Sunday, 2 November 2014
SYRIA BERDARAH
Statistik yang dikeluarkan oleh aktivis kemanusiaan menunjukkan, seorang kanak-kanak menjadi korban setiap 2 jam akibat peperangan di Syria. Jumlah kematian kanak-kanak adalah melebihi angka 15,000 semenjak terjadinya revolusi yang memasuki tahun ke empat.
Hentikan kekejaman Assad! Beliau menghantar bom untuk membunuh, kita hantarkan doa supaya kezaliman ini terhenti!
JANGAN BIARKAN KESEJUKAN MEMBUNUH MEREKA!
Musim sejuk yang menggigit bakal tiba tidak lama lagi di Syria. Pihak Syria Care mensasarkan untuk membiayai lebih 5,000 keluarga di daerah Timur Ghoutah, Damsyik bagi membantu mereka mengharungi musim sejuk yang membunuh. Daerah ini adalah kawasan sama yang diserang dengan senjata kimia pada 21.8.13 yang lalu, yang mengakibatkan hampir 1,500 kematian.
Sebelum peperangan berlaku penduduk di kawasan ini berjumlah 2,200,000 orang. Sekarang hanya tinggal lebih kurang 1,000,000 orang sahaja.
Projek yang Syria Care usahakan ini antaranya adalah membekalkan keperluan kepada 5,000 keluarga sepanjang mengharungi 3 bulan musim sejuk. Projek ini mampu menampung keperluan bagi 25,000 orang, InsyaAllah.
Di antara keperluan yang ingin dibeli adalah seperti berikut.
1. 3,600,000 kg - Kayu api
2. 75,000 helai - Pakaian dalaman untuk musim sejuk
3. 25,000 pasang - Kasut
4. 5,000 biji - Alat Pemanas Api
5. 25,000 buah - Tilam
6. 25,000 biji - Bantal
7. 25,000 helai - Selimut
Kos keseluruhan projek adalah sebanyak RM15,750,000.
Mohon sokongan semua bagi menjayakan projek ini.
Jangan biarkan kesejukan membunuh mereka!
Tarikh tutup 31 Jan 2015
Bagi yang menderma sila maklumkan kepada pihak Syria Care samada melalui emel atau Whatsapp untuk tujuan memudahkan kemaskini.
Emel ke: souricare@gmail.com __________________________
Bersama sertai NGO Syria Care dalam usaha membantu umat Islam di Syria!
AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL
Alamat Pejabat NGO Syria Care :
No. 43, Jalan Bola Jaring, 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 011370 30900
SYRIA
Tangisan seorang ayah disamping anaknya yang telah terkorban akibat pengeboman rejim. Apa perasaan kita sebagai seorang Ayah bila ditimpa kejadian yang serupa? Jawablah dengan iman...
Bagi yang ingin menderma kepada tabung Syria, dibawah ini adalah akaun NGO yang aktif membantu Syria
SYRIA CARE
CIMB BANK : 8601-89-4560
Swift Code : CIBBMYKL
MALAYSIA LIFELINE FOR SYRIA
SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK : 5645-5733-8496
MAHUKAH KALIAN DENGAR KISAH INI? KISAH SEORANG ANAK YATIM DI SYRIA
Ini bukanlah satu adegan dalam filem, drama atau cerita fiksi. Ini adalah kisah nyata yang berlaku di Syria.
Anak kecil ini namanya Wassim Zakour, seorang anak kecil yatim piatu yang hidup sendirian dan meninggal juga sendirian. Seluruh anggota keluarganya telah dibunuh tentera rejim. Dia tidak punya sesiapa dan apa-apa. Disisinya hanyalah beberapa keping roti yang sudah berkulat yang disimpannya untuk mengisi perut bila dia kelaparan.
Satu-satunya kenangan dari keluarganya yang masih disimpan adalah kasut milik ayahnya, kasut itu terlalu besar untuk kaki kecilnya. Walaupun besar Wassim selesa memakainya.
Setiap hari Wassim bekerja menjual sampah dan akan mengutip apa saja yang dirasakan boleh dia jual. Dia selalu membawa sebuah beg hitam bersamanya untuk dia menyimpan semua hartanya, termasuklah kasut buruk, roti lama dan sampah untuk dijual.
Hanya dia dan Rabbnya yang tahu bagaimana anak sekecil itu dapat terus bertahan, hidup di tengah serangan bom dan tembakan sniper, mengharungi udara malam di musim dingin dengan hujan atau salji. Dan tetap menyusuri jalanan pada musim panas yang panasnya menusuk hingga ke ubun-ubun.
Tetapi tentera rejim tetap tidak ingin seorang anak pejuang sepertinya terus hidup meskipun dia hanya memiliki sedikit harta.
Kini, Wassim terbaring di bahu jalan. Dua minggu telah berlalu...
Dalam keadaan tubuhnya yang lemah dan tak mampu lagi digerakkan dan setengah membusuk. Hanya keimanan terhadap Rabbnya, beg hitam dengan sedikit hartanya, beserta kasut buruk yang masih tersarung dikakinya, ya hanya itulah yang tetap menemani hingga hembusan nafas terakhirnya di dunia ini.
Dan di bawah jenazah anak kecil ini juga terdapat suara hati umat Islam yang telah mati membiarkan kejadian ini terjadi dan hanya dibiarkan berlalu pergi...
--------------------------------------------------------------
Kisah seperti kisah Wassim adalah kisah biasa di Syria, dimana ramai rakan yang sebaya Wassim menerima nasib serupa atau lebih teruk lagi. Dimana peranan kita sebagai saudara mereka? Adakah kita akan membiarkan lebih banyak cerita sedih seperti Wassim? Atau kita akan usahakan membantu? Tepuk dada tanyalah Iman!
Syria bidas sikap PBB
2 November 2014
PBB |
Dalam satu kenyataan, Bashar al-Ja'afari menyelar pendekatan Turki terhadap Syria sambil menambah bahawa PBB tidak akan mampu untuk menghapuskan aktiviti militan sekiranya terus membiarkan Ankara mengamalkan polisi salah dalam menangani konflik di negara Arab yang dilanda keganasan.
"Tidak dinafikan lagi bahawa dasar diamalkan Turki menjadi antara penyebab meningkatnya aktiviti keganasan di Syria.
"Ini kerana Ankara membenarkan kumpulan militan menyeberangi sempadan mereka untuk masuk ke negara-negara Arab yang bergolak," katanya dipetik Press TV.
Menurut laporan sejak 2011, seramai 200,000 orang maut di Syria angkara perbuatan militan.
Subscribe to:
Posts (Atom)