjang tahun lalu.

Kesatuan Eropah sedang melaksanakan satu perjanjian yang mana semua pendatang asing ke Greece akan dihantar semula ke Turki jika mereka tidak memenuhi kriteria suaka. – Reuters



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz45bICo4oi
Hakcipta terpelihara 

Polis Macedonia cederakan pelarian


Lepaskan gas pemedih mata, peluru getah
12 April 2016 12:46 AM


Sebahagian pelarian membantu rakan mereka yang cedera susulan

Sebahagian pelarian membantu rakan mereka yang cedera susulan pertempuran dengan polis Macedonia di Idomeni, Greece, kelmarin. AFP
IDOMENI 11 April - Lebih 300 cedera apabila polis Macedonia melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah ke arah pelarian yang cuba merempuh pintu sempadan Greece untuk ke negara tersebut, semalam.
Menurut saksi, insiden berlaku selepas beberapa orang pelarian cuba berunding dengan pengawal sempadan Macedonia, meminta supaya pintu sempadan menghubungkan dua negara tersebut dibuka.
Berang dengan tindakan pe­ngawal sempadan tersebut yang enggan melayan permintaan me­reka, kumpulan itu yang disertai lebih ramai pelarian menggempur pagar memisahkan sempadan berkenaan.
Saksi berkata, pelarian tersebut turut melempar batu ke arah polis Macedonia, memaksa pasukan keselamatan itu melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah bagi memulihkan keadaan.
“Ada antara pelarian melontar semula tin gas pemedih mata ke arah polis Macedonia,” jelas saksi.
Pertubuhan kemanusiaan, Doctors Without Borders menya­takan, pihaknya merawat kira-kira 300 pelarian yang cedera dengan lebih 30 orang akibat ter­kena peluru getah.
Dalam reaksi kepada insiden itu, jurucakap Penyelaras Pendatang Greece, George Kyritsis mengutuk pendekatan kekerasan tersebut sebagai sesuatu yang keterlaluan.
“Penggunaan peluru getah dan gas pemedih mata terhadap golongan pelarian tanpa sebab yang munasabah amat dikesali.
“Kami menggesa pihak ber­­­­­ku­asa Macedonia memahami risiko penggunaan kekerasan terhadap golongan pelarian,” katanya.
Sejak Februari lalu, lebih 10,000 pelarian terkandas di Idomeni yang bersempadan dengan Greece dan Macedonia selepas pihak berkuasa menutup pintu sempadan di seluruh negara Balkan yang dijadikan laluan kepada pelarian untuk ke barat dan te­ngah Eropah. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/polis-macedonia-cederakan-pelarian-1.244564#sthash.E7M3sJP9.dpuf

Helikopter tempur Rusia terhempas di Syria, 2 maut


12 April 2016 4:12 PM

DAMSYIK 12 April - Sebuah helikopter tempur Rusia, Mi-28 dilaporkan terhempas di Syria awal hari ini, menyebabkan dua juruterbang terbunuh.
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia mengesahkan pesawat terbabit tidak ditembak jatuh oleh mana-mana pihak, tetapi terhempas di wilayah Homs.
“Mayat kedua-dua juruterbang telah ditemukan dan dibawa ke pangkalan tentera udara Rusia di Hmeymim,” jelas kementerian tersebut tanpa menjelaskan punca sebenar kejadian. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/helikopter-tempur-rusia-terhempas-di-syria-2-maut-1.249709#sthash.EKywT1Ye.dpuf