Gambar penderitaan rakyat Syria yang menjadi mangsa pengeboman Perancis...nyawa Islam tak penting kan...nyawa mat salleh lain la..
Tuesday, 17 November 2015
Perancis serang militan IS di Syria
Bedilan besar-besaran dilancar susulan serangan keganasan Paris
17 November 2015 1:43 AM
Imej daripada sedutan video memaparkan pesawat pejuang Perancis sedia berlepas di lokasi tidak dinyatakan untuk melancarkan serangan ke kedudukan militan IS di Raqqa, Syria, semalam. REUTERS
PARIS 16 Nov. - Pesawat pejuang Perancis semalam melancarkan serangan besar-besaran ke kawasan kedudukan kumpulan militan Negara Islam (IS), ketika polis Eropah memperluaskan penyiasatan berhubung serangan di Paris yang mengakibatkan 129 orang terkorban.
Kementerian Pertahanan melaporkan, pesawatnya melancarkan serangan terbesar setakat ini di Syria semalam dengan menjadikan kawasan kubu kuat IS iaitu di Raqqa sebagai sasaran utama.
“Serangan melibatkan 10 buah pesawat pejuang, pesawat berlepas dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan. Sebanyak 20 butir bom dilepaskan dalam serangan itu.
“Antara kawasan sasaran kami adalah depot simpanan senjata dan kem latihan,” jelas kementerian dalam satu kenyataan.
Dalam perkembangan lain, polis Perancis melancarkan lebih 150 serbuan di seluruh negara bagi menahan mereka yang dipercayai terlibat dalam kegiatan militan IS.
Polis berkata, hasil serbuan pihaknya turut merampas pelbagai jenis senjata antaranya pelancar roket, baju kalis peluru, senapang dan kelengkapan bertempur.
Namun, jumlah keseluruhan mereka yang diberkas tidak diberitahu.
Polis Perancis kini sedang memburu seorang lelaki kelahiran Belgium secara besar-besaran yang dipercayai membantu merancang serangan berdarah di sini bersama dua orang abangnya.
Sumber kehakiman berkata, salah seorang daripada abang suspek terbunuh ketika melancarkan serangan Jumaat lalu, manakala seorang lagi berada dalam tahanan polis Belgium.
Sementara itu, pendakwa raya Perancis, Francois Molins berkata, dua lagi pengebom berani mati dalam serangan di Paris telah dikenalpasti identiti mereka.
Katanya, mereka dikenali sebagai Ahmad Al Mohammad, 25, pemegang passport Syria dan warga tempatan Samy Amimour, 28.
Dalam perkembangan sama, media Belgium melaporkan, seorang rakyat negara itu dipercayai menjadi dalang utama di sebalik serangan di Paris dan kini sedang diburu oleh pihak polis.
Suspek kelahiran Maghribi dikenali sebagai Abdelhamid Abaaoud, 28, dan dia pernah menjadi perancang serangan pengganas yang digagalkan di Greece selain terlibat dalam kegiatan militan IS di Syria. – REUTERS/DPA
Subscribe to:
Posts (Atom)