Mereka bergadai nyawa untuk menyampaikan maklumat dan berita dari Syria ke mata dunia. Pada hari ini kesemua mereka telah pergi menghadap Pencipta mereka selepas gugur semasa membuat liputan pertempuran antara Mujahidin dan tentera regim Basyar di Bandar Douma, pinggir Bandar Damsyik.
Berikut adalah nama-nama mereka:
As-Syahid Ammar Tpaju ((Mohammed Said)), As-Syahid Hassan Haroun ((Muhammad Taib)), As-Syahid Akram Silaik ((Saleh Abdul Rahman)), As-Syahid Shaher Mohammed Najjar, As-Syahid Aaron Yassin Abu Bashir
وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتَۢاۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ
169:سُوۡرَةُ آل عِمرَان
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;" (Ali-Imran :169)
Moga Allah terima amalan mereka dan kurniakan darjat SYUHADA' kepada mereka.