Monday, 4 June 2012

Apabila Mufti Besar Al-Azhar mengeluarkan fatwa wajib bunuh Bashar Al-Assad

 Apabila Mufti Besar Al-Azhar mengeluarkan fatwa wajib bunuh Bashar Al-Assad

Ulama besar di Al-Azhar, merupakan institusi pendidikan ternama di dunia Islam, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam yang menentang regim diktatoriannya.

“Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.

“Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum.”

Lebih dari 8000 orang Syria telah terbunuh dalam tindakan keras membunuh yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad pada protes menuntut diakhirinya 11 tahun pemerintahan Assad.

Pihak berkuasa Syria berdalih mereka berperang melawan “pengganas”, yang telah mengorbankan 2000 tentera dan polis.

Aktivis mengatakan bahawa pembunuhan dilakukan setiap hari oleh pasukan Asssad di bandar yang memprotes. Pada hari Isnin, aktivis mengatakan 57 orang, termasuk 26 kanak-kanak-kanak dan 21 perempuan, dibunuh oleh pasukan Assad di Homs, bandar ketiga terbesar Syria.

Para aktivis berkata, beberapa dari mereka yang terbunuh mempunyai bekas gorokan pada kerongkong mereka dan yang lain terkena luka tusuk di Karm al-Zeitoun dan Al Adawiyeh persekitaran bandar Homs. Pihak berkuasa Syria menuduh “geng pengganas” berada di balik pembunuhan dengan tujuan mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap Damsyik.

Setelah menyelesaikan serangan di Homs, pasukan tentera Syria mempertingkatkan operasi di utara, melakukan pengeboman di kota Idlib untuk tiga hari.

Seorang aktivis di bandar itu mengatakan bahawa pada hari Selasa lepas pasukan keselamatan telah membunuh lebih dari 20 orang yang cuba untuk meninggalkan daerah itu dalam dua hari terakhir dan membuang mayat mereka di Masjid al-Bilal.

Ketika penduduk tempatan pergi untuk memeriksa mayat-mayat, mereka juga mendapat serangan, menambah korban yang terbunuh menjadi di angka 50 orang, kata aktivis kepada Reuters.

“Ketika orang datang dari wilayah pada sekitar awal hari tadi, pasukan keselamatan juga mula menembak mereka. Secara keseluruhannya, kira-kira 45 orang dibunuh,” kata aktivis, yang, seperti kebanyakan aktivis di Syria, hanya memberikan nama depannya, Muhammad, kerana takut dicari oleh pihak kerajaan.

Pembunuhan

Ulama besar Al-Azhar itu menyeru pembunuhan ke atas Assad atas pertumpahan darah orang awam yang terjadi tiap hari di Syria.

“Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kewajipan setelah ia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa wanita mereka,” kata Dr Hashem Islam, ahli Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar.

Dia menekankan bahawa Islam melarang pembunuhan manusia.

“Kejahatan yang dilakukan oleh pembunuh Bashar dilarang oleh Islam dan tidak akan mencapai keselamatan,” katanya.

Sheikh Abdel-Moneim Al-Bari, bekas pimpinan ulama Al-Azhar sangat bersetuju dengan pembunuhan ke atas Bashar.

“Presiden Syria Bashar Al-Assad perlu dibunuh kerana membantu pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap orang awam yang damai di Syria,” katanya.

Al-Bari, bekas anggota Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua hukum agama dan adat manusia.

“Dia layak mendapat hukuman segera.”

amerika dr tahun 1970-2009 ada lapan 'President' tapi Syria hanya ada 2 President(1970-1993)orang sama

 

Syaikh Muhammad Al-Ghazali berkata :

 Syaikh Muhammad Al-Ghazali berkata :

Apabila pertarungan di antara kebenaran dan kebatilan sudah sampai ke tahap kemuncaknya, dan setiap pihak telah memberikan usaha semaksima mungkin demi mencapai kejayaan, maka di sana terdapat satu saat dan ketika di mana setiap dari pihak kebenaran dan kebatilan akan berada di peringkat terakhir dalam pertembungan mereka.

Dan yang menjadi titik perpisahan dan noktah kemenangan di antara 2 pihak tersebut di peringkat ini ialah kesabaran dan ketahanan.

Ketika inilah ujian getir terhadap iman bermula. Jika golongan beriman terus bertahan dengan penuh kesabaran, maka seluruh kelebihan akan memihak kepada mereka.
Pada saat inilah kebenaran akan zahir dan menonjol sementara kebatilan mula merosot dan bergerak mundur secara perlahan-lahan.

Lalu, atas nama Allah, berlakulah kemenangan yang sudah dijangkakan

Syaikh Muhammad Abu Al-Huda Al-Ya`qubi

 Syaikh Muhammad Abu Al-Huda Al-Ya`qubi

Peristiwa penyembelihan di perkampungan Haulah akan kekal terukir di ingatan rakyat Syria dan akan menjadi inspirasi jihad meruntuhkan kezaliman. Regim yang zalim tidak mampu untuk memadam atau menafikan peristiwa sadis ini dari ingatan rakyat dan lembaran sejarah.
Kami mencabar pihak regim agar mengisytiharkan perkabungan di peringkat kebangsaan selama 3 hari ke atas para syuhada` yang gugur, jika mereka berani berbuat demikian.
Adakah perkara sedahsyat ini pernah berlaku dalam lipatan sejarah Syria?
Adakah Dr. Bouti masih tergamak mempertahankan regim serta menyalahkan pihak pembangkang dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini?
Tidakkah pihak regim merasa malu apabila mereka dan pihak media mengisytiharkan untuk menubuhkan pasukan penyiasat dalam kes jenayah berat ini? Ironinya, setelah 14 bulan berlalu, jawatankuasa siasatan masih belum pernah membentangkan hasil siasatan mereka ke atas peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Dar`a dan Duma.
Andainya kita mempercayai pihak regim benar-benar tidak terlibat, bukankah presiden sewajarnya melepaskan jawatannya (jika ia masih memiliki rasa malu) kerana beliau sudah hilang kemampuan mengawal rakyatnya serta tidak mampu memberikan keamanan dan kestabilan kepada negara?

Syria

 Bayi ini telah dilahirkan dalam penjara ketika ibunya ditangkap oleh Mafia asad dan ibunya juga telah dibebaskan tetapi pakcik dan makciknya masih berada di dalam penjara Syria...

..................
Muhammad Nazmi