Saturday, 10 September 2016

Syria nafi guna gas beracun di Aleppo


10 SEPTEMBER 2016
Syria nafi guna gas beracun di Aleppo
Syria nafi guna gas beracun di Aleppo Seorang daripada puluhan penduduk yang didakwa mengalami masalah pernafasan akibat serangan gas beracun itu.
DAMSYIK - SYRIA . Syria menafikan sekeras-kerasnya tentera kerajaan menggunakan gas beracun di bandar Aleppo dan turut memaklumkan ia bersedia untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Larangan bagi Senjata Kimia (OPCW) berhubung dakwaan itu.

Kelmarin, Kementerian Luar bertindak menuding jari menyalahkan kumpulan pengganas dan penaja mereka melakukan kegiatan jenayah di negara bergolak itu.

"Kumpulan pengganas terbabit sering menyebarkan propaganda anti-Syria melalui dakwaan tidak berasas tentang penggunaan senjata kimia seperti gas klorin dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Damsyik sedia bekerjasama dengan OPCW untuk mengesahkan sama ada helikopter milik tentera kerajaan ada menggugurkan bom mengandungi gas klorin di kawasan kejiranan Aleppo, terletak kira-kira 355 kilometer di utara ibu negara, Selasa lalu.

Pada 2013, kerajaan Syria telah menyerahkan kesemua bekalan senjata kimia milik mereka di bawah perjanjian hasil rundingan Rusia dan Amerika Syarikat (AS). - Press TV

Aidiladha: Turki, Rusia Setuju Gencatan Senjata Di Syria

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 11:17 AM


ISTANBUL: Menjelang sambutan Aidiladha, pemimpin Turki dan Rusia telah bersetuju untuk mengeluarkan arahan gencatan senjata secepat mungkin di Syria.

Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan dilaporkan telah menghubungi rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin berhubung perkara itu.

Media tempatan memberitahu, Ankara berharap gencatan senjata dapat dilaksanakan di bandar Aleppo, utara Turki sepanjang cuti Hari Raya Aidiladha di Turki yang akan bermula 12 September ini.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meningkatkan usaha bagi tujuan tersebut, tambah laporan tersebut.

Turki dan Rusia kekal sebagai pembangkang terhadap konflik di Syria dengan Moscow menyokong kerajaan dan Ankara menyokong perjuangan pemberontak untuk menjatuhkan Pre­siden Bashar al-Assad.

Pemimpin Turki itu telah bertemu dengan Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama secara berasingan pada mesyuarat G-20 di China baru-baru ini, memberitahu kedua-dua­nya bahawa ia satu keperluan untuk bersetuju diadakan gencatan senjata di Aleppo.

Jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin pada Selasa berkata, gencatan senjata boleh bermula dengan 48 jam pertama yang kemudian akan dipanjangkan apabila kedua-dua pihak, rejim Bashar dan pejuang pemberontak menghentikan serangan.– AFP

Turki, Rusia bincang gencatan senjata di Aleppo sempena Hari Raya Aidiladha






REUTERS - PUTIN (kanan) sempat bercakap sesuatu kepada Erdogan ketika para pemimpin G-20 bergambar di Hangzhou, wilayah Zhejiang, China pada 4 September lalu.

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin bersetuju lewat kelmarin mengenai keperluan gencatan senjata secepat mungkin di Syria, lapor media tempatan.

Ankara berharap gencatan senjata akan dilaksanakan di bandar Aleppo, utara Turki sepanjang cuti Hari Raya Aidiladha di Turki yang akan bermula 12 September ini.

Erdogan memberitahu Putin melalui telefon kelmarin bahawa gencatan itu perlu dilakukan secepat mungkin, lapor agensi berita Anadolu.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meningkatkan usaha bagi tujuan tersebut, tambah laporan tersebut.

Turki dan Rusia kekal sebagai pembangkang terhadap konflik di Syria dengan Moscow menyokong kerajaan dan Ankara menyokong perjuangan pemberontak untuk menjatuhkan Pre­siden Bashar al-Assad.

Pemimpin Turki itu telah bertemu dengan Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama secara berasingan pada mesyuarat G-20 di China baru-baru ini, memberitahu kedua-dua­nya bahawa ia satu keperluan untuk bersetuju diadakan gencatan senjata di Aleppo.

Jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin pada Selasa berkata, gencatan senjata boleh bermula dengan 48 jam pertama yang kemudian akan dipanjangkan apabila kedua-dua pihak, rejim Bashar dan pejuang pemberontak menghentikan serangan.

– AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4Jo3PQGnu
Hakcipta terpelihara 

AS, Russia setuju gencatan senjata di Syria - Kerry

SABTU, 10 SEPTEMBER 2016 @ 7:06 AM


SETIAUSAHA Negara AS, John Kerry (kiri) dan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto AP

GENEVA: Amerika Syarikat (AS) dan Russia hari ini bersetuju dengan pelan menguatkuasakan gencatan senjata dalam perang saudara Syria dan melaksanakan asas ke arah proses damai, kata Setiausaha Negara AS, John Kerry.

Mengumumkannya bersama Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov selepas perbincangan sehari suntuk di Geneva, Kerry berkata, beliau percaya rancangan itu akan menjurus kepada perbincangan untuk 'menghentikan konflik' di Syria.

 Menerusi persetujuan itu, gencatan senjata dirancang bermula awal minggu depan, disusuli pembentukan baharu kerjasama tentera dengan pihak yang memerangi Kumpulan Negara Islam (Daesh) dan Al-Qaeda. Kerry berkata, pelan damai itu mampu mengurangkan keganasan di Syria dan membawa kepada peralihan politik sekali gus mengakhiri pertumpahan darah yang berlarutan lebih lima tahun di Syria.

Beliau menyifatkan persetujuan itu satu "titik perubahan" dalam konflik di Syria sekiranya dilaksanakan oleh kerajaan Syria yang disokong Russia dan kumpulan pemberontak yang disokong AS.

 "Gencatan senjata akan bermula sebaik matahari terbenam pada Isnin," kata Kerry ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari berkenaan.

Sementara itu, rakan rundingan Kerry, Lavrov, mengesahkan perjanjian itu dan berkata ia akan membantu melebarkan usaha memerangi pengganas dan mengagihkan bantuan untuk orang awam Syria. Beliau berkata, kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar Assad bersedia untuk melaksanakan gencatan senjata itu. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191433