Sunday, 18 November 2012
Saturday, 10 November 2012
Bashar sanggup mati.
Presiden Syria, Bashar Al-Assad berikrar sanggup mati di Syria dan tidak akan melarikan diri ketika konflik di negaranya memasuki bulan ke-19.
Beliau membuat kenyataan itu pada satu wawancara dengan stesen televisyen Russia Today TV yang disiarkan semalam.
Wawancara itu disiarkan dua hari selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron mencadangkan supaya Bashar diberi laluan selamat untuk keluar dari negara ini jika cara itu boleh menamatkan perang saudara yang sudah meragut hampir 36,000 nyawa.
"Saya bukan boneka, saya bukan diarah oleh Barat untuk ke negara Barat atau mana-mana negara lain," kata Bashar.
Beliau turut memberi amaran terhadap sebarang campur tangan tentera asing.
"Saya tidak fikir Barat sedang menuju ke arah ini, namun, jika ia berlaku tiada siapa boleh meramalkan apakah akibatnya," kata Bashar.
Pertempuran antara tentera Bashar dengan para penentang di Syria bermula sejak Mac tahun lalu.
Para penentang menuntut supaya Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalannya untuk membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi
BEBERAPA anggota Tentera Pembebasan Syria bergambar dengan sebuah kereta kebal milik tentera Syria yang berjaya dirampas mereka di pangkalan tentera al-Dewala dekat Idlib pada Ahad lalu.
Friday, 9 November 2012
Hidup mati saya di Syria, tegas Bashar al-Assad
Presiden Syria, Bashar al-Assad |
"Saya bukan boneka, dan saya tidak dicipta oleh Barat untuk pergi ke Barat atau mana-mana negara lain," katanya kepada stesen Russia Today.
Beliau yang turut mengecam campur tangan asing berkata, ia akan mempunyai "kesan domino" ke atas dunia.
"Saya berfikir bahawa kos pencerobohan asing Syria, jika ia berlaku, akan menjadi lebih besar daripada apa yang seluruh dunia mampu (hadapi)," katanya dipetik laporan CNN semalam.
"Kerana jika terdapat masalah di Syria, terutamanya kerana kita adalah kubu terakhir sekularisme, kestabilan dan kewujudan bersama di rantau ini, ia akan mempunyai kesan domino yang akan menjejaskan dunia dari Lautan Atlantik ke Lautan Pasifik.
"Dan anda tahu implikasinya terhadap seluruh dunia. Saya tidak fikir bahawa Barat sedang bergerak ke arah ini, tetapi jika mereka berbuat demikian, tiada siapa yang boleh meramalkan apa yang akan berlaku selepas ini," katanya.
Bashar mengeluarkan kenyataan itu dua hari selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron menawarkan "laluan selamat", jika itu yang diperlukan untuk menghentikan pertumpahan darah di Syria.
Malah tahun lalu, Tunisia, negara pertama di rantau ini menggulingkan pemerintah lama, telah menawarkan suaka politik kepada Bashar dalam usaha untuk mencegah keganasan yang berterusan.
Sementara itu, kumpulan pembangkang terkemuka Syria dan pemimpin Barat kini sedang cuba untuk menyatukan kelompok itu bagi membentuk kerajaan alternatif.
Majlis Kebangsaan Syria (SNS) pula cuba untuk mengekalkan pemerintahan majoriti dalam usaha penyatuan, di mana Barat cuba untuk mencairkan dominasi kumpulan itu.
Setelah dilihat oleh negara-negara Barat sebagai "wakil sah pembangkang Syria," SNC bergegas untuk berkumpul semula selepas pemimpin Barat berkata ia tidak lagi perlu menghadapi pemberontakan Syria.
SNC mengumumkan pembentukan persidangan kebangsaan di mana semua kumpulan pembangkang menyertai, dengan majlis itu mempunyai peratusan tertinggi perwakilan.
"Persidangan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada 300 peserta dari SNC, majlis tempatan di kawasan yang dibebaskan, berpaling tadah dari teknokrat, kumpulan pembangkang bebas dan kumpulan penentangan bersenjata kebangsaan di bawah payung Tentera (pemberontak) Bebas Syria (Free Syrian Army)," kata kumpulan itu.
Wakil-wakil dari Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Turki bertemu di Qatar semalam untuk memastikan pembangkang Syria diwakili oleh lebih daripada sekadar Majlis Kebangsaan Syria.
Thursday, 8 November 2012
saya menyampaikan kepada kamu semua berita kesyahidan ibuku,
saya menyampaikan kepada kamu semua berita kesyahidan ibuku, insyaallah..Hana' mohammad Nadim Al-Barudi, akibat terkena serpihan bom di rumah kami..mayat ibu saya hancur berkecai, dan saya cuba untuk mengumpulkan saki baki cebisan daging yg masih ada dan setelah dua hari baru saya berjumpa dgn kaki kirinya,tetapi dgn sebab pengeboman yang berterusan saya tak mampu untuk keluar bagi mengebumikan daging dan kaki ibu saya..saya tidak akan mengucapkan selamat tinggal wahai ibuku, tetapi saya mengharapkan semoga ibu termasuk dikalangan para syuhada' dan Allah menjadikan tempat ibu di Syurga dan aku berdoa pada Allah supaya menemukan kita di syurga Insyaallah...aminnnn..dan aku mengharapkan kepada semua yg membaca cerita ini supaya menghadiahkan Al-Fatehah kepada ibuku...dan semua Syuhada Syria.)
(أزف لكم خبر إستشهاد والدتي الشهيدة بإذن الله تعالى هناء محمد نديم البارودي إثر سقوط صاروخ على المنزل بشكل عشوائي و قد تحولت والدتي إلى أشلاء
و قمت بجمع أشلاء والدتي بيدي رغم إصاباتي البالغة و رغم جمع الأشلاء لم أستطع أن أجد كامل الرجل اليسرى إلا لبعد يومين
ووجدتها تحت الأنقاض, و لكن بسبب إستمرار القصف لم أستطع دفن الرجل التي وجدتها و لم أستطع حضور دفن والدتي
لن أقول لك يا أمي وداعاً بل سأقول لك مبارك عليكي الشهادة
جعلك الله من الشهداء و جعل مثواك الجنة و أسأل الله يجمعني بك في الجنة
أمانة لكل من يقرأ هذا البوست أن يقرأ الفاتحة على روح والدتي و جميع شهداء سوريا)
You rush event of the martyrdom of my mother may Allah Almighty accept her as a Martyr
Hana'a Al-barody she died. One rocket fall above of our house which randomly was fire by the gangs of Syrian President making the body of my Mother tenths of parts .I immediately,
I started collecting her body parts despite of my horrible wound; I couldn't find her left leg
I couldn't attend the funeral of my mother. The gangs of Syrian President want they want kill
All my family just because we ask for freedom. After two days I found her left leg but also I couldn’t bury it. I will never tell you my great mother goodbye, MOM congratulation your
Martyrdom. Please to all brothers and sisters whom may read this event pray for my wholly
Mother and recite Al-Fateha for her

Monday, 5 November 2012
Kereta perisai Syria masuki Bukit Golan
Beberapa kereta perisai tentera Syria memasuki zon bebas tentera Golan.
Pada September lalu, beberapa butir bom mortar sesat Syria didakwa menghentam Israel menyebabkan negara itu membuat aduan kepada PBB agar mengawasi gencatan senjata sejak sekian lama antara dua negara itu.
Bukit Golan sebuah dataran strategik Syria semasa peperangan Timur Tengah pada 1967 ditawan Israel, kemudiannya diperluas lagi pada 1981 dalam gerakan yang gagal dikesan dunia. - Reuters
TEL AVIV - Tiga buah kereta perisai tentera kerajaan Syria dilaporkan memasuki kawasan bebas tentera di Bukit Golan yang terletak di antara Israel dan Syria, kelmarin.
"Pasukan pertahanan Israel bagaimanapun memfailkan aduan terhadap pemantau keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berada di kawasan itu," kata jurucakap Israel.
Sementara itu, media Israel mendakwa kereta perisai itu digunakan sewaktu pertempuran di perkampungan Beer Ajam, Syria menentang kumpulan pemberontak yang cuba mengguling Presiden Bashar Al-Assad.
Secara teknikalnya, Israel dilaporkan sedang dalam peperangan dengan Syria, tetapi mengambil langkah berjaga-jaga susulan kebangkitan pemberontakan di negara itu.
"Pasukan pertahanan Israel bagaimanapun memfailkan aduan terhadap pemantau keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berada di kawasan itu," kata jurucakap Israel.
Sementara itu, media Israel mendakwa kereta perisai itu digunakan sewaktu pertempuran di perkampungan Beer Ajam, Syria menentang kumpulan pemberontak yang cuba mengguling Presiden Bashar Al-Assad.
Secara teknikalnya, Israel dilaporkan sedang dalam peperangan dengan Syria, tetapi mengambil langkah berjaga-jaga susulan kebangkitan pemberontakan di negara itu.
Pada September lalu, beberapa butir bom mortar sesat Syria didakwa menghentam Israel menyebabkan negara itu membuat aduan kepada PBB agar mengawasi gencatan senjata sejak sekian lama antara dua negara itu.
Bukit Golan sebuah dataran strategik Syria semasa peperangan Timur Tengah pada 1967 ditawan Israel, kemudiannya diperluas lagi pada 1981 dalam gerakan yang gagal dikesan dunia. - Reuters
Subscribe to:
Posts (Atom)