Tuesday, 28 October 2014

Fenomena Mengerikan ‘Berburu Manusia’ di Syria



Damsyik. Jaringan Hak Asasi Manusia Syria (SNHR) menyiarkan sebuah laporan baru yang diberi judul ‘Berburu Manusia’. Khamis (23/10/2014)
Dalam laporan itu, disebutkan bahwa terdapat lebih dari 5300 orang warga, di antaranya 641 orang wanita dan 51 orang anak-anak, yang menjadi korban dalam operasi penembak tepat (sniper) oleh pasukan rejim syiah Basyar Asad.....


Banyaknya korban yang jatuh dengan peluru sniper menunjukkan bahwa hal itu adalah strategi penguasa yang diterapkan secara luas. Kalau benar demikian, maka boleh disebut sebagai kejahatan terhadap kemanusiaan.

Bahkan disebutkan bahwa terdapat penembak tepat yang menargetkan janin dalam perut ibunya dengan taruhan sebungkus rokok. Kesaksian itu diberikan seorang doktor berasal dari Inggris yang sudah bekerja secara suka relawan selama lima minggu di Syria.

SNHR juga melaporkan bahwa jika target telah kena, seorang sniper juga kadang-kadang menembaki siapa saja yang berada di dekatnya yang berusaha untuk menyelamatkan korban. Oleh kerana itu, banyak jenazah yang tergeletak begitu saja di jalanan dan tidak boleh diselamatkan.  (dakwatuna)

DARI KEM PELARIAN ATMA, IDLIB, SYRIA



Kanak-kanak ini hanya menyarung plastik kerana dia tidak mempunyai kasut. Gambar dirakamkan ketika dia beratur untuk mendapatkan bantuan makanan.
 

SYRIA DAN ANGKA



Memasuki tahun ke empat konflik di Syria, menyebabkan 2.8 juta kanak-kanak Syria tidak dapat meneruskan persekolahan. Mereka adalah generasi masa depan Syria, mereka perlu mendapat pendidikan.

Qatar nafi biaya IS di Syria


Kerajaan Qatar menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduh negara itu membiayai IS.
Kerajaan Qatar menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduh negara itu membiayai IS.
DOHA - QATAR, Wakil Qatar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan negara itu membiayai gerakan militan seperti kumpulan Negara Islam (IS) di Syria.

Menurut mereka, kerajaan hanya memberi sokongan kepada gerakan militan sederhana dengan penyelarasan bersama Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan beberapa agensi risikan di rantau Arab.

"Kami hanya membantu pejuang Syria yang bertempur dengan tentera kerajaan Syria dan tidak ada sebab untuk kerajaan menyembunyikan kebenaran itu," kata seorang daripada pegawai kanan terbabit.

Sebelum ini, kerajaan Doha dan beberapa individu kaya di negara terbabit didakwa menyalurkan bantuan kewangan serta bekalan senjata kepada kumpulan ekstremis di Syria termasuk Jabhat al-Nusra.

Difahamkan menurut BBC, Qatar adalah antara negara Arab yang terawal menyokong Amerika Syarikat (AS) melancarkan tindakan ketenteraan ke atas IS di Syria pada September lalu.

IS guna senjata kimia di Iraq


IS didakwa menggunakan serangan gas beracun di barat Iraq.
IS didakwa menggunakan serangan gas beracun di barat Iraq.
BAGHDAD - IRAQ. Kumpulan Negara Islam (IS) dilaporkan menggunakan senjata kimia ketika melancarkan serangan di barat Iraq.

Menurut laporan media tempatan, militan IS melancarkan roket yang memuatkan gas klorin ke kawasan kediaman.

Jurucakap tentera, Shaaban Obaidi berkata dalam serangan itu tiada penduduk yang cedera atau terkorban.

Minggu lalu, IS turut didakwa menggunakan senjata kimia ketika bertempur dengan pasukan keselamatan di bandar Dhuluiya yang terletak kira-kira 96 kilometer ke utara Baghdad menurut laporan Press TV.

Saksi berkata, selepas pertempuran itu seramai 40 askar Iraq mengalami simptom keracunan klorin.

Pejuang serang bandar Idlib


Beirut: Pejuang antikerajaan diketuai penyokong kuat al-Qaeda melancarkan serangan besar-besaran terhadap bandar Idlib semalam dalam cubaan mereka mengukuhkan penguasaan di wilayah barat laut.

Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, pejuang antikerajaan mengawai hampir semua daerah Idlib di peringkat awal perang tiga setengah tahun lalu.

Bagaimanapun, tentera kerajaan masih bertahan di ibu negeri wilayah itu dan menerima bekalan dari semasa ke semasa hanya melalui udara.

Pertubuhan itu berkata, pejuang Barisan al-Nusra dan unit lain menyerang bandar itu dari segenap arah.

“Sejak Subuh, pertempuran sengit tercetus di semua penjuru Idlib,” kata pegawainya.

Sekurang-kurangnya lima pejuang antikerajaan terbunuh.

Namun, pertubuhan itu belum mendapat sebarang maklumat mengenai kematian di pihak tentera Syria.

Pejuang antikerajaan pernah melancarkan cubaan menawan bandar itu awal bulan ini tetapi serangan semalam jauh lebih besar.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:04 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4544#sthash.8CztjVGl.dpuf