Sunday, 7 July 2013

Askar mara di Homs


Beirut: Tentera rejim Bashar al-Assad semalam dilapor sudah memasuki beberapa bahagian bandar raya Homs yang dikuasai kumpulan penentang.

Aktvis yang berpangkalan di bandar raya berkenaan, Tarik Badrakhan berkata , tentera Syria berjaya menawan beberapa bangunan di daerah Khaldiyeh.


Ini kali pertama tentera Bashar memasuki Homs selepas dikuasai penentang sejak lebih setahun lalu.

Tentera Syria melancarkan serangan besar-besaran ke atas bandar raya itu sejak tujuh hari lalu. Media yang dikuasai rejim Bashar melaporkan tentera negara itu menembak mati beberapa penentang ketika memasuki Khaldiyeh.


Menurut Tarik, tentera Syria memasuki bandar raya berkenaan sejak malam kelmarin dan sehingga lewat semalam, masih lagi mengebom beberapa kawasan dengan mortar dan misil.


Serangan besar-besaran terhadap Homs sebahagian usaha Bashar menawan wilayah dikuasai penentangnya.

Homs ialah bandar raya strategik terletak antara Damsyik dan kawasan pantai Syria yang menjadi kubu kuat rejim Bashar.


Dalam perkembangan lain, pesawat tentera Syria juga melancarkan beberapa serangan ke atas kawasan pinggir Damsyik, khususnya di Assali, di selatan ibu negara Syria itu dan Qaboon, di timur.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Bagi Syria melaporkan, serangan udara tentera Bashar turut menyasarkan kawasan dikuasai penentang di timur Damsyik, antaranya kubu kuat kumpulan berkenaan di Zamalka.


Keganasan merebak lebih jauh di Damsyik sejak beberapa bulan lalu dengan beberapa daerah hampir musnah sama sekali akibat pengeboman dan pertempuran.


Perang saudara yang meletus di Syria sejak 27 bulan lalu meragut lebih 100,000 nyawa sementara puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal. - Agensi

TERKINI




Antara mangsa kekejaman rejim Basyar dan pakatannya di kota Binnish, Utara Idlib hari ini.

Mereka kebanyakannya mati syahid akibat terkena bom dan peluru rejim Basyar. Doakan rakyat Syria.

#freesyria #pray4syria

Pembangkang Syria pilih Presiden baharu

ISTANBUL 7 Julai - Gabungan pembangkang Syria, Perikatan Nasional memilih Ahmad Assi Jarba sebagai Presiden selepas satu undian secara tertutup diadakan di sini semalam.
Ahmad merupakan seorang pemimpin puak di wilayah timur Hasaka yang mempunyai hubungan rapat dengan Arab Saudi dan memperoleh 55 undi berbanding lawannya seorang ahli perniagaan, Mustafa Sabbagh yang dicalonkan oleh kerajaan Qatar, memperoleh 52 undian.
Ahmad akan memimpin Perikatan Nasional untuk menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130707/lu_02/Pembangkang-Syria-pilih-Presiden-baharu#ixzz2YKszmr9j
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MADE IN SYRIA


Mereka mampu menghasilkan senjata sendiri dengan segala kekurangan. Tidak perlu senjata yang canggih kerana pertolongan Allah mengatasi segalanya. ALLAHU AKBAR!!!

Di mana anak-anak dan adik-adik kita sekarang?


Di mana anak-anak dan adik-adik kita sekarang? Dalam usia sebegini mereka sepatutnya bersama rakan-rakan sebaya 'menikmati' zaman kanak-kanak dan membesar dengan sempurna. Tapi Basyar telah merampas segalanya dan membunuh segala impian. Mungkin mereka pernah bercita-cita menjadi guru, doktor, jurutera, arkitek, pilot, malah mungkin presiden bagi sebuah negara! Apa yang tinggal kini hanya mimpi-mimpi ngeri yang menghambat langkah-langkah longlai mereka. Bayangkan kuburan yang digali itu untuk ibu, ayah dan adik beradik mereka...dan bayangkan 'si penggali kubur' itu adalah anak-anak dan adik-beradik kita. Demi Allah! Kami sekali-kali tidak akan melupakan dan tidak akan memaafkan untuk setiap darah yang menitik dan setiap mimpi yang kamu rampas dari anak-anak dan adik-adik kami di bumi Syria ini. Laknat Allah ke atas kamu wahai Basyar!

PEMBEBASAN SYRIA adalah KUNCI PEMBEBASAN PALESTINE!


Jalan menuju Al-Quds. Untuk kesekian kalinya kami menegaskan bahawa PEMBEBASAN SYRIA adalah KUNCI PEMBEBASAN PALESTINE!

TERKINI




Pihak rejim Basyar bersama pakatannya menyerang wilayah Homs secara menggila. Ketika dunia tertumpu ke arah Mesir, mereka mengebom hampir keseluruhan bumi Homs.

Dilaporkan wilayah Homs merupakan target mereka seterusnya untuk dihancurkan. Ya Allah, kami memohon pertolongan-Mu.

#pray4syria #freesyria