Wednesday, 5 June 2013

PBB kesan senjata kimia diguna di Syria



ASAP kelihatan dalam pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak di Aleppo, Syria kelmarin.


GENEVA - Beberapa anggota penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyatakan mereka mempunyai asas yang kukuh bahawa senjata kimia telah digunakan di Syria.
Pendedahan itu dibuat dalam satu laporan terbaharu selepas mereka menemui beberapa mangsa, saksi dan kakitangan perubatan di negara berkenaan.
Menurut mereka, senjata tersebut digunakan dalam jumlah yang terhad.
Para penyiasat itu turut menyatakan mereka telah menerima aduan bahawa tentera Presiden Bashar Al-Assad telah menggunakan senjata tersebut.
Mereka juga menyatakan, para penentang Bashar turut menggunakan senjata yang sama.
Dalam pada itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan, sebarang campur tangan tentera asing di Syria akan gagal sekali gus memburukkan lagi situasi di negara bergolak itu.
Bercakap pada satu sidang akhbar selepas menghadiri sidang kemuncak bersama para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Yekaterinburg, Putin berkata, Rusia berasa kecewa dengan keputusan EU untuk tidak melanjutkan sekatan membekalkan senjata terhadap para penentang Bashar.
Pertempuran melibatkan kumpulan penentang dengan tentera Syria bermula sejak Mac 2011 ekoran kebangkitan penduduk di Tunisia, Mesir dan Libya. Lebih 70,000 orang terbunuh dalam pertempuran itu.
Kumpulan penentang mahu menggulingkan Bashar yang gagal membawa pembaharuan dalam pentadbiran negara itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2VHsw6SWp 
Hakcipta terpelihara 

Tentera rejim Syria didakwa terus melakukan pembunuhan kejam ke atas orang awam



Tentera rejim Syria didakwa terus melakukan pembunuhan kejam ke atas orang awam dan kali ini tahanan yang dipenjarakan di Pusat Penjara Halab pula menjadi mangsa. 

Menurut sumber dari Pusat Media Halab, tidak kurang 100 orang tahanan yang dipenjarakan di penjara tersebut dibunuh beramai-ramai dan pihaknya menafikan sumber-sumber stesen berita yang berpihak kepada rejim yang mendakwa mangsa yang terbunuh adalah dari kumpulan bersenjata yang memberontak dan bertempur dengan pasukan keselamatan. 

Ini berdasarkan nama-nama mereka yang terbunuh telah dipastikan adalah mereka orang awam yang ditahan oleh pasukan keselamatan rejim.

SYEIKH QARDHAWI GELAR SECARA RASMI HIZBULLAH DENGAN "HIZBU SYIATAN" DAN KETUA MEREKA, HASAN NASRALLAH SEBAGAI "NASRA SYAITAN"



BASYAR PERNAH MINTA SAYA SOKONG DIA MELALUI KHALID MASH'AL-SYEIKH QARDHAWI

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof. Dr.Yusuf Qardhawi mengulangi seruan jihad bagi menentang rejim toghut Basyar Al-Assad dan militia Hizbullah yang membunuh pengikut Sunni.

Dalam khutbah Jumaat yang disampaikan beliau semalam di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, beliau turut menggesa umat Islam dan kerajaan umat Islam untuk membantu rakyat Syria sambil berkata, jika beliau berkemampuan untuk berperang nescaya beliau akan turun untuk memerangi Hizbullah di Syria.

Beliau turut melabelkan secara jelas gerakan Hizbullah (yang bermaksud kumpulan Allah) sebagai "Hizbu Syaitan" (iaitu kumpulan Syaitan).

Syeikh Qardhawi kemudian mengutuk Hizbullah dan Iran yang melakukan operasi ketenteraan membunuh umat Islam Sunni. Tidak terkecuali menurut beliau ialah Perdana Menteri Iraq, Nuri Maliki (seorang Syiah dan sekular) yang turut membunuh pengikut Sunni di negara tersebut.

Beliau turut menempelak sesetengah pihak yang mempercayai "niat Syria bagi membebaskan Palestin" akan tetapi tidak pernah berlaku walaupun puluhan tahun lamanya.

"(Syria) tidak pernah melepaskan walau sebutir peluru ke atas Israel, sedang mereka mendakwa bahawa melakukan penentangan ke atas Zionis lantas mereka mentertawakan Arab dan orang Islam (akibat berita palsu ini)", ujar beliau.

Dr.Qardhawi turut mendedahkan bagaimana Basyar Asad meminta beliau untuk menyokongnya dan memperli Basyar.

"Apa itu Basyar dan apa itu Assad? Tidaklah dia melainkan seorang lelaki yang jahat, memusuhi rakyatnya sendiri semenjak hari pertama revolusi. Dia pernah meminta saya untuk menyokong pendirian rejimnya, dia menyatakannya melalui Ketua Biro Politik HAMAS saudara Khalid Mash'al akan tetapi Mash'al menolak maka tersungkur Mash'al di pandangan Asad yang zalim ini."

Beliau juga melabelkan Iran, Hizbullah dan Russia sebagai "musuh umat Islam" selain Parti Lubnan yang turut mengumumkan penyertaan mereka dalam peperangan di Syria.

Beliau menutup khutbah dengan berkata, "Saya menyeru seluruh umat Islam di semua tempat untuk membantu saudara mereka. Tidak masuk akal jika kita membiarkan mereka sedang ribuan sedang berusaha untuk membunuh mereka. Jika saya mempunyai kemampuan nescaya saya akan pergi memerangi bagi mempertahankan mereka (orang awam Syria). Sesiapa yang mempunyai kepakaran dan kebolehan dalam berperang maka hendaklah menggunakannya untuk berperang di sana."
 —

HIZBULLAH SAMA DENGAN HIZBU SYAITAN




Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof. Dr.Yusuf Qardhawi sewaktu menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha mengecam gerakan Hizbullah Lubnan dan pemimpinnya Hasan Nasrallah dengan berkata, "Mereka adalah Hizbu Thoghut, Hizbu Syaitan yang datang dari luar bagi membunuh penduduk Qusair dan sekitarnya. Ribuan militian dari pengikut orang yang bernama Nasrallah sedang dia ialah Nasru Syaitan. Mereka mendakwa kami membunuh musuh, apa musuh yang dimaksudkan?"

HERO UMMAH




Kami ingin katakan kepadamu wahai tentera Hizbullat penyembah Majusi:

"Kami menghantar kepadamu jiwa-jiwa yang cintakan mati (syahid) sebagaimana kamu yang cintakan dunia"

Mujahidin daripada Liwa' At-Tawhid sedang berehat seketika selepas berhempas pulas di medan jihad Qusair.

KEJAM!



Lelaki yang bernama Ammar ini merupakan antara tentera Hizbu Syaitan yang berjaya ditangkap oleh mujahidin FSA di Syria.

Ammar mengaku telah merogol sebanyak 70 wanita Sunni di wilayah Khalidiyyah, Darayya' dan beberapa wilayah lagi di Syria. Selain itu telah membunuh lebih 100 lelaki di Syria.

Laknat Allah ke atas tentera Hizbu Syaitan..

Video : http://youtube.com/watch?feature=related&v=h7bzREBw0iA
 —

Tuesday, 4 June 2013

Rudal Scud rezim Suriah menghancurkan desa Kafr Hamrah di Aleppo

Rudal Scud rezim Suriah menghancurkan desa Kafr Hamrah di AleppoALEPPO (Arrahmah.com) –  Pasukan rezim Nushairiyah Suriah dan milisi Syiah Hizbullah dikerahkan dalam jumlah ribuan untuk merebut kota strategis Qusayr di propinsi Homs, Suriah. Selama lebih dari sebulan terakhir, mujahidin Suriah terus mengalir ke front-front pertempuran terdepan di kota Qusayr.
Pesawat tempur rezim Nushairiyah Suriah makin ganas membombardir desa-desa di sekitar Qusyar dan dalam kota Qusayr. Blokade rapat pasukan rezim Nushairiyah dan milisi Syiah Hibzullah menutup kemungkinan penduduk sipil Qusayr untuk mengungsi ke wilayah lain.
Namun bombardir pesawat tempur, rudal, roket, meriam, tank dan artileri berat pasukan rezim Nushairiyah Suriah juga rata menghajar wilayah-wilayah lain di sebagian besar Suriah. Propinsi Aleppo di utara Suriah tak luput dari bombardir ganas rezim Nushairiyah Suriah. Propinsi yang lebih dari 70 persen wilayahnya telah dikuasai mujahidin itu menjadi ajang pelampiasan kemarahan pasukan rezim Nushairiyah Suriah.
Kantor berita Ugarit News melaporkan bombardir pasukan rezim Nushairiyah Suriah menghajar desa Kafr Hamrah, Aleppo sepanjang Ahad (2/6/2013). Rudal-rudal Scud berbobot beberapa ton menghantam gedung-gedung dan perumahan penduduk di desa itu. Sebagian besar gedung dan rumah warga mengalami kehancuran total. Puluhan warga masih terkubur oleh reruntuhan gedung dan bangunan rumah mereka. Sampai saat berita ini ditulis belum diketahui total korban gugur dan cedera berat akibat bombardir massif tersebut. Proses evakuasi para korban dari reruntuhan bangunan mengalami kendala akibat gencarnya bombardier dan sedikitnya peralatan. (muhibalmajdi/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2013/06/03/rudal-scud-rezim-suriah-menghancurkan-desa-kafr-hamrah-di-aleppo.html#sthash.DjRKXxNU.dpuf

syria

syria

syria