Seorang penentang IS berlindung di sebuah rumah kosong di Deir al-Zor.
Damsyik: Negara Islam (IS) kini berdepan serangan daripada puak gerila selepas beberapa kumpulan kecil penduduk Syria kini memburu pejuangnya di kubu utama mereka di timur negara itu.
Kempen gerila itu diwujudkan untuk membalas keganasan IS dan sasarannya bagi meni mbulkan ketakutan dalam kalangan pejuangnya, kata ketua 'Kain Kafan Putih' dikenali sebagai Abu Aboud - kumpulan yang mendakwa sudah membunuh lebih 100 militan IS dalam serangan di wilayah Deir al-Zor sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, nama Kain Kafan Putih digunakan kerana itu yang dikatakan menanti pejuang IS bagi kekejaman mereka terhadap penduduk Syria.
Abu Aboud, antara pemimpin kumpulan pemberontak anti-Presiden Syria Bashar al-Assad yang dikalahkan IS dalam merebut Deir al-Zor, awal tahun ini.
Menurutnya, Kain Kafan Putih tidak akan menunjukkan simpati langsung terhadap IS dan anggotanya yang berjaya ditangkap lambat-laun akan dibunuh.
Pergerakan itu beroperasi di dalam dan sekitar bandar Al Bukamal di sempadan Iraq yang juga lokasi penting buat IS. Ia kini mempunyai 300 anggota.
"Kira-kira 80 peratus anggota kami tidak pernah bertempur sebelum IS datang membuat kacau. Kami melatih mereka dan mereka kemudian menyertai kami kerana tertindas selepas IS merampas kuasa," katanya.
Kumpulan itu nyata terlalu kecil untuk mengakibatkan kekalahan teruk pada IS, namun ia masih mampu membantu kempen serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Syria serta Iraq apabila melakukan serangan sedikit demi sedikit di darat.
Badan Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) merekodkan peningkatan serangan oleh kumpulan bersenjata terhadap sasaran IS di wilayah Deir al-Zor yang turut menjadi pangkalan IS di negara itu.
Menurut SOHR, Kain Kafan Putih ialah antara beberapa kumpulan kecil yang mula menentang IS di wilayah Deir al-Zor sejak beberapa bulan lalu dan beroperasi dengan membunuh satu persatu militan itu.
Katanya, kumpulan itu menggunakan pelbagai nama menakutkan seperti 'Briged Hantu' dan 'Briged Malaikat Maut.'
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1892#sthash.7J8ZOhmW.dpuf
No comments:
Post a Comment