Saturday, 5 July 2014

Ramadhan bulan keberkahan

Ramadhan bulan keberkahan, 
Rezeki yang ada untuk dikongsikan, 
jika kita menyenangkan hati sesama Muslim, sungguh ganjaran tinggi di sisi Allah. 

Tiada yang lebih menggembirakan buat si kecil ini, melainkan walau mendapat sedikit rezeki untuk dikongsikan bersama ibu & ayah. 
TERIMA KASIH bagi yang sudi menghulur walau sedikit.
Nilai bukan sedekah tidaklah menjadi perhitungan Allah, tapi keIkhlasan hati.

Untuk sumbangan:
Syria Care
No 38B, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, Shah Alam,
40100 Selangor,
011-37030900

CIMB- Syria Care ( 8601-89-4560 )

syria berdarah

Harap dapat tonton video ini... 
Mesej yang padat untuk pertubuhan ISIS khususnya golongan Al Ansar. 
Bilamana kebencian menyelinap dalam diri, maka setiap aliran darah diserapi api kejahatan Syaitan. 
Dan perjuangan tersasar dari landasan. 

https://www.facebook.com/photo.php?v=1450237738567274

syria berdarah

Keluarga Syria di Lubnan.
Tiada tempat untuk mereka merebahkan badan dan mendapatkan perlindungan kecuali tidur di kaki lima.
Di Lubnan sahaja terdapat lebih dari 1.4 juta pelarian Syria. Jumlah mereka menghampiri 1/4 daripada penduduk di Lubnan yang berjumlah 4 juta orang.
Ramai daripada mereka hidup dalam keadaan yang sangat sukar dan parti syaitan di Lubnan tidak membenarkan bantuan untuk sampai kepada mereka !
Saudara Muslimku sekian,
Kita sekarang berada di dalam bulan bulan barakah bulan Ramadhan yang mulia. Bantulah mereka dan semoga Allah menggandakan pahala kalian semua.

Pemisah tawan medan minyak


2014/07/05 - 01:14:04
Pemisah tawan medan minyak
Sukarelawan Syiah mengawasi keadaan di kawasan padang pasir antara Kerbala dan Najaf, selatan Baghdad, kelmarin.

Beirut: Kumpulan Pemisah Negara Islam (IS) kini menguasai sepenuhnya medan minyak dan gas utama Syria di wilayah Deir Ezzor yang bersempadan dengan Iraq, kata kumpulan pemerhati.

IS mengisytiharkan kawasan yang dikuasainya di Syria dan Iraq sebagai “Khalifah Islam” dengan menerajui serangan terhadap tentera kerajaan.

“IS mengambil alih padang minyak Tanak, terletak di padang pasir Sheiytat di timur wilayah Deir Ezzor,” lewat kelmarin selepas pesaing pemberontak menarik diri, kata Pemerhati Hak Kemanusiaan Syria.

Sebelum itu, kumpulan militan menguasai lapangan minyak utama Al-Omar. Namun mereka masih gagal menawan padang minyak kecil Al-Ward yang hanya menghasilkan 200 tong gas sehari dan kini dikuasai puak tempatan, kata Pengarah Pemerhati Rami Abdel Rahman.

Kumpulan Pemisah Negara Islam menguasai Tanak dan Al-Omar selepas pesaing pejuang dari Barisan Al-Nusra Al-Qaeda dan kumpulan pemberontak Syria menarik diri dari kawasan berkenaan, kata pemerhati.

Pada Januari lalu, Al Nusra dan kumpulan militan lain mula berpaling dari kumpulan jihad yang sebelum ini dikenali sebagai pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), dalam usaha mereka menguasai seluruh Syria.

Kumpulan pemberontak menyingkirkan IS dari timur laut wilayah Idlib dan dari Aleppo, namun kumpulan itu kekal teguh menguasai bentengnya di wilayah Raqa.
Di Deir Ezzor, IS sudah mengambil alih hampir seluruh kawasan luar bandar, tenteranya dirangsang oleh senjata berat yang dirampas daripada tentera Iraq yang melarikan diri dari serangan yang diterajui oleh militan Sunnah.

Pada Ahad lalu, Kumpulan Pemisah Negara Islam mengisytiharkan pemerintahan khalifah, merujuk kepada sistem pemerintahan Islam yang telah dimansuhkan hampir 100 tahun lalu, satu langkah yang dianggap pemberontak termasuk kumpulan Islam di Syria sebagai bidaah. Perang Syria bermula sebagai satu gerakan aman menuntut penyingkiran Assad, berubah menjadi konflik selepas tindakan keras dan kejam oleh rejim. 

Britain pernah rancang latih 100,000 penentang Syria


LONDON 4 Julai - Britain pernah merangka rancangan untuk melatih kira-kira 100,000 anggota kumpulan penentang Syria untuk menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad, namun rancangan itu tidak dilaksanakan kerana ia dianggap terlalu berisiko.
Portal berita al-Arabiya yang memetik laporan stesen televisyen BBC Newnight semalam melaporkan rancangan tersebut dikemukakan dua tahun lalu dan merupakan idea ketua pasukan pertahanan Britain ketika itu, Jeneral David Richards.
BBC yang memetik sumber Whitehall melaporkan, rancangan rahsia untuk ‘mengeluar, melengkapkan, melatih’ itu pernah dikemukakan kepada Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Majlis Keselamatan Negara serta pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS), tetapi ia kemudian ditolak.
Rancangan tersebut jika dilaksanakan akan menyaksikan pembentukan pasukan tentera terdiri daripada penentang Syria yang berfahaman sederhana dilatih di pangkalan tentera di Turki dan Jordan.
Beberapa pihak percaya peluang untuk melaksanakan inisiatif tersebut telah berlalu.
Kumpulan pemikir daripada Institut Kesatuan Perkhidmatan Diraja, Profesor Michael Clarke berkata, mereka terlepas peluang untuk melatih pasukan tentera anti-Assad yang akan mempunyai pengaruh di Syria apabila beliau digulingkan.
"Saya rasa terdapat peluang untuk terlibat secara positif dua atau tiga tahun lalu, namun ia sangat berbahaya, selain kos dan keadaan ketidaktentuannya sangat tinggi,’’ katanya kepada BBC.
Kira-kira 400 warga Britain dipercayai menyertai pertempuran di Syria, tindakan yang merupakan satu jenayah di bawah undang-undang keganasan United Kingdom.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140705/lu_06/Britain-pernah-rancang-latih-100000-penentang-Syria#ixzz36XYtUaDa
© Utusan Melayu (M) Bhd