WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kira-kira 1,200 pejuang di Syria telah dikenal pasti untuk menyertai program ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS), menurut jurucakap Pentagon, kelmarin.
Laksamana Muda, John Kirby berkata, kesemua mereka terlebih dahulu akan menjalani pemeriksaan di beberapa lokasi di luar Damsyik bermula bulan hadapan.
"Lebih 5,000 pejuang Syria akan menjalani latihan pada setiap tahun dan kira-kira 3,000 bakal dilatih menjelang akhir tahun ini. Ia juga akan menggunakan pangkalan data kerajaan AS dan risikan dari negara serantau," katanya.
Difahamkan, Turki, Arab Saudi dan Qatar telah membuat tawaran secara terbuka untuk menyediakan lokasi latihan bagi menjayakan program tersebut.
Sementara itu, beberapa pegawai AS memaklumkan pejuang Syria terbabit juga bakal dilengkapi dengan pelbagai peralatan termasuk trak pikap yang dipasang dengan mesingan, radio dan sistem penjejak GPS.
Selasa lalu, The Wall Street Journal melaporkan radio dan peralatan sistem GPS tersebut membolehkan kumpulan pejuang tersebut memberi isyarat untuk melancarkan serangan udara.
Sebelum ini, Pentagon mengumumkan lebih 400 tentera AS termasuk unit khas akan memberi latihan ketenteraan kepada pejuang Syria terbabit. - Reuters