Wednesday, 13 November 2013

syria

Kemampuan teknologi persenjataan yang terbina dalam keadaan yang serba kekurangan pasti mengejutkan musuh dan sekutu-sekutunya. 

Mujahidin Syria berbekal tawakkal kepada Allah mengaplikasikan sepenuhnya kekuatan setiap senjata yang mereka miliki dengan kemajuan taktis dalam perang.

Rezim Assad mempunyai senjata yang serba modern dan canggih namun masih tidak mampu menandingi kemampuan perang para Mujahidin Syria.

syria berdarah

Kemampuan teknologi persenjataan yang terbina dalam keadaan yang serba kekurangan pasti mengejutkan musuh dan sekutu-sekutunya. 

Mujahidin Syria berbekal tawakkal kepada Allah mengaplikasikan sepenuhnya kekuatan setiap senjata yang mereka miliki dengan kemajuan taktis dalam perang.

Rezim Assad mempunyai senjata yang serba modern dan canggih namun masih tidak mampu menandingi kemampuan perang para Mujahidin Syria.
 

syria

Di sini...dia termenung sayu di bawah runtuhan
Memujuk pilu hatinya yang rawan
Mendakap kaku jasadnya yang kedinginan
Bukan hanya kerana kelaparan
Jua bukan sekadar kehausan
Namun kerana terlalu kerinduan

"Wahai ayah...Wahai ibu
Aku terlalu merinduimu
Bangunlah...bangunlah...kembalilah kepadaku"
Andai mampu dia mengungkapkan sebaris ayat sebegitu...
Namun di hujung lidah kata-kata itu kelu
Terlalu banyak kenangan yang terpaksa berlalu

Akhirnya di sini dia terpaksa mengerti
Menjadi dewasa dan belajar memahami
Hidup ini bukan sekadar untuk menangisi
Nasibnya yang menimpa diri
Dia telah memilih untuk meyakini

Alhamdulillah Allah telah memilihnya untuk diuji
Keyakinan dicampakkan ke dalam hati
Esok sinar baru pasti kan menerangi
Di sana nanti
Bersama ibu dan ayah dia akan bersatu kembali
"Alhamdulillah" dia terus mengungkap di dalam hati

Green Project
Nov 2013

Kamu diwajibkan berperang

Kamu diwajibkan berperang [untuk menentang pencerobohan], sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan [ingatlah], Allah jualah Yang Mengetahui [semuanya itu], sedang kamu tidak mengetahuinya.

Al Baqarah : 216

Saudara sekalian, ini adalah Barzah, Damsyik.

Saudara sekalian, ini adalah Barzah, Damsyik.

Jadi, usah anda mengadu tentang perkara yang remeh temeh. Hanya perlu diingat, sekurang-kurangnya peluru berpandu ini tidak jatuh di atas kepala anda. Secara jujurnya, bersyukurlah kepada Allah. Alhamdulillah..

Kanak-kanak ini kekurangan zat makanan dan ubat-ubatan..

Kanak-kanak ini kekurangan zat makanan dan ubat-ubatan..

Sedangkan kita disini penuh dengan lebihan makanan, berbuat pembaziran. Tidak bersyukur apa yang DIA berikan. Kufur nikmat.

Kita lupa, Allah juga menguji kita. Apa yang DIA berikan pada kita, untuk dikongsikan bersama yang lain. Kerana itu Nabi kata, bukan dari golonganku yang tidak mengambil tahu dan mengasihani saudaranya.

Kalau dah bukan dari golongan Baginda, bagaimana nak dapat syafaat nanti? Rugilah manusia yang kaya dunia tapi miskin akhirat.

PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI...



Apabila para ibu menemui jasad anak-anak mereka yang sedang tidur.... dan tidak akan bangkit kembali..

Ketahuilah wahai si ibu, anakmu sedang menikmati kenikmatan Syurga.. Mereka telah capai kemenangan. Tinggal kita lagi yang perlu terus berjuang...

Hasbunallah wa ni'mal wakil..

Saya lapar...

#SYRIA

Saya lapar... kanak-kanak #Syria membesar dengan penuh kelaparan dan musim sejuk pula sudah bermula.. Tiada petrol, tiada makanan ...hanya kepungan kerajaan sahaja yang berterusan..

****
I Am Hungry... The children of #Syria grow hungry and winter will soon begin. No fuel, no food....only a government siege that continues on...

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan / Please click the link for the donation form:
http://form.jotform.me/form/32973019428459

syria berdarah

Beberapa anak menunggu bergiliran untuk di mandikan dengan kondisi air yang sedikt dan di sebelah api sementara asap mengisi udara dari sampah terbakar. Asap yang mengisi paru-paru mereka perlahan-lahan membunuh mereka. Saat ini, banyak anak-anak di Suriah menderita penyakit 


Salurkan bantuan Anda untuk Muslim Suriah di sini : Peduli Muslim

Please Like FP :
1. Cinta Shahabat Radhiyallahu 'Anhum
2. Resensi Buku-Buku Islam
 

Serangan mortar korbankan lima pelajar


DAMSYIK 12 Nov. - Serangan bom mortar di sebuah sekolah di sini telah mengakibatkan lima orang kanak-kanak terkorban dan 27 lagi cedera.
"Jumlah kematian akibat daripada serangan pengganas yang mensasarkan sekolah St. John Damsyik itu sudah meningkat kepada lima orang dengan kesemua mereka merupakan kanak-kanak,’’ lapor televisyen negeri.
Terdahulu, Menteri Luar Syria memberitahu media rasmi Al-Ikhbariya, 11 orang kanak-kanak mengalami kecederaan akibat daripada serangan itu dengan kebanyakan mereka berasal dari daerah Qassaa, tengah Damsyik. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131112/lu_02/Serangan-mortar-korbankan-lima-pelajar#ixzz2kUaWCCGZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ulama pro-Bashar maut


Tripoli: Seorang ulama Sunni Lubnan yang rapat dengan regim Syria dan Presiden Bashar al-Assad ditembak mati di bandar di utara Lubnan ini, semalam.

“Sheikh Sunni Saadeddine Ghiyeh cedera parah akibat terkena peluru di kepala ketika memasuki keretanya di kejiranan Bahsa di pusat bandar itu,” kata sumber keselamatan.
“Dua lelaki bertopeng menaiki motosikal berhenti dekat dengannya sebelum seorang daripada mereka melepaskan tembakan.

Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital,” katanya.


Saadeddine, 43, ialah anggota Barisan Tindakan Islam, kumpulan Sunni proregim Syria di Lubnan.


Dia pernah tercedera beberapa bulan lalu akibat terkena bom tangan yang dicampakkan ke arahnya. - AFP