Saturday, 24 August 2013

Al-Ghouta, Pinggir Bandar Damsyik

21-08-2013, Al-Ghouta, Pinggir Bandar Damsyik - Beginilah keadaan ruang udara Al-Ghouta semasa serangan roket yang mengandungi gas kimia dan toksik yang dipercayai Gas Sarin, yang dilancarkan oleh tentera rejim di daerah itu bermula awal pagi Rabu lepas ketika kebanyakan kanak-kanak masih nyenyak tidur.

Seramai 1329 mangsa dilaporkan terbunuh (InsyaAllah Syahid) yang mana 729 orang (59%) daripada mangsa adalah kanak-kanak dan wanita. Manakala seramai 6000 orang dilaporkan masih mengalami masalah pernafasan kesan dari serangan kimia tersebut.

Ketika serangan dilakukan, 20 pasukan yang terdiri dari inspektor (pemeriksa) senjata kimia PBB sedang berada di Syria untuk menyiasat mengenai laporan penggunaan senjata kimia dalam serangan di Khan Al-Assal, Aleppo dalam bulan Mei yang lepas.

Walaubagaimanapun Basyar Assad menafikan pembunuhan beramai-ramai di Al-Ghouta dan mendakwa bahawa mereka sedang menggempur pengganas.

Ya Allah... Selamatkanlah SYRIA dari Basyar si penyembelih dan juga kuncunya UN (United Nation)

6 maut serangan berani mati di restoran


Aleppo: Enam orang, termasuk seorang wartawan terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran di bandar raya ini semalam.

Letupan berlaku ketika sekumpulan remaja meraikan seorang pelajar yang tamat pengajian. Pelajar berkenaan adalah antara yang mati, kata kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.


“Serangan turut mencederakan 19 orang, sebahagiannya parah,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan berkenaan.

Agensi berita rasmi Syria, SANA juga melaporkan serangan di bahagian Aleppo yang dikuasai rejim Presiden Bashar al-Assad itu.


Menurut SANA, wartawan yang terbunuh ialah koresponden televisyen Al-Ikhbariya, Hassan Muhana.


Kematian Hassan meningkatkan jumlah wartawan yang mati dalam konflik Syria sejak dua tahun lalu kepada 23. - AFP

Aleppo, Syria

Aleppo, Syria

Lagi wartawan TV milik rejim menjadi bangkai di Aleppo. Ketika hayatnya menjadi penyambung lidah syaitan dengan menyampaikan berita-berita palsu antaranya orang awam yang terbunuh adalah perbuatan pengganas; mujahiddin kejam; tentera adalah pembela ummah; Bashar pemimpin yang beranggungjawab dan pelbagai lagi.

Sila teruskan menyampaikan berita palsu dan dusta di alam barzakh ok.

Bashar rombak Kabinet


  • Bashar rombak KabinetBashar diiringi pegawai tertinggi tentera ketika mengumumkan rombakan

DAMSYIK - Presiden Syria Bashar al-Assad mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik enam menteri baru dalam usaha meredakan konflik perang saudara yang semakin teruk sejak 22 bulan lalu.

Agensi berita Sana melaporkan, rombakan itu melibatkan menteri ekonomi dan perdagangan luar negeri, industri, perdagangan, pendidikan tinggi, pelancongan dan melantik seorang menteri tanpa portfolio.

“Pelantikan itu bagaimanapun, tidak mempunyai kaitan dengan serangan gas beracun atau pertambahan kemasukan militan asing ke Damsyik,” memetik laporan itu. 

Menurut laporan itu lagi, kerajaan rejim kini meningkatkan kawalan pertahanan selepas mendakwa banyak menerima ancaman luar termasuk bekalan militan asing dan senjata untuk menyokong kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Pelarian kanak-kanak Syria cecah sejuta


  • Pelarian kanak-kanak Syria cecah sejutaKem pelarian di Jordan semakin bertambah selepas rejim Bashar melakukan serangan senyap, kelmarin.
 1 / 1 
GENEVA - SWITZERLAND . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, bilangan kanak-kanak melarikan diri daripada perang saudara di Syria mencecah sejuta.

Ketua Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), Anthony Lake, dalam satu kenyataan melaporkan, dua juta kanak-kanak pelarian berdaftar masih berada di antara sempadan negara itu di bawah seliaan PBB.

“Bilangan sejuta kanak-kanak itu adalah kanak-kanak yang terpisah dari keluarga dan menghadapi trauma melampau,” katanya.

Menurutnya, separuh daripada pelarian Syria termasuk wanita dan kanak-kanak kini berlindung di Lebanon, Jordan, Turki, Iraq dan Mesir.

“Tetapi jumlah mereka menyelamatkan diri ke Eropah dan Afrika Utara juga semakin meningkat,” katanya dipetik dari laporan Al Jazeera.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, kira-kira 740,000 pelarian Syria adalah kanak-kanak berumur bawah 11 tahun.

Minggu lalu, media tempatan melaporkan, kerajaan Syria mengarahkan ribuan  pelarian kembali semula ke Syria selepas meyakinkan keadaan di Damsyik semakin pulih namun  empat hari kemudian lalu tentera rejim melakukan serangan senyap dengan melepaskan gas beracun  di pinggir bandar Damsyik di Ain Tarman, Zamalka dan Jobar hingga menyebabkan 1,400 maut dengan lebih 600 kanak-kanak terkorban.

Langsung dari Syria..


Halab@Aleppo, Syria , 2/8..

Masjid Besar Umawi yang berusia ribuan tahun hancur diserang pihak rejim.. Di dalamnya terdapat maqam nabi Zakaria turut sama musnah bersama barangan-barangan lain..

Ketika masjid ini dibebaskan, botol-botol arak bersepah di dalam masjid ini, dan yang lebih teruk terdapat perempuan-perempuan yang ditahan dan dijadikan pemuas nafsu tentera regim..

Masjid ini kini di bawah kawalan para pejuang FSA, namun muncung-muncung sniper sentiasa ligat memerhati dan mencari mangsa...

Kerosakan bukan sahaja di dalam masjid, tetapi juga di sekitar masjid ini.. Kawasan ini dikenali sebagai kawasan pelancongan dan ilmu, tetapi kini rosak teruk dibom, dibakar serta dihancurkan oleh pihak rejim Basyar..

Di sekeliling masjid ini adalah kawasan Suq Hamidiah, tempat para penduduk dan pelancong membeli-belah segala jenis keperluan, juga terdapat banyak di sini bangunan-bangunan lama yang berusia ratusan tahun.. Semuanya tidak terkecuali dari dirosakkan serta dimusnahkan oleh pihak kerajaan..


Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057
Paypal: msia4syria@gmail.com
 

Langsung dari Syria..



Masjid Bilal Bin Rabbah, Idlib : masjid ini hancur 100 peratus.. Tiada yang tinggal melainkan kubah masjid yang menunggu masa untuk rendah..

Kubah yang berada setinggi lapan meter tersembam ke atas bumi dek serangan sang rejim selepas solat subuh dan mengorbankan empat orang jemaah termasuk imam masjid tersebut..

Kami cuba untuk ke kubur khilafah Umar Abdul Aziz yang dimaqamkan berhampiran di sini.. Tetapi kondisi amat tidak membenarkan..

InsyaAllah kami akan 'uploadkan' segala gambar dan video kondisi di sini yang amat mendukacitakan...

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057
Paypal: msia4syria@gmail.com

Al-fatihah.

Beliau merupakan sahabat kami di Aleppo. 
Beliau juga antara mereka yang menjaga keselamatan tim kami semasa berada di sebuah kawasan yang biasa kami ziarahi di Aleppo. 

Kini, beliau sudah dijemput penciptanya. Ditembak oleh sniper durjana! 

Ada kisah mengenai beliau sebelum menemui ajalnya dan ianya diceritakan di dalam gambar di bawah.

Semoga anugerah syahid buatmu.

Al-fatihah.

Kumpulan penentang digempur


Gambar dikeluarkan oleh rangkaian berita Shaaam, merakamkan asap menyelubungi ruang udara di Ghouta, Syria, dipercayai gas bertoksik yang dilancarkan menerusi serangan roket oleh tentera kerajaan di Damsyik, kelmarin. - AFP
BEIRUT 22 Ogos - Tentera Syria, hari ini meningkatkan serangan ke atas kumpulan penentang di pinggir Damsyik dengan membedil kawasan yang dikuasai kumpulan itu di bandar Ghouta.
Serangan ke atas Ghouta itu dilancarkan sehari selepas aktivis mendakwa, tentera Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan roket yang dilengkapi gas saraf di kawasan sama yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,300 orang terbunuh.
Menurut aktivis, dalam serangan hari ini, serangan roket dilancarkan dari pelbagai pelancar dan mortar berat dan mengenai kawasan kediaman di Jobar dan Zamalka.
Serangan roket turut mengenai daerah berhampiran Qaboun, lokasi kumpulan penentang menangkis serangan berulang-kali oleh tentera yang mahu menawan semula kawasan yang turut menempatkan kem pelarian Palestin itu.
Ketika bercakap dari Ghouta, aktivis Khaled Amer berkata, letupan akibat serangan di Zamalka masih kedengaran.
Katanya, letupan di Jobar pula didengari dari kubu tentera dan satu lagi di kawasan yang menempatkan kereta kebal dan dipercayai akibat serangan kumpulan penentang.
Fadi al-Shami dari Briged Tarhrir al-Sham yang beroperasi di timur Ghouta berkata, banyak pertempuran berlaku di Jobar dan Zamalka dengan penentang bertindak menghampiri tentera untuk berada di kedudukan selamat ekoran bimbang dengan serangan kimia baharu oleh tentera.
Sementara itu di New York, draf resolusi mengecam dan mendesak tindakan lebih keras dikeluarkan terhadap Syria yang dihantar kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak diluluskan.
Menurut diplomat, versi akhir draf itu ditolak oleh Rusia dan China.
Moscow dan Beijing sebelum ini menentang usaha Barat untuk mengenakan tindakan ke atas Assad.
Menurut kumpulan aktivis, pasukan tentera Syria melancarkan roket yang dilengkapi dengan gas saraf ke beberapa kawasan pinggir bandar Damsyik, termasuk Ain Tarma, Zamalka dan Jobar di Ghouta, semalam.
Serangan dilakukan ketika penduduk sedang tidur dan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan bayi tidak berdosa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130823/lu_03/Kumpulan-penentang-digempur#ixzz2cqFqnRw2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelarian kanak-kanak Syria cecah 1 juta

GENEVA 23 Ogos - Jumlah kanak- kanak yang melarikan diri daripada perang saudara di Syria mencecah satu juta orang hari ini, dengan dua juta lagi kanak-kanak berpindah ke kawasan sempadan negara itu berikutan konflik tersebut.
''Jumlah sejuta pelarian kanak- kanak ini bukan hanya satu angka. Mereka merupakan kanak-kanak yang meninggalkan rumah, malah mungkin daripada keluarga.
''Mereka mengharungi saat ngeri yang kita baru mula untuk memahaminya,'' kata Ketua Tabung Kanak- Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Anthony Lake dalam satu kenyataan.
Kanak-kanak juga membentuk separuh daripada jumlah keseluruhan pelarian Syria bagi tempoh lebih dua tahun setengah dalam konflik di negara itu.
Menurut angka terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terdapat kira-kira 740,000 pelarian Syria berumur di bawah 11 tahun, dengan kebanyakan mereka berada di Lebanon, Jordan, Turki, Iraq dan Mesir.
Dalam perkembangan berasingan, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menegaskan bahawa sebarang serangan senjata kimia di Syria merupakan 'jenayah kemanusiaan' dan 'masa tidak harus dibuang' bagi menyiasat penggunaan gas beracun itu berhampiran Damsyik.
Dalam satu ucapan spontan pada satu majlis di Seoul, Ki-moon berkata, laporan penggunaan senjata kimia ke atas orang awam di Syria 'amat membimbangkan dan mengejutkan'.
''Sebarang penggunaan senjata kimia di mana-mana sahaja, oleh sesiapa sahaja, di bawah mana-mana keadaan adalah melanggar undang- undang antarabangsa.
''Pelaku jenayah terhadap manusia seperti itu seharusnya berdepan tindakan serius,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130824/lu_03/Pelarian-kanak-kanak-Syria-cecah-1-juta#ixzz2cqCQDqqQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

43 maut letupan berkembar di Lebanon


Kepulan asap menyelubungi lokasi letupan bom ketika orang ramai panik dengan insiden di luar Masjid al-Taqwa, di Dataran Abu Ali, Tripoli, Lebanon, semalam. - REUTERS
TRIPOLI, Lebanon 23 Ogos - Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh, manakala lebih 500 cedera dalam dua letupan bom kereta di luar dua buah masjid, di sini hari ini.
Menurut pihak berkuasa dan beberapa saksi, letupan itu berlaku selepas sembahyang Jumaat selesai.
Letupan pertama berlaku di Masjid al-Taqwa yang terletak di Dataran Abu Ali, menyaksikan sekurang-kurangnya tujuh mayat rentung dalam beberapa kenderaan yang terbakar.
Letupan kedua pula dilaporkan berlaku lima minit selepas itu di Masjid al-Salam di Mina, tengah Tripoli yang turut menyebabkan kematian.
Beberapa ambulans dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa yang cedera.
Siaran televisyen menunjukkan asap hitam menyelubungi ruang udara, selain beberapa kenderaan mengalami kerosakan.
Kedua-dua letupan itu turut mencetuskan panik dalam kalangan penduduk apabila mereka lari bertempiran, menyaksikan wanita dan kanak- kanak menangis ketakutan.
Kejadian itu berlaku seminggu selepas kira-kira 24 maut dalam satu insiden letupan besar di selatan pinggir bandar Beirut. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130824/lu_02/43-maut-letupan-berkembar-di-Lebanon#ixzz2cqBzV3kK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bashar dalang serangan kimia


SEJUMLAH bangkai haiwan dilihat di Zamalka, dekat Damsyik yang didakwa menjadi lokasi serangan kimia oleh tentera rejim Bashar Al-Assad kelmarin.



LONDON - Kerajaan Britain percaya rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad bertanggungjawab berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia pada minggu ini, kata Setiausaha Luar William Hague semalam.
Pada masa yang sama Hague meminta pasukan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diberikan akses serta-merta untuk mengunjungi lokasi berkenaan.
Serangan senjata kimia itu didakwa berlaku di sebuah lokasi berhampiran ibu negara Syria, Damsyik pada Rabu lalu.
"Bukti serangan kimia itu berlaku akan hilang jika tindakan lambat diambil," kata Hague.
"Kami percaya serangan kimia berskala besar ini dilakukan oleh rejim Bashar tetapi kami mahu PBB diberi akses untuk membuktikannya," tambahnya.
Beliau menolak dakwaan bahawa serangan itu sengaja diada-adakan oleh pihak penentang yang memerangi rejim Bashar.
"Peluang untuk itu berlaku adalah amat tipis," ujarnya.
"Satu-satunya penjelasan yang munasabah adalah ia serangan kimia. Sudah jelas beratus-ratus orang terbunuh. Beberapa anggaran lain mendapati lebih 1,300 orang maut dalam serangan ini," jelas Hague.
Damsyik sebelum ini menafikan dakwaan bertanggungjawab melancarkan serangan kejam tersebut.
Namun, kata Hague, tiada penjelasan lain selain penggunaan senjata kimia yang dapat menjelaskan punca sebegitu banyak kematian berlaku di kawasan yang kecil.
Sementara itu, seorang penyerang berani mati meletupkan diri di sebuah restoran di bandar Aleppo, utara Syria yang mengakibatkan enam orang terbunuh.
Kumpulan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, letupan berlaku ketika sekumpulan belia mengadakan majlis tamat pengajian seorang penuntut di sebuah restoran kelmarin.
"Serangan juga mencederakan 19 orang termasuk sebahagian mengalami cedera parah," kata kumpulan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu.
Kebangkitan rakyat Syria menentang Bashar bertukar menjadi perang saudara yang meragut lebih 100,000 nyawa sejak konflik berlanjutan lebih dua tahun. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2cq5rXWCA 
Hakcipta terpelihara