Sunday 26 April 2015

Jolie kritik Majlis Keselamatan PBB


NEW YORK 25 April – Aktres terkenal Amerika Syarikat (AS), Angelina Jolie mengkritik Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana kegagalan menamatkan perang saudara di Syria, selain merayu bantuan kemanusiaan disalurkan kepada pelarian perang dari negara itu.
ANGELINA JOLIE tiba di bangunan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghadiri mesyuarat dengan Majlis Keselamatan PBB mengenai konflik Asia Barat dan Syria di New York, kelmarin. AFP
Sebagai duta khas Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian, Jolie melemparkan kritikan tersebut selepas mengadakan lawatan ke kem pelarian sebanyak 11 kali untuk menilai situasi semasa rakyat Syria yang terhimpit akibat perang.
Menurutnya, dianggarkan 3.9 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak perang saudara meletus kira-kira empat tahun lalu di negara itu.
“Tujuan PBB ditubuhkan adalah untuk menghalang dan menamatkan konflik, menjadikan negara di seluruh dunia bersatu dan mencari penyelesaian politik serta menyelamatkan nyawa.
“Ternyata kita (PBB) gagal menterjemahkan tujuan itu di Syria,” katanya ketika berucap pada sidang badan dunia itu, semalam.
Jolie turut menyuarakan kemarahannya terhadap kebuntuan untuk menamatkan perang di Syria ketika duta dan menteri saling berbahas tentang krisis kemanusiaan yang menyebabkan negara itu terjerumus ke lembah kehancuran.
Tambahnya, krisis di Syria semakin buruk akibat perbezaan pendapat dan kegagalan masyarakat antarabangsa terma­suk Majlis Keselamatan PBB me­nunaikan tanggungjawab mereka.
“Majlis itu sepatutnya bersatu untuk menyelesaikan konflik dan membantu berjuta-juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara-negara jiran,” katanya.
Majlis Keselamatan PBB terbahagi antara kuasa Barat yang mahu tekanan dikenakan ke atas Damsyik, manakala sekutu kuat Syria iaitu China dan Rusia tidak bersetuju dengan usul tersebut.
Dalam perkembangan berasingan, sekurang-kurangnya 60 askar kerajaan Syria terbunuh akibat pertempuran dengan kumpulan penentang di bandar Jisr al-Sughut dekat wilayah Idlib. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jolie-kritik-majlis-keselamatan-pbb-1.84744#sthash.jfQb118c.dpuf

Saturday 25 April 2015

Arab Saudi gagalkan serangan bom IS

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 12:13 AM



 KUMPULAN militan IS yang dikatakan bertanggungjawab menembak mati dua anggota polis di Riyadh awal bulan ini. - Foto fail AP

 RIYADH: Arab Saudi menyatakan ia menggagalkan rancangan pengeboman oleh kumpulan militan IS yang dikatakan bertanggungjawab menembak mati dua anggota polis di Riyadh awal bulan ini. Menurut pihak berkuasa, tiga kereta yang sarat dengan bom dirampas semasa siasatan pembunuhan itu. Kementerian Dalam Negeri menyatakan seorang lelaki Arab Saudi ditahan di sebuah ladang di utara Riyadh kerana disyaki melakukan pembunuhan itu dan suspek mengaku beliau hanya melaksanakan perintah daripada IS di Syria. Lelaki itu dinamakan sebagai Yazid Mohammed Abdulrahman Abu Niyan, 23. Pihak berkuasa menawarkan satu juta riyal (AS$267,000) bagi penangkapan suspek kedua, seorang lagi rakyat Arab Saudi yang dikenali sebagai Nawaf Sharif Samir al-Anzi. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49608

Friday 24 April 2015

IS Rejam Pasangan Gay Hingga Mati


Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 10:07 AM

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) bertindak merejam dua lelaki gay sehingga mati di khalayak ramai sebagai hukuman kepada kesalahan hubungan sejenis itu di Homs, Syria.
Dalam gambar terbaru yang dimuat naik IS ke laman sosial, terdapat empat lelaki dipercayai ahli kumpulan militan tersebut membawa dua lelaki gay yang telah ditutup mata mereka.
Pasangan gay tersebut kemudian berpelukan sesama mereka serta ahli kumpulan militan sebelum hukuman dijalankan.
Pasangan gay berpelukan dengan ahli kumpulan militan sebelum mereka direjam hingga mati.
Rejam menggunakan batu itu dimulakan oleh empat lelaki berkenaan sebelum disusuli oleh penduduk yang menyaksikan kejadian.
Pasangan gay tersebut didakwa telah diberikan dadah supaya mereka tidak berkelakukan agresif ketika hukuman dijalankan.
Bagaimanpun tiada sumber yang dapat mengesahkan mengenai pemberian dadah yang didakwa media barat.

42 maut dalam pertempuran pemberontak Syria dengan IS


GAMBAR yang dirakam pada 4 April lalu menunjukkan seorang pejuang Kurdis dari Amerika Syarikat, Hewal Dilsad, 26, sedang berkawal bagi menyekat kemaraan militan IS di bandar Tal Tamr, utara Hasakeh berdekatan sempadan Turki.


DAMSYIK – Sekurang-kurangnya 42 pejuang terbunuh dalam pertempuran sengit sepanjang 24 jam antara pemberontak Islam dan kumpulan militan Islamic State (IS) di wilayah Damsyik, Syria, lapor sebuah kumpulan pemerhati semalam.
“Sekurang-kurangnya 30 pemberontak Islam dan 12 militan IS terbunuh dalam pertempuran sejak Selasa lepas di kawasan berbukit di Qalamun,” kata kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia.
Qalamun dibahagikan kepada bahagian barat yang bersempadan dengan Lebanon dan dikuasai rejim Presiden Bashar al-Assad bersama sekutunya, pergerakan Hizbollah dari Lebanon.
Bahagian timur pula menyaksikan pertempuran sengit antara pemberontak Islam dan IS. Rantau timur Qalamun dianggap strategik kerana bersempadan dengan ‘badiya’, kawasan padang rumput Syria.
Rantau itu digunakan oleh pemberontak Islam untuk mengangkut senjata dari sempadan Turki ke utara Syria dan ke selatan hingga ke sempadan Jordan.
Menurut kumpulan pemerhati itu yang berpangkalan di Britain, IS telah menyekat satu laluan di Badiya dan merancang untuk menawan lebih banyak laluan bagi melemahkan pemberontak Islam Syria.
Dalam pada itu, Lebih 11 orang terbunuh akibat pengeboman rejim Bashar ke atas dua buah bandar di wilayah Damsyik. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3YB02LrT8 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday 22 April 2015

Tahan kapten kapal karam


Agensi
Sicily (Itali): Pihak berkuasa Itali semalam menangkap kapten bot warga Tunisia dan anak kapal dari Syria yang terbabit tragedi bot karam di pesisir pantai Libya yang menyebabkan 800 pendatang terbunuh.
Mereka ditahan di atas bot penyelamat yang menyelamatkan 27 mangsa daripada bangkai kapal berkenaan.
Menurut pendakwa, kedua-duanya dituduh menyokong aktiviti penyeludupan manusia selain kapten terbabit turut didakwa menyebabkan kapal karam selain bersikap semberono sehingga menyebabkan pembunuhan beramai-ramai.
Pendakwa berkata kejadian berlaku akibat dua faktor. Kapten Mohammad Ali Malek, 27, secara tidak sengaja merempuh sebuah kapal kargo Portugis yang datang membantunya.
Pada masa sama, pendatang terbabit bergerak-gerak di dalam bot yang terlebih had muatan itu. Disebabkan itu, kapal yang sudah tidak seimbang akibat pelanggaran dengan kapal Portugis berkenaan terus karam.
Mangsa terselamat dibawa ke pusat penahanan migran di Catania dan masih dalam keadaan terkejut selain keletihan, kata Flavio Di Giacomo dari Pertubuhan Antarabangsa Migrasi (IOM).
Sementara itu, pejabat pendakwa Catania Giovanni Salvi menegaskan anak kapal Portugis terbabit tidak disiasat kerana tidak bersalah langsung sebaliknya berusaha keras membantu mangsa.
Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan supaya kawasan operasi mencari dan menyelamat di perairan Mediterranean diperluaskan dalam pada 800 mayat pendatang yang cuba memasuki Eropah itu dibawa ke darat.
Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian (UNHCR) di Itali Sami Carlotta berkata: “Kita boleh katakan 800 terkorban.”
Kejadian itu mengejutkan Eropah apabila keputusan menarik balik operasi tentera laut pada tahun lalu dilihat mempertingkatkan risiko dihadapi pendatang ke negara itu sedangkan jumlah mereka tidak berkurangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45421#sthash.NTz4pNF5.dpuf

Tuesday 21 April 2015

PBB sahkan 800 maut tragedi bot bawa pendatang


MANGSA yang terselamat dibawa turun dari kapal pengawal pantai Itali Bruno Gregoretti, di Catania Harbor, Itali - Foto AP
CATANIA (Itali): Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan 800 pelarian maut dalam satu kemalangan kapal di luar pantai Libya, Ahad lalu selepas mendapat pengesahan daripada mangsa yang terselamat.
"Kita boleh mengatakan bahawa 800 telah maut," kata jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian di Itali, Sami Carlotta hari ini.
Wakil daripada agensi PBB dan pertubuhan antarabangsa bagi Migrasi berkata mereka sudah menemubual majoriti 27 mangsa yang terselamat.
Mangsa terselamat menyifatkan insiden berlaku selepas pukat tunda dinaiki terbalik disebabkan sebuah kapal dagang Portugis yang mendekati kapal mereka, sehingga mengakibatkan rempuhan.
Seorang daripada mangsa yang terselamat juga telah dibawa ke hospital di Catania, di pantai timur Sicily.
"Terdapat lebih kurang 800 orang di atas kapal, termasuk kanak-kanak berusia antara 10 dan 12 tahun. Terdapat warga Syria, kira-kira 150 dari Eritrea, Somalia ... Mereka telah keluar dari Tripoli kira-kira jam 8 pagi Sabtu lalu," kata Sami.
Mereka yang terselamat berasal dari Mali, Gambia, Senegal, Somalia, Eritrea serta Bangladesh dan semuanya telah dibawa ke pusat perlindungan berdekatan.
Pengawal pantai Itali pula berkata mereka sudah menemui sekurang-kurangnya 24 jasad mangsa dan tidak mengesahkan jumlah kematian.
Sementara itu polis Itali berkata, seorang rakyat Tunisia dan seorang lelaki Syria yang terselamat telah ditahan selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan termasuk mengatur pelayaran yang menyebabkan kematian ramai mangsa ini. -AFP

Monday 20 April 2015

700 dipercayai lemas dekat Libya


Bot sarat pendatang haram karam di Laut Mediterranean
20 April 2015 12:52 AM
Bot yang mengampung beratus-ratus penumpang.

ROM 19 April - Sebanyak 700 orang dipercayai lemas apabila sebuah bot nelayan yang sarat dengan pendatang haram yang di­seludup ke Eropah karam di luar pantai Libya, kata Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), hari ini.
Seramai 28 orang berjaya diselamatkan, kata jurucakap UNHCR, Carlotta Sami.
Tentera laut Malta berkata, mereka menerima amaran kecemasan pada tengah malam semalam dan meletakan jumlah penumpang yang berada di atas bot itu kira-kira 650 orang.
“Kami telah mengerahkan bot-bot tentera kami serta Itali (ke tempat kejadian), dan kami sedang membantu operasi menyelamatkan mangsa,” kata jurucakap tentera Malta kepada AFP.
Jika laporan itu disahkan, tragedi itu merupakan insiden bot karam terburuk membabitkan pendatang haram yang cuba memasuki Kesatuan Eropah menggunakan bot-bot yang dikendalikan oleh penyeledup.
Bot berkenaan dipercayai karam kira-kira 60 batu nautika di luar pantai Libya dan 120 batu nautika di luar pantai kepulauan Lampedusa di Itali.
Tragedi itu berlaku selepas seminggu dua kejadian kapal karam berlaku di luar pantai Libya mengorbankan kira-kira 450 orang.
Setakat ini lebih 11,000 pendatang yang cuba menyeludup ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dan bot-bot lain, dan kira-kira 1,500 pendatang dilaporkan lemas di perairan antara Libya dan Itali sejak awal tahun ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/700-dipercayai-lemas-dekat-libya-1.82745#sthash.NNvjdDd1.dpuf

Sunday 19 April 2015

UNRWA perlu RM108j untuk bantu Yarmouk

UNRWA perlu RM108j untuk bantu Yarmouk
Pelarian di kem Yarmouk termasuk kanak-kanak beratur bagi mendapatkan makanan yang diagihkan oleh pasukan sukarelawan.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) telah membuat rayuan untuk suntikan dana sebanyak AS$30 juta (RM108 juta) bagi membantu penduduk yang terperangkap di kem pelarian Yarmouk di Syria.

Agensi tersebut berkata, bantuan tersebut amat diperlukan memandangkan ribuan pelarian Palestin dan warga Syria masih terperangkap di kem berkenaan sejak ia dikuasai kumpulan militan IS, awal bulan ini.

"Kami amat berterima kasih kepada penderma-penderma utama yang menyedari betapa terdesaknya situasi di Yarmouk.

"Apa pun, selagi dana tidak mencukupi kami tidak boleh mengubah situasi di kem tersebut," kata Pengarah UNRWA bagi Syria, Micheal Kingsley-Nyinah.

Kem pelarian Yarmouk di Damsyik menempatkan kira-kira 18,000 pelarian Palestin dan warga Syria termasuk 3,500 kanak-kanak.

Kem Yarmouk digempur IS pada 1 April lalu, sekali gus menambah kesengsaraan pelarian yang sebelum ini berdepan kebuluran.

Difahamkan, kumpulan militan menguasai hampir 90 peratus kem tersebut. - Press TV

Thursday 16 April 2015

Cengkaman IS kendur

Cengkaman IS kendur
Pelarian Palestin yang tinggal di kem Yarmouk terpaksa mendapatkan perlindungan sementara di sebuah sekolah di Damsyik.
DAMSYIK - SYRIA. Kumpulan militan IS didakwa telah berundur dari kebanyakan kawasan di kem pelarian Yarmouk di ibu negara Syria selepas sebahagian besar daripadanya berada di bawah cengkaman mereka sejak awal bulan lalu.

Menurut laporan AFP, Ketua Barisan Perjuangan Popular Palestin, Khaled Abdel Majid memberitahu angkatan bersenjata mereka berjaya merampas semula kawasan di utara dan timur kem tersebut manakala IS hanya menguasai kawasan barat daya.

"Pertempuran sekali sekala antara IS dan angkatan bersenjata Palestin masih tercetus, namun insiden keganasan telah mula reda sejak beberapa hari lalu," katanya.
Sementara itu, sumber keselamatan Syria mengesahkan  laporan tersebut.

Menurut PBB, kira-kira 18,000 pelarian termasuk 3,500 terjejas akibat konflik yang tercetus sejak lebih dua minggu lalu.

Wednesday 15 April 2015

Wanita terpengaruh untuk berjihad

Wanita terpengaruh untuk berjihad

SEJAK kumpulan militan IS mula muncul tahun lalu, lebih 550 wanita muda telah pun menjejakkan kaki mereka di Syria dan Iraq.

Setiap hari juga puluhan warga asing masuk ke kawasan jajahan IS di utara Syria, di mana kebanyakan adalah remaja perempuan dari Barat berusia antara 15 dan 19 tahun.

Kerajaan Barat dikatakan begitu terdesak untuk membendung masalah ini. Namun, tidak banyak yang boleh dilakukan melainkan tidak membenarkan remaja bawah umur ke luar negara seorang diri dan mereka tidak boleh didakwa menggunakan senjata tanpa bukti.

Berita kehilangan beberapa pelajar di United Kingdom (UK) sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai radikal wanita Islam di Britain. Selain UK, antara negara lain yang terlibat adalah Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Belanda, Kanada, Norway dan Sweden.

Melalui pelbagai kisah remaja yang menyertai kumpulan itu, ia jelas menunjukkan bahawa pengaruh rangkaian media sosial adalah sangat besar.

Difahamkan, anggota IS akan menawarkan nasihat, sokongan, membantu perjalanan mereka selain merupakan sumber propaganda yang menyampaikan tanggapan unggul tentang kehidupan seorang Islam dan jihad.

Awal bulan lalu juga, Menteri Luar Australia Julie Bishop mengumumkan lebih 40 wanita negara itu telah menyertai IS. Mereka didakwa menyertai suami sebagai pejuang asing atau mencari suami dalam kalangan anggota kumpulan itu yang sekali gus mengekalkan mitos pengantin jihadi.

Sama seperti remaja lelaki yang sanggup menyertai IS, wanita muda juga terpedaya dengan janji sebuah masyarakat Islam dari segi politik dan agama.

Jihad matchmaker 'cara' nikah tentera IS

Jihad matchmaker 'cara' nikah tentera IS

SEBUAH akaun Twitter berbahasa Inggeris yang menggunakan nama Jihad Matchmaker didakwa berperanan mencari wanita untuk dikahwinkan dengan anggota IS.

Pengguna dikehendaki menghantar mesej  mengandungi latar belakang, status dan lokasi.

Selain itu, pengendali akaun itu juga memberi peluang pengguna untuk memilih anggota IS yang diingini berdasarkan gambar yang dimuat naik.
Melalui Tweet pertama bertarikh 4 September 2013, bertulis, ‘Bismillah. Akaun ini bertujuan membantu saudara yang tinggal di Syria mencari pasangan halal.”

Ia diikuti Tweet seterusnya empat hari kemudian berbunyi “Pastikan ia halal dan berkahwinlah”. Sehingga 17 September, akaun itu mempunyai 130 pengikut.

Pergi Syria niat jadi pengantin

Pergi Syria niat jadi pengantin

SEPASANG kembar Zahra dan Salma Halane, 17, dari Chorlton, Manchester, yang pergi ke Syria untuk menjadi pengantin jihadi memuat naik gambar mereka sedang menjalani latihan menembak di laman Twitter.

Mereka dilihat memakai pakaian berwarna hitam penuh, lengkap dengan niqab sambil memegang senapang Kalashnikov.

“Hari latihan yang seronok untuk mempertahankan diri bersama adik dan kakak yang lain,” menurut status akaun Twitter yang dipercayai milik Zahra.

Zahra dan Salma meninggalkan rumah mereka Jun lalu dan didakwa telah berkahwin dengan anggota IS di bandar Raqqa, Syria.

Mereka bagaimanapun memberitahu bahawa kedua-dua lelaki yang dikahwini telah mati syahid dalam peperangan di negara itu.

Pasangan yang mempunyai 28 Sijil Am Pelajaran Menengah (GCSE) dan merancang menjadi doktor itu baharu sahaja menamatkan tahun pertama di Connell Sixth Form College sebelum terpedaya dengan kumpulan terbabit melalui Internet.

Curi barang kemas biaya perjalanan ke Syria

Curi barang kemas biaya perjalanan ke Syria

TIGA pelajar sekolah di London yang melarikan diri untuk menyertai IS di Iraq dan Levant tidak akan menghadapi tuduhan keganasan jika mereka kembali pulang ke tanah air.

Shamima Begum dan Amira Abase, masing-masing berusia 15 tahun, dan Kadiza Sultana, 16, hilang dari rumah mereka di timur London bulan lalu, sebelum terbang ke Turki untuk menyeberangi sempadan ke negara bergolak Syria.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka membiayai perjalanan dengan mencuri barang kemas dari saudara mara dan membayar lebih 1,000 pound (RM1,400) dalam bentuk wang tunai kepada sebuah agensi pelancongan tempatan bagi penerbangan ke Turki.

Shamima, Amira dan Kadiza keluar dari rumah mereka pada 17 Februari lalu dan menaiki penerbangan Turkish Airlines dari lapangan terbang Gatwick di London ke Istanbul.
Rakaman kamera litar tertutup kemudiannya menunjukkan mereka melalui stesen kereta api Istanbul untuk ke tenggara negara itu. Meskipun ciri wajah mereka tidak dapat dilihat dengan jelas, namun pihak berkuasa tempatan mengesahkan mereka adalah pelajar Bethnal Green Academy yang hilang.

6,000 militan warga Eropah di Syria




PARIS – Bilangan warga Eropah yang berjuang bersama kumpulan-kumpulan militan di Syria dipercayai melebihi 6,000 orang, kata seorang pegawai kanan Ke­satuan Eropah (EU) dalam wawancara bersama sebuah akhbar Perancis semalam.
“Di peringkat Eropah, kami menganggarkan bahawa antara 5,000 hingga 6,000 individu telah pergi ke Syria,” kata Komisioner Kehakiman EU, Vera Jouriva (gambar) dalam temu bual bersama akhbar Le Figaro.
Menurutnya, angka sebenar mereka dipercayai jauh lebih tinggi berikutan kesukaran untuk mengesan pejuang asing yang terlibat dalam konflik di Syria.
“Semasa serangan di Paris dan Copenhagen, kami memutuskan untuk tidak membiarkan diri kami dikuasai oleh ketakutan,” katanya yang merujuk kepada serangan berkembar kumpulan militan Islam ke atas ibu kota Pe­rancis dan kejadian tembakan di sebuah pusat kebudayaan di Denmark.
“Memberi tumpuan kepada mereka yang mahu pergi ke Syria untuk berjihad atau kumpulan yang kembali daripada konflik tersebut bermakna campur tangan kita sudah terlewat,” tambah Jouriva.
Menurutnya, kajian di Britain mengenal pasti beberapa ciri termasuk keinginan untuk merasai cabaran, kebosanan, ketidakpuasan dengan kehidupan sedia ada atau kurangnya harapan di dalam diri mereka yang memilih untuk meninggalkan keluarga dan pergi ke Syria.
Jelas Jouriva, EU mahu menggunakan kaedah pencegahan sebagai cara untuk mengekang warga EU daripada terus berjuang di Syria dengan meneliti pelbagai faktor selain agama.
Kumpulan militan Islamic State (IS) menubuhkan pemerintahan khalifah Islam selepas menguasai wilayah yang besar di Syria dan Iraq. Tindakan itu menarik minat beribu-ribu pejuang asing untuk menyertai IS dengan ramai antara mereka datang dari Barat.
Lebih 215,000 orang telah terbunuh dalam perang empat tahun di Syria yang semakin didominasi kumpulan-kumpulan militan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3XM0VWxCS 
Hakcipta terpelihara 

Pejuang Oposisi Suriah Tutup Sekolah-sekolah di Aleppo

Pejuang Oposisi Suriah Tutup Sekolah-sekolah di Aleppo

ALEPPO, SURIAH (voa-islam.com) - Pejuang oposisi Suriah memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah di wilayah Aleppo yang mereka kuasai karena khawatir para warga sipil khususnya anak-anak kembali tewas atau terluka akibat bom barel militer Assad yang dijatuhkan di sekolah mereka ditengah intensifnya serangan udara pasukan udara Suriah terhadap daerah opososi di kota itu.

Penutupan sekolah bersamaan dengan meningkatnya bentrokan antara pasukan pro-Bashar Al-Assad dan kelompok pejuang oposisi di kota dan pedesaan Aleppo di Suriah utara.

"Pasukan oposisi memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah sebagai langkah protektif untuk menghindari lebih banyak korban di kalangan warga sipil, terutama anak-anak, yang paling menderita di bawah pemboman pesawat tempur pro-Assad," Sanaa Tayib, seorang guru sekolah, mengatakan kepada ARA News di Aleppo.

"Anak-anak menderita kondisi traumatis akibat pemboman terus menerus terhadap lingkungan mereka dan sekitar sekolah mereka, yang membuat penutupan sementara sekolah-sekolah diperlukan di Aleppo," katanya.

Lingkungan Maadi di Aleppo, yang berada di bawah kendali pasukan oposis, terkena pengeboman oleh angkatan udara Suriah pada hari Sabtu. Sumber-sumber lokal melaporkan bahwa lebih dari 20 orang warga sipil tewas dalam serangan udara itu dimana sebagian besar adalah anak-anak.

Kemudian pada hari Ahad, serangan udara serampangan tentara Suriah menargetkan sebuah sekolah di bagan timur kota itu yang dikuasai oposisi menewaskan lima anak, dan empat orang dewasa. Sembilan orang lainnya tewas dan puluhan luka-luka pada hari Ahad dalam satu serangan udara yang dilakukan oleh pesawat-pesawat tempur rezim Suriah di lingkungan Ansari di kota Aleppo, Suriah utara. (an/ara)
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/international-jihad/2015/04/14/36375/pejuang-oposisi-suriah-tutup-sekolahsekolah-di-aleppo/#sthash.CJvN6X0K.dpuf

Akhnaf Bayt Al-Maqdis Kembali Terlibat Bentrok dengan Daulah Islam (IS) di Kamp Yarmouk

Akhnaf Bayt Al-Maqdis Kembali Terlibat Bentrok dengan Daulah Islam (IS) di Kamp Yarmouk

DAMASKUS, SURIAH (voa-islam.com) - Bentrokan antara pejuang Aknaf Bayt Al-Maqdis dan Daulah Islam (IS) kembali berlajut di Kamp Yarmouk untuk para pengungsi Palestina di Damaskus Selatan pada hari Senin (13/4/2015)

Aknaf Bayt Al-Maqdis dianggap sebagai milisi bersenjata Palestina terorganisir terbesar di dalam kamp pengungsi Yarmouk di Suriah. Namun, Aknaf Bayt al-Maqdis telah kehilangan bagian utama dari Kamp Yarmouk setelah anggota IS menyerbu distrik itu dan mengambil alih hampir 80% dari kamp tersebut, menurut sumber-sumber militer di Damaskus.

Menurut Kelompok Aksi untuk Palestina di Suriah, "brigade Aknaf Bayt Al-Maqdis melancarkan serangan terhadap wilayah masjid Shalahuddin yang dikuasai IS, yang mengarah ke bentrokan antara kedua belah pihak di daerah itu."

Kelompok Aksi Palestina memperingatkan bahwa situasi di kamp yang dikepung itu telah memburuk dengan kurannya distribusi makanan serta bantuan medis dan pemboman terus menerus rezim Suriah terhadap kamp tersebut.

Di Yarmouk, lebih dari 18.000 warga sipil - kebanyakan pengungsi Palestina telah menderita selama bertahun-tahun akibat pengeboman, pengepungan militer dan kontrol dari milisi.

Kontrol Daulah Islam atas Yarmouk memberi IS sebuah kehadiran utama di ibukota Suriah. Sebagai akibatnya, IS sekarang hanya beberapa kilometer dari tempat duduk Presiden Bashar Al-Assad berkuasa. (an/ara)
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/world-news/2015/04/14/36382/akhnaf-bayt-almaqdis-kembali-terlibat-bentrok-dengan-daulah-islam-is-di-kamp-yarmouk/#sthash.KI78O2zF.dpuf

Human Rights Watch Publikasikan Bukti Penggunaan Bahan Kimia Beracun oleh Rezim Suriah


Human Rights Watch Publikasikan Bukti Penggunaan Bahan Kimia Beracun oleh Rezim SuriahAMERIKA SERIKAT (voa-islam.com) – Human Rights Watch mengumumkan pada hari Selasa (14/05/15) bahwa ia memiliki bukti-bukti yang kuat penggunaan bahan kimia beracun oleh pasukan rezim Suriah dalam serangan yang mereka lancarkan untuk menggembur propinsi Idlib bulan lalu.
Organisasi Hak Asasi Manusia yang bermarkas di New York itu mengatakan dalam laporan yang dipublikasikan pada hari Selasa, “Bukti-bukti kuat menunjukkan bahwa pasukan pemerintah menggunakan bahan kimia beracun dalam dalam beberapa serangan birmil di propinsi Idlib pada periode antara 16 dan 31 Maret lalu” ujarnya.
Ia menegaskan bahwa serangan-serangan tersebut merupakan pelanggaran terhadap kesepakatan Pelarangan Senjata Kimia dan Keputusan Dewan Keamanan PBB yang mengacu pada 2209 mengkriminalisasi penggunaan senjata kimia di Suriah.
Menurut laporan organisasi tersebut, serangan yang dilancarkan oleh rezim Suriah itu ke daerah-daerah yang tunduk di bawah kendali kelompok-kelompok oposisi.[hanif/dw]

- See more at: http://www.voa-islam.com/read/world-news/2015/04/14/36390/human-rights-watch-publikasikan-bukti-penggunaan-bahan-kimia-beracun-oleh-rezim-suriah/#sthash.gwg92mUl.dpuf

Tuesday 14 April 2015

Rakan Saya Sertai IS di Syria - Pelajar


Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 9:33 AM

EKSKLUSIF
MELAKA: Seorang pelajar sebuah universiti berprestij di Kuala Lumpur mendakwa tiga rakannya berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).

Pelajar berusia 22 tahun yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dia turut mendakwa cuba dipengaruhi untuk menyertai IS menerusi media sosial.

"Rakaman video yang disifatkan sebagai perjuangan oleh militan IS dimuat naik dalam laman Facebook saya dan rakan saya yang berada di Syria sentiasa meminta saya untuk menyertai mereka," katanya.

Katanya, dia mula bertemu sekumpulan pelajar itu pada 2012 dan mereka sering bercakap tentang memperjuangkan hak pihak yang ditindas di negara lain.

Dia berkata, tiga pelajar dalam kumpulan tersebut berlepas ke Syria untuk menyertai IS tahun lalu.

Pelajar tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata, dia berasa malu terutamanya sejak Facebooknya turut ditag bekas rakannya di Syria.

"Saya juga tidak boleh fokus kepada pelajaran kerana mereka sering memujuk saya untuk menyertai mereka disana.

"Saya berhenti menjawab panggilan telefon kerana ada diantara mereka menghubungi saya walaupun saya memberitahu mereka untuk tidak berbuat demikian dan mereka tersilap langkah," katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Pesawat Syria bom sekolah di Aleppo

ISNIN, 13 APRIL 2015 @ 11:38 AM
ANGGOTA pertahanan awam membawa mayat kanak-kanak selepas pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo. - Foto REUTERS 


BEIRUT: Satu serangan udara tentera rejim Syria menyasarkan sebuah sekolah di Aleppo, bandar di tengah negara itu, menyebabkan sekurang-kurangnya lima kanak-kanak dan empat orang awam terbunuh. Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Karim, berkata pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo. "Lima kanak-kanak, tiga guru wanita dan seorang lelaki terkorban," katanya. Katanya, beberapa orang cedera parah dan angka kematian mungkin meningkat. Serangan berlaku sehari selepas tentera kerajaan dan kumpulan penentang berbalas tembakan di bandar utara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang awam mati. - AFP


Pesawat tentera Syria bom sekolah


Beirut: Satu serangan udara tentera rejim Syria terkena sebuah sekolah di Aleppo, bandar di tengah negara itu, menyebabkan lima kanak-kanak dan empat orang awam terbunuh.
“Pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo. Lima kanak-kanak antara yang terbunuh. Tiga guru wanita dan seorang lelaki juga terkorban,” kata Ketua Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman.
Beberapa orang cedera parah dan angka kematian mungkin meningkat.
Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak mati dalam serangan udara yang menyasarkan kawasan kejiranan di wilayah yang dikuasai kumpulan penentang itu.
Kejadian berlaku sehari selepas tentera kerajaan dan kumpulan penentang berbalas tembakan di bandar utara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang awam mati. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43372#sthash.NsT7l2O7.dpuf

Monday 13 April 2015

Warga Palestin bersatu pertahan Yarmouk


Warga Palestin bersatu pertahan Yarmouk
Seorang pejuang Palestin mengambil kedudukan di sebuah pos kawalan di kem pelarian Yarmouk.
DAMSYIK - SYRIA. Warga Palestin di Syria bergabung tenaga dengan puak bersenjata dalam usaha mempertahankan kem pelarian Yarmouk selepas kumpulan militan IS menguasai sebahagian besar kawasan itu.

Difahamkan, pelarian Palestin dari beberapa kem di Syria menyerbu ibu pejabat kumpulan Fatah al-Intifada untuk menawarkan diri memerangi IS.

Wakil kumpulan terbabit, Tayseer Mousa berkata, sukarelawan turut membantu mereka membina halangan.

IS menyerbu kem pelarian yang menempatkan kira-kira 18,000 pelarian Palestin dan warga Syria itu, pada 1 April lalu.

Kelmarin, Ketua Agensi Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRWA), Pierre Krahenbuhl mengumumkan pihaknya bakal ke Syria bagi membincangkan bantuan kepada orang awam yang terperangkap di kem tersebut.

Difahamkan, terdapat kira-kira 3,500 kanak-kanak masih terperangkap di situ.

Dalam pada itu, ketua delegasi Palestin di PBB, Riyad Mansour merayu bantuan antarabangsa dalam apa jua bentuk untuk menjamin keselamatan di laluan pemindahan pelarian Yarmouk. - Press TV

Sunday 12 April 2015

IS Musnahkan Tapak Berhala Purba Assyrian


Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 12:37 PM
Seorang militan IS memusnahkan berhala di tapak purba Assyrian di Nimrud, Iraq

BAGHDAD: Kumpulan Negara Islam (IS) pada Sabtu memuatnaik video tindakannya meletupkan sebuah tapak purba yang memusnahkan artifak di sebuah bandar purba Assyrian, Nimrud di utara Iraq.
Rakaman video tidak bertarikh itu menunjukkan tapak yang terletak berhampiran Sungai Tigris, kira-kira 30 kilometer dari Tenggara Mosul masih dalam kedudukan sama.
Kemusnahan tapak purba tersebut dilapor berlaku lebih sebulan lalu, bagaimanapun jumlah kerosakan yang dialami masih belum dapat dikenal pasti.
"Kami tidak teragak-agak dan akan bertindak memusnahkan mana-mana kawasan yang mempunyai petanda penyembahan berhala dan monoteisme (kepercayaan bahawa Tuhan adalah satu)," kata seorang militan pada akhir rakaman tersebut.
Rakaman seterusnya menunjukkan satu letupan besar dilakukan oleh militan sehingga menyebabkan keadaan langit mendung dan dipenuhi dengan asap.
Terdahulu, militan IS bertindak ganas memusnahkan patung-patung menggunakan tukul besi dan kelihatan salah seorang daripada mereka mengukir bidur menggunakan pengisar.
"Kami akan memusnahkan kesemua patung yang menyamai tuhan dan kami percaya tuhan kami memuliakan segala perbuatan kami dalam Islam.
"Kami bersyukur kepada tuhan kerana berjaya menghapuskan setiap patung yang menyamai-Nya," jelas seorang militan.

Saturday 11 April 2015

Larangan masuk Syria, Iraq

Syria
Pejabat keselamatan di Aleppo musnah teruk dalam kejadian pengeboman.
TOKYO - JEPUN. Jepun mengeluarkan larangan perjalanan ke Syria dan Iraq terhadap seorang pengamal media negara itu atas faktor keselamatan.

Menurut laporan media tempatan, jurugambar perang berpengalaman, Yuichi Sugimoto diharamkan mengunjungi dan membuat liputan di kedua-dua negara bergolak tersebut.

"Sugimoto bebas memasuki semua negara kecuali Iraq dan Syria," menurut kenyataan rasmi Jepun, semalam.
Februari lalu, kerajaan Jepun merampas pasport milik Sugimoto selepas beliau berkeras mahu memasuki Syria.

Di bawah undang-undang Jepun, pihak berkuasa boleh merampas pasport milik warganya jika didapati keselamatan mereka terancam di negara asing.

Awal tahun ini, dua warga Jepun, Kenji Goto dan Haruna Yukawa dipenggal oleh kumpulan militan IS di Syria lapor Press TV.

PLO enggan sertai Syria perangi IS


Sebahagian penduduk Palestin di luar ibu pejabat PLO di Ramallah,
Sebahagian penduduk Palestin di luar ibu pejabat PLO di Ramallah, Tebing Barat, melaungkan slogan solidariti menyokong pelarian Palestin yang terkepung di kem pelarian Yarmuk, Syria, kelmarin. AFP
RAMALLAH 10 April – Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) semalam menolak untuk menyertai operasi ketenteraan bersama tentera Syria bagi memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) yang menawan kem pelarian Yarmuk di luar Damsyik, sekali gus menarik balik kenyataan awal anggotanya yang menyokong operasi tersebut.
IS merampas kawalan hampir keseluruhan kem Yarmuk sejak beberapa hari lalu selepas menewaskan kumpulan militia yang menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad.
“Kami enggan terbabit dalam sebarang kempen bersenjata tanpa mengira apa puncanya dan kami mahu cara lain diambil bagi mengelak pertumpahan darah, selain menghalang lebih banyak kemusnahan dan kehilangan tempat tinggal,’’ kata PLO dalam satu kenya­taan yang dikeluarkan di Ramallah.
Terdahulu, anggota jawatankuasa eksekutif yang dihantar ke Damsyik oleh PLO untuk membincangkan krisis tersebut, Ahmad Majdalani berkata, beliau menyokong sera­ngan tentera Syria untuk mengambil balik kawalan kem tersebut.
Kelmarin, sebanyak 14 sayap pergerakan Palestin yang mengadakan pertemuan di Damsyik, men­yatakan sokongan untuk menyertai operasi ketenteraan dengan kerajaan Syria bagi memerangi IS.
Dalam pada itu, Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon melahirkan kebimbangan berhubung ke­se­lamatan kira-kira 18,000 penduduk Palestin yang masih terperangkap di kem pelarian tersebut.
Beliau menggesa tindakan diambil bagi menghalang pembunuhan penduduk di kem tersebut.
“Kita tidak boleh hanya berdiam diri dan menyaksikan pembunuhan besar-besaran berlaku,’’ katanya di New York. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/plo-enggan-sertai-syria-perangi-is-1.79776#sthash.koSezdYh.dpuf

Friday 10 April 2015

Siapa dengar rintahan anak-anak kecil ini?


Siapa dengar rintahan anak-anak kecil ini?
PADA bulan lalu, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) memberi amaran bahawa lebih 14 juta kanak-kanak di Syria dan Iraq berisiko terdedah kepada keganasan, kemiskinan, trauma serta mangsa eksploitasi.
 
Wakil Unicef di Damsyik, Hanaa Singer memberitahu, penderitaan golongan tersebut semakin membimbangkan berikutan konflik yang semakin meruncing di kedua-dua negara terbabit.  
 
“Jumlah kanak-kanak yang memerlukan bantuan kemanusiaan kini meningkat 15 kali ganda berbanding pada 2012.  Di  Syria, terdapat 5.6 juta budak terjejas dan majoriti daripada mereka turut kehilangan tempat tinggal.
 
“Bantuan kemanusiaan dan bekalan asas kesihatan tidak dapat dihantar kepada lebih dua juta budak kerana akses untuk masuk ke kawasan terjejas telah disekat,” jelasnya.
 
Hanaa turut menggesa peluang pendidikan diberikan kepada golongan tersebut dan beliau juga memberi amaran terhadap risiko ‘generasi hilang’ memandangkan jutaan kanak-kanak Syria kini tidak bersekolah.
 
Laporan Save the Children menunjukkan purata kemasukan ke sekolah di Damsyik  menurun kepada 50 peratus  berbanding jumlah direkodkan sebelum perang. 
 
Mereka menganggarkan kanak-kanak yang tidak tamat sekolah rendah mungkin hanya memperoleh 32 peratus jumlah pendapatan daripada pekerjaan pertama mereka berbanding golongan yang tamat sekolah menengah.

Menurut laporan itu lagi, langkah menyediakan peluang pendidikan kepada budak di Syria didakwa dapat mengelakkan golongan tersebut daripada menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab termasuk dijadikan buruh kanak-kanak dan direkrut kumpulan militan di rantau terbabit.

Thursday 9 April 2015

IS: Pesawat Kanada lancar serangan pertama di Syria

OTTAWA: Kanada melancarkan serangan udara sulungnya ke atas Syria hari ini sekali gus melebarkan komitmennya dalam membantu tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) memerangi militan Negara Islam (IS).
Jurucakap tentera Kanada berkata, dua pesawat pejuang F-18 dengan kemudahan bom kawalan jauh, menggempur lokasi IS berdekatan bandar Raqqa, sebelum berpatah semula ke pangkalan.
Sebelum ini, serangan tentera udara Kanada hanya terhad di wilayah Iraq sahaja. - AFP