Thursday, 9 October 2014

Dunia sekali lagi kehilangan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

BERITA TERKINI

Idlib , Syria : Binnish (9/10/2014)

Hari ini..
Di saat dan detik ini..

Dunia sekali lagi kehilangan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa. Dirinya dibunuh kejam oleh serangan udara yang dilakukan ke atas kawasan kediamannya di Binnish yang terletak di bawah daerah Idlib , Syria.

Ketahuilah bahawa darah yang mengalir keluar akibat perbuatan jahat penjenayah ini, dan dunia hanya membiarkannya berlalu pergi tanpa sebarang tindakkan. Darah ini .. tubuh yang sudah tidak bernyawa ini.. bakal menjadi saksi dan menuntut haknya di akhirat kelak.

AsSyahid Mustafa Subhi Ruslan..

Semoga rohnya dirahmati oleh Allah swt dan dikurniakan syurga Allah swt dan tenang di sana.

Hasbunallah wanikmal wakeel..

Bersama menghulurkan tangan anda untuk membantu anak-anak yang sedang ditindas di Syria.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda buat umat Islam di Syria melalui NGO Syria Care di :

AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

Alamat Pejabat NGO Syria Care :
No. 38B, Jalan Bola Tampar, 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 011370 30900

#AssadCrimes #Syria
 

Satu serangan kejam yang dilakukan oleh pesawat rejim Basyar Assad ke atas bandar Irbin berdekatan Damsyiq.

Rif Dimashq , Syria : Irbin (9/10/2014)

Satu serangan kejam yang dilakukan oleh pesawat rejim Basyar Assad ke atas bandar Irbin berdekatan Damsyiq.

Jumlah yang terbunuh dalam serangan ini besar. Hospital tidak dapat menampung jumlah mereka yang tercedera dalam pembunuhan besar-besaran ini.

Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=Z_CPu9Q7UZA&feature=youtu.be

#AssadCrimes #Syria

Jangan pernah berputus asa.

Teruskan menghulurkan sumbangan ikhlas anda buat umat Islam di Syria melalui NGO Syria Care di :

AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

Alamat Pejabat NGO Syria Care :
No. 38B, Jalan Bola Tampar, 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 011370 30900
 

Pesawat pakatan antarabangsa serang sasaran IS di Syria

MURSITPINAR, Turkey: Sebuah pesawat pakatan antarabangsa melancarkan serangan udara baharu terhadap sasaran kumpulan militan Negara Islam (IS) di sekitar bandar Kobani di sempadan Syria.
Serangan udara itu menyebabkan asap hitam tebal kelihatan di ruang udara dari arah bukit di timur Kobani, lapor wartawan AFP dari sempadan Turki.
Ia adalah serangan udara pertama disaksikan hari ini selepas beberapa serangan semalam. - AFP

14 maut dalam tunjuk perasaan


Istanbul: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam keganasan tunjuk perasaan oleh kumpulan pro-Kurdis di tenggara Turki semalam.

Pertempuran berlaku ketika etnik Kurdis berang dengan pendirian kerajaan yang kurang menonjol bagi mengekang kemaraan kumpulan pejuang di Syria.


Lapan daripada kematian itu berlaku di Diyarbakir - bandar utama Kurdis - yang menyaksikan rusuhan paling buruk sejak kelmarin.

Sumber berkata, pertempuran dengan polis menyebabkan kerosakan besar di bandar itu dengan sebahagian kedai dan bas dibakar.


Kematian lain dilaporkan berlaku akibat keganasan di Mardin, Siirt, Batman dan Mus - semuanya terletak di tenggara Turki.


Kerajaan mengerah tentera ke jalanan di bandar Diyarbakir, Mardin dan Van bagi mengekang tunjuk perasaan.

Sekolah tempatan ditutup dan penerbangan dibatalkan.

Protes itu mula tercetus pada malam Isnin lalu tetapi keganasan pada kelmarin adalah paling buruk dilaporkan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Hizbullah buka langkah awal



Beirut: Satu serangan bersenjata oleh Hizbullah di kawasan sempadan Lubnan - Israel yang mencederakan dua tentera rejim Zionis berkenaan membayangkan kumpulan berkenaan masih bersedia berperang dengan musuh lamanya ketika mereka turut terbabit dalam perang saudara di Syria.

Timbalan ketua Hizbullah, Sheikh Naim Qassem berkata, walaupun pejuang kumpulan berkenaan sibuk di Syria, mereka tetap bersiap sedia termasuk berperang dengan Israel.


“Inilah mesej kami,” katanya kepada sebuah stesen televisyen Lubnan semalam.
Dalam serangan itu, dua tentera Israel cedera apabila sebutir bom dipasang di kawasan pergunungan Shebaa meletup.
Kenyataan Sheikh Naim itu adalah pengakuan pertama Hizbullah terhadap tindakan bersenjata ke atas Israel sejak 2006.
Ketika ini, anggota Hizbullah sedang membantu tentera rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad menghadapi musuh mereka.

Pembabitan Hizbullah yang disokong Iran mengubah pola konflik ketika Bashar dilihat di ambang kejatuhan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09