Tuesday, 21 May 2013

syria

Video ini memaparkan serangan udara ke atas kawasan petempatan awam yang mana menjadikan video ini sebagai dokumen yang sah untuk dibawa ke PBB dan juga mahkamah antarabangsa. Video ini menunjukkan pesawat pengebom dan bom yang jatuh yang kemudiannya meletup di atas rumah penduduk awam. Dengan zoom yang jelas memungkinkan jenis bom yang digunakan dapat dilihat, tempat dimana bom itu digugurkan dan tarikh pengeboman melalui suara perakam video.

Sudah tentu video ini tidak akan disiarkan oleh 'media-media Eropah' atau mahkamah keadilan kerana ini adalah keganasan 'Iran-Syiah' (yang diterima) dan bukannya keganasan 'Islamik'.

P/s: Bandar yang dibom ialah Yabrud, sebuah perkampungan Sunni, dibom dengan menggunakan senjata terbaru yang diterima dari Iran.

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=N1iiM4u23lU&feature=youtu.be

syria

Al- Baqarah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[114]
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

Baru sebentar tadi dimaklumkan bahawa anak kecil yang berusia 4 bulan ini telah gugur syahid akibat pengeboman rejim Basyar.



TERKINI

Baru sebentar tadi dimaklumkan bahawa anak kecil yang berusia 4 bulan ini telah gugur syahid akibat pengeboman rejim Basyar.

Asy-Syahidah Salam Hisam merupakan antara ribuan bayi yang terbunuh akibat kekejaman Basyar. Beliau terbunuh sebentar tadi di Tofas, Dar'a.

Kerna dosa apakah bayi kecil ini dibunuh?

DISEBALIK SENYUMAN




Senyuman anak kecil ini tersimpan beribu makna. Senyum kerana kesulitan yang dihadapi oleh mereka pasti akan dibalas syurga oleh Allah.

Tangis mereka dek kerana kecewa dengan sikap umat Islam yang terus diam membisu.

Dilaporkan mujahidin Syria daripada Jabhah Nusrah telah berjaya menguasai sebuah kawasan memproses minyak terbesar di Syria



TERKINI

Dilaporkan mujahidin Syria daripada Jabhah Nusrah telah berjaya menguasai sebuah kawasan memproses minyak terbesar di Syria.

Kawasan tersebut terletak di Kota Raqqa dan merupakan sumber minyak utama rejim Syria.

Ini sumber kekuatan mereka. Jangan lupa untuk terus doakan mereka.



TERKINI



Ekoran pertempuran sengit yang berlaku di Qusair sejak beberapa hari yang lalu, kami dimaklumkan telah tiba lebih 13 ribu mujahidin daripada seluruh Syria ke Qusair untuk mempertahankan kota tersebut.

Sebentar tadi telah tiba mujahidin daripada Briged Rijalullah Haun, Briged Ababel Al-Haq, Briged Ahrar as-Syam, Briged Ahrar Ghouthah, Jabhah Nusrah dan beberapa briged lagi ke kota Qusair.

Ia dijangka pertempuran yang sengit akan terus berlaku di Qusair dalam misi mujahidin untuk mempertahankan kota tersebut daripada dirampas oleh rejim dan Hizbolla.

Nota : Sebentar nanti kami akan perincikan berkenaan misi di Qusair ini. Gambar sekadar hiasan.
 

SELAMAT PAGI SYRIA




Barisan mujahidin FSA sedang bersiap sedia untuk ke medan jihad menempah syurga Allah.

Doakan mereka berterusan.

Jangan pernah lupa untuk terus berdoa kepada mujahidin dan rakyat Syria. Mereka memerlukan doa anda..

SEHINGGA BILA? Tangisan anak kecil ini langsung tidak dihiraukan oleh sesetengah ummah. Ya, perjuangan mereka dibisukan dunia. Doakan mereka.

PENGLIBATAN HIZBULLAH DAN IRAN YANG BERTERUSAN



Kita digemparkan dengan siri penyembelihan yang berterusan dilakukan oleh askar dan talibarut mereka tanpa perikemanusiaan. Sekali operasi penyembelihan, ratusan penduduk akan menjadi korban. Seperti biasa, operasi akan menggunakan pisau, bukan senapang atau senjata.

Hari ini dunia Arab digemparkan lagi dengan bantuan yang tidak henti-henti dari kumpulan Hizbullah. Mereka datang ke Syria bagi membantu askar rejim atas nama "jihad mempertahankan tempat suci di Syria".

Mayat-mayat 'mujahidin' Hizbullah yang terbunuh akan dibawa pulang ke Lubnan untuk disemadikan. Keranda mereka akan diselubungkan dengan bendera kuning rasmi milik gerakan bersenjata Syiah itu. Mereka semua tumpas di tangan Tentera Syria Bebas dan mujahidin yang bertempur mempertahankan penduduk awam.

Menjadi kebimbangan sehari dua ini di perkampungan El-Qusair dalam wilayah Homs apabila askar rejim cuba merampas kembali El-Qusair dari tangan kumpulan mujahidin. Sebarang pengunduran askar mujahidin akan menyebabkan rakyat awam menjadi mangsa. Askar rejim meneruskan kemaraan dengan kemasukan beramai-ramai kumpulan tentera dari Hizbullah. Ikhwanonline pula melaporkan terdapat askar kerajaan Iran turut membantu.

Media-media milik Syiah melaporkan pengebumian askar-askar Hizbullah yang terbunuh. Mereka dipetik sebagai berkata, "Kumpulan bersenjata Islam Hizbullah mengiringi jenazah wira As-Syahid Hasan 'Ali Shahrour yang terkorban ketika menunaikan kewajipan jihadnya mempertahankan tempat suci di Syria".

Mereka turut menghargai 'mujahidin yang terkorban' dengan berkata "Mereka yang mengorbankan jiwa-jiwa mereka bagi mempertahankan Ahlul Bait dan tempat suci mereka."

Para penyokong Hizbullah yang hadir melaungkan kalimah membesarkan Al-Husain sebelum ulamak Syiah mengimami solat jenazah dan kemudian dikebumikan. Gambar ini menjadi saksinya.

Nama Hizbullah dan Iran begitu sensitif di Malaysia untuk dikaitkan dengan siri penyembelihan yang berterusan ke atas saudara kita di Syria. Tetapi itulah hakikatnya.

Sumber: http://www.ahrarpress.com/Section/15788/Default.aspx

BUAT KALI TERAKHIR

BU

Anak kecil ini duduk disisi ayahnya buat kali terakhir sambil memohon doa kepada Allah agar diselamatkan semua para mujahidin dan rakyat Syria.

Sekecil begini mereka telah diuji dengan ujian yang sangat berat untuk dipikul. Doakan mereka teman.

Cuba hayati doa anak kecil ini, sayu.. : http://youtube.com/watch?v=8fx54scoUuM
 —

Israel mahu lancar banyak serangan



BAITULMAQDIS 19 Mei - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini menyuarakan prospek untuk melancarkan lebih banyak serangan ke atas Syria, selain berikrar untuk bertindak menghalang senjata canggih jatuh ke tangan pergerakan Hezbollah dan kumpulan militan.
Dalam satu ucapan secara terbuka pada mesyuarat Kabinet hari ini, Netanyahu dengan jelas menyatakan Israel sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan dan telah 'bersiap sedia kepada sebarang senario' berhubung konflik di Syria.
"Israel telah memperkenalkan satu dasar untuk menghalang senjata canggih jatuh ke tangan Hezbollah atau kumpulan pengganas.
"Kami akan bertindak untuk memastikan keselamatan penduduk Israel pada masa depan," katanya, sambil menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai 'bertanggungjawab, gigih dan tenang tanpa merujuk kepada serangan Israel ke atas Syria, baru-baru ini. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130520/lu_05/Israel-mahu-lancar-banyak-serangan#ixzz2Tw2BflIq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera Syria gempur Qusayr



Tentera Syria menaiki kereta kebal meraikan kejayaan mereka menawan semula perkampungan Barat Dumayna, kira-kira tujuh kilometer dari bandar Qusayr yang dikuasai pemberontak pada 13 Mei lalu. - AFP
BEIRUT 20 Mei - Sekurang-kurangnya 78 orang terbunuh, termasuk 23 anggota pergerakan Hezbollah, ketika tentera Syria menggempur pemberontak di bandar Qusayr.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria dalam satu kenyataan berkata, 23 anggota pasukan elit Hezbollah dari Lebanon, terbunuh dan lebih 70 orang lain cedera dalam pertempuran di Qusayr, semalam.
Badan hak asasi kemanusiaan itu berkata, 55 orang lagi yang terbunuh di Qusayr itu kebanyakannya adalah anggota kumpulan pemberontak.
Kejadian itu berlaku ketika tentera Syria melancarkan serangan ke atas Qusayr yang merupakan kubu kuat pemberontak di wilayah Homs.
Pejuang Hezbollah yang merupakan sekutu kuat Presiden Syria, Bashar al-Assad sebelum ini dilaporkan membantu tentera Syria di Qusayr sejak beberapa minggu lalu.
Kerajaan Syria menjadikan usaha menawan semula Qusayr dan kawasan sekitarnya sebagai keutamaan ekoran kedudukan strategik bandar tersebut.
Qusayr merupakan laluan ke ibu negara, Damsyik ke kawasan pantai dan terletak berdekatan sempadan dengan Lebanon. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130521/lu_01/Tentera-Syria-gempur-Qusayr#ixzz2TvkILdoX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

hanya di Syria

syria

7 kanak-kanak gugur syahid pada hari ini termasuk seorang ibu kepada kanak-kanak itu di Rakkah, Syria.
Bismah Ali Touweer (3 years old)
Hosam Ali Touweer (5 years old)
Laith Ali Touwerr (7 years old) 
Mohmmed Ali Touweer (9 years old)
Aya Ali Touweer (10 years old)
Hussain Ali Touweer (11 years old)
Mohmmed Makik (14 years old)
Shayma (The childrens mother)

Semoga mereka ditempatkan dikalangan anak-anak yang soleh dan solehah.

Syria mangsa terbaru Israel?



NURBAYA ABDUL REZAK
20 Mei 2013
Syria mangsa terbaru Israel
Bangunan Pusat Penyelidikan Ketenteraan Jamraya musnah teruk apabila terkena bedilan tentera Zionis berdekatan Damsyik, Januari lalu. Foto:AFP
Syria mangsa terbaru Israel
TATKALA umat Islam seluruh Syria bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh, mereka dikejutkan dengan satu letupan kuat di Pusat Penyelidikan Ketenteraan Jamraya, sekali gus mencetuskan kepulan asap tebal di kawasan pinggir Damsyik.

Kerajaan Syria mengumumkan, ia merupakan serangan kedua tentera Zionis selang beberapa bulan sebuah konvoi bersenjata ke Lubnan diserang sekali gus memburukkan lagi keadaan bandar yang sebelum ini musnah akibat pergolakan menggulingkan kerajaan Presiden Basha al-Assad.

Dalam satu temu bual bersama media antarabangsa, pegawai atasan Syria mengaku, serangan berkenaan adalah satu pengisytiharan perang oleh rejim Yahudi. Pihak berkuasa Syria juga memberi amaran akan mengambil tindakan keras terhadap Israel susulan dua kali dibedil serta satu serangan oleh tentera Yahudi di sebuah reaktor nuklear Syria, September 2007.

Bagaimanapun, Israel enggan mengesahkan dakwaan serangan itu sekali gus menafikan telah menggunakan bedilan roket ke pusat penyelidikan Jamraya, pinggir Damsyik.

Dalam satu laporan dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tentera Israel didakwa membedil roket ke kawasan ketenteraan di pinggir bandar Syria serta mengundang ketakutan kepada penduduk berdekatan.

"Kami dikejutkan dengan bunyi letupan kuat secara bertalu-talu. Malah kedengaran juga bunyi tembakan serta suara manusia menjerit.

"Kami tidak tidak tahu apa yang harus dilakukan dan yang pastinya orang ramai di kejiranan ini mengalami kesukaran bernafas kerana asap yang terlalu tebal," kata Anna Deeb yang juga penduduk di kawasan penempatan beberapa kilometer daripada lokasi serangan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal al Mekdad berkata, serangan mewakili satu perikatan antara pengganas dan Israel.

"Apabila mereka menyerang, jelas sekali menunjukkan ia adalah pengisytiharan perang. Ini bukan lagi sesuatu tindakan baru yang kita masih tidak fahami.

"Bagaimanapun kami (Syria) menerima cabaran itu dan membalasnya dengan cara kami. Namun pembalasan yang hanya kami ketahui itu bakal mengundang kesakitan kepada mereka (Israel)," kata dalam satu kenyataan kepada agensi berita antarabangsa.

Serangan 2007, 2013

Pasukan ketenteraan Israel bertindak membedil secara besar-besaran sebuah bangunan yang didakwa sebagai reaktor nuklear dalam wilayah Deir ez-Zor, Syria pada 6 September 2007.

Serangan bertubi-tubi yang meranapkan keseluruhan bangunan itu telah membunuh 10 kakitangan warga Korea Utara.

Rejim dengan bangganya mendedahkan operasi membabitkan lapan jet pejuang dan sekurang-kurangnya empat daripadanya melepaskan bedilan roket ke arah bangunan itu.

Tindakan rejim mendapat sokongan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) apabila Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Rumah Putih mengesahkan kononnya bangunan berkenaan adalah lokasi memproses nuklear bagi tujuan ketenteraan.

Bagaimanapun, kerajaan Syria dengan keras menafikan dakwaan itu.

Selang beberapa tahun iaitu pada tahun ini, Syria sekali lagi menjadi mangsa bedilan tentera kejam Zionis.

Pada 31 Januari lalu, anak didik Benjamin Netanyahu tanpa segan silu membedil sempadan Syria-Lubnan dipercayai menyasarkan pergerakan Hizbullah.

Insiden itu turut meragut dua nyawa dan lima lagi parah sejurus serangan dilakukan tanpa sebarang amaran.

Menurut pegawai, bedilan mengenai sekumpulan konvoi yang pada ketika itu sedang berhenti di pekarangan Pusat Sains dan Penyelidikan Syria, Jamraya beberapa kilometer dari Damsyik.

Serangan sebanyak dua kali itu, memusnahkan keseluruhan bangunan berkenaan.

Awal Mei, tentera Israel sekali lagi melakukan beberapa siri serangan bom menyasarkan konvoi bersenjata yang didakwa membawa peluru berpandu kepada Hizbullah di Lubnan.

Assad enggan letak jawatan




20 Mei 2013
Assad enggan letak jawatan
Assad (kanan) sedang diwawancara wakil akhbar Clarin dan Telam yang diadakan di Damsyik, kelmarin.
DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad, kelmarin mengalu-alukan inisiatif keamanan yang dicadangkan oleh Rusia dan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan perang saudara yang tercetus sejak lebih dua tahun di negara itu.

"Sebelum ini, kami seperti tidak yakin dengan 'usaha' beberapa negara Barat yang kononnya mahu menyelesaikan konflik di Syria. Namun, kami berharap persidangan antarabangsa tersebut akan membantu Syria mengatasi krisis pada masa ini," jelas beliau, dipetik dari laporan AFP.

Bagaimanapun, menerusi wawancara bersama wakil akhbar Argentina, Clarin dan Telam, Assad menegaskan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan walaupun digesa banyak pihak termasuk Setiausaha Negara AS, John Kerry untuk berbuat demikian.

Selain itu, beliau turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa tentera kerajaan ada menggunakan senjata kimia untuk membunuh rakyatnya.

"Tuduhan tersebut sememangnya tidak berasas kerana jika senjata kimia itu digunakan, ia akan menyebabkan kematian ratusan ribu penduduk dalam tempoh singkat," katanya.

Dalam satu kenyataan, Assad juga menolak dakwaan bahawa kerajaan ada menggunakan pejuang dari luar Syria untuk bertempur dengan Tentera Pembebasan Syria (FSA).

"Sememangnya ada pengikut Hizbullah menetap di Syria, tetapi mereka telah lama meninggalkan negara ini sebelum konflik tercetus dan kami percayai mereka tidak campur tangan dalam konflik ini," menurut beliau lagi.

30 pejuang Hezbollah mati di Syria




BEBERAPA penduduk Syria memeriksa kerosakan selepas beberapa buah bangunan runtuh akibat pertempuran antara askar-askar pemerintah dengan kumpulan penentang di Qusair pada Sabtu lalu.


AMMAN - Kira-kira 30 pejuang dari kumpulan Hezbollah dan 20 askar Syria dan anggota separa tentera yang setia kepada Presiden Bashar Al-Assad terbunuh dalam pertempuran sengit di bandar Qusair, kata beberapa aktivis semalam.
Pertempuran di Qusair merupakan kempen ketenteraan Bashar untuk mengukuhkan kawalan di Damsyik.
Agensi berita SANA menyatakan, pihak tentera telah memulihkan keselamatan dan kestabilan di kebanyakan kawasan perumahan di Qusair.
Ia melaporkan, askar-askar Syria turut memburu saki-baki anggota kumpulan penentang Bashar di daerah utara.
Bagaimanapun, menurut beberapa aktivis penentang, pihaknya berjaya menyebabkan askar-askar Syria berundur ke kedudukan asal mereka di timur dan selatan bandar tersebut kelmarin.
Menurut mereka, empat kereta kebal Syria dan lima buah kenderaan ringan milik Hezbollah musnah dalam pertempuran tersebut.
Pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan penentang bermula sejak Mac 2011.
Para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan mahu Bashar digulingkan selepas berlaku kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Libya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2TsakMgY9 
Hakcipta terpelihara