|
Oren |
TEL AVIV - ISRAEL. Plot menggulingkan Presiden Syria Bashar Al-Assad telah dirancang sejak bertahun, menurut Duta Israel ke Amerika Syarikat (AS) Michael Oren.
Oren berkata, Israel sentiasa mahu menggulingkan Bashar dan rancangan itu dibuat sebelum perang saudara pada Mac 2011.
“Mesej awal mengenai isu Syria adalah Israel sentiasa mahu Bashar digulingkan. Kami sentiasa mengutamakan ‘orang jahat’ yang tidak disokong oleh Iran dan untuk ‘orang jahat’ yang disokong oleh Iran,” katanya.
Menurutnya, ‘orang jahat’ disokong Islam adalah lebih jahat buat Israel daripada yang tidak disokong olehnya.
“Kami tidak hirau sekiranya terdapat kumpulan anti rejim bergabung dengan Al-Qaeda. Apa yang pasti, kami membiarkan Bashar bebas bertindak sesuka hati terhadap kerajaan dan rakyatnya terlebih dahulu,” katanya.
Pemerhati antarabangsa sentiasa percaya, Al-Qaeda adalah ciptaan AS dan Washington menggunakannya untuk memajukan agenda tersendiri dalam dunia Islam.
“Pertemuan Al-Qaeda, AS, Israel dan Arab Saudi di Syria adalah bukti jelas tentang pakatan ini,” katanya.
Beliau berkata, ancaman paling besar adalah melihat strategik Tehran, Damsyik dan Beirut. Kami lihat rejim Bashar adalah boneka dalam strategi itu sehingga tercetusnya perang saudara yang dahsyat. Dengan tekanan ini, Israel mahu melihat Bashar terus digulingkan,” katanya, laporan dipetik dari www.crescent-online.net.