5 OGOS 2015
LONDON - BRITAIN. Britain, semalam mengumumkan bahawa mereka akan melanjutkan operasi serangan udara ke atas kumpulan militan IS di Iraq dan Syria sehingga Mac 2017.
Setiausaha Pertahanannya, Michael Fallon memberitahu keputusan itu dibuat demi untuk mengekalkan tempo misi Skuadron 12 yang kini berpangkalan di Cyprus.
Menurutnya, pesawat pengebom Tornado GR4 kini sedang melakukan operasi peninjauan, pengawasan dan turut melancarkan serangan udara di bawah operasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) sejak Ogos tahun lalu.
Difahamkan, Britain tidak menyertai operasi ketenteraan yang menyasarkan sasaran IS di Syria selepas Parlimen meluluskan misi serangan udara ke atas Iraq pada September lalu.
"Kami perlu mendapatkan kelulusan Parlimen terlebih dahulu sebelum menyertai pakatan antarabangsa melancarkan serangan udara terhadap kedudukan IS di utara Syria," katanya.
Dalam perkembangan lain, AS memaklumkan mereka menggunakan kekuatan tentera udara di Syria sebagai pertahanan bagi melindungi kumpulan angkatan bersenjata yang menyertai operasi untuk menyekat kemaraan kumpulan militan di negara itu.
Pentagon mengesahkan serangan udara telah dilancarkan pada Jumaat lalu sebagai sokongan kepada Angkatan Baharu Syria yang dilatih oleh tentera AS sejak beberapa bulan lalu. - al-Arabiya
LONDON - BRITAIN. Britain, semalam mengumumkan bahawa mereka akan melanjutkan operasi serangan udara ke atas kumpulan militan IS di Iraq dan Syria sehingga Mac 2017.
Setiausaha Pertahanannya, Michael Fallon memberitahu keputusan itu dibuat demi untuk mengekalkan tempo misi Skuadron 12 yang kini berpangkalan di Cyprus.
Pesawat pengebom Tornado GR4 melakukan operasi peninjauan dan pengawasan di Iraq. |