New York: Kerajaan Syria tidak akan menerima sebarang pelan damai mengenai pentadbiran sementara yang mengecualikan Presiden Bashar al-Assad.
Perkara itu ditekankan oleh Menteri Luar Syria, Walid al-Moallem dalam wawancara kelmarin di luar sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di sini.
Beliau memberi ulasan itu sehari selepas Majlis Keselamatan meluluskan resolusi mewajibkan kerajaan Syria patuh kepada pelan antarabangsa untuk memusnahkan simpanan senjata kimianya.
Resolusi itu juga meluluskan keputusan sidang Geneva antara Damsyik dan penentang pada Jun 2012 yang menggesa dibentuk kerajaan sementara dengan kuasa eksekutif penuh.
Pemberontak Syria yang terbabit dalam konflik bersenjata dengan tentera kerajaan Syria selama dua tahun setengah, berulang kali berkata, ia tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang kerajaan sementara yang membabitkan Bashar.
Mesyuarat mungkin gagal
Kenyataan terbaru al-Moallem bermakna usaha mengadakan mesyuarat kedua antara Damsyik dan pemberontak di Geneva mungkin gagal.
“Bagi penduduk Syria, Bashar adalah Presiden yang dipilih hingga pertengahan 2014 apabila pilihan raya Presiden akan diadakan,” kata al-Moallem.
Calon lain juga dialu-alukan untuk bertanding mengikut Perlembagaan negara, katanya lagi.
Beliau menekankan, hanya rakyat Syria dapat memilih Presiden dan bukan kerajaan atau penentang asing yang berada di luar negara itu.
Pemberontak Syria menuduh kerajaan Bashar melakukan kempen kekerasan terhadap penduduk Syria termasuk serangan gas saraf di pinggir Damsyik, 21 Ogos lalu yang membunuh beratus-ratus orang.
Ikrar serah senjata kimia
Damsyik menafikan terbabit dalam serangan itu tetapi berikrar untuk menyerahkan simpanan senjata kimianya.
Al-Moallem juga mengulangi kepercayaan kerajaan bahawa tenteranya memerangi puak pengganas yang dinaungi al-Qaeda.
“Pengganas itu disokong negara asing termasuk Turki dan Jordan selain negara Arab seperti Arab Saudi dan Qatar,” kata al-Moallem.
Iran adalah penyokong utama Bashar manakala pemberontak menuduh golongan tertentu dalam Pengawal Revolusi manakala Hizbullah yang disokong Tehran bergerak bebas di Syria. - AP