DAMSYIK – Lebih dua juta orang di Aleppo, Syria berdepan ancaman terkepung sepenuhnya, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam amarannya sekali gus meminta akses kepada bandar raya itu dibuka segera.
Pertempuran sengit menggegarkan Aleppo sejak beberapa minggu lalu dengan kumpulan penentang dan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad saling merampas laluan ke bandar raya itu yang menyebabkan penduduknya terkepung.
Dalam satu kenyataan kelmarin, pegawai kanan kemanusiaan PBB di Syria, Yacoub El Hillo dan penyelaras serantau, Kevin Kennedy meminta pertempuran itu dihentikan seketika atas faktor kemanusiaan.
Seramai dua juta penduduk di bandar raya ini hidup dalam ketakutan kerana terkepung termasuk 275,000 orang yang terperangkap di timur Aleppo,” kata kenyataan itu.
Pertempuran di Aleppo dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 130 orang awam sejak akhir Julai lalu dan menyebabkan sebilangan hospital, klinik dan janakuasa elektrik di bandar raya itu rosak.
“PBB bersedia untuk membantu penduduk awam di Aleppo. PBB memerlukan gencatan senjata penuh atau penangguhan perang selama 48 jam dalam seminggu untuk sampai kepada berjuta-juta orang yang memerlukan bantuan di seluruh Aleppo dan untuk menambah stok makanan serta ubat yang amat kritikal di bandar raya ini,” kata kenyataan tersebut. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4GssGWojM
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment