Sunday, 12 October 2014

Seorang lagi anak perempuan kita dibunuh kejam oleh rejim Basyar Assad

BERITA TERKINI

Idlib , Syria : Binnish (12/10/2014)

Seorang lagi anak perempuan kita dibunuh kejam oleh rejim Basyar Assad yang tidak berperikemanusiaan.

Serangan udara yang tidak henti-henti ini sejak beberapa hari yang lepas, yang dilakukan ke kawasan kediaman Binnish telah mengakibatkan kematian melebihi puluhan nyawa penduduk sekitar kawasan tersebut.

#AssadCrimes #Syria

Teruskan menghulurkan sumbangan ikhlas anda buat umat Islam di Syria melalui NGO Syria Care di :

AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

Alamat Pejabat NGO Syria Care :
No. 38B, Jalan Bola Tampar, 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 011370 30900

syria berdarah

syria berdarah

Bergantung kepada Turki


Dubai

Negara Teluk yang menyertai serangan udara Amerika Syarikat terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria bersedia mengerah pasukan tentera masing-masing untuk melancarkan serangan darat.

Bagaimanapun, ia akan dilakukan hanya sekiranya beberapa syarat dipenuhi.

Arab Saudi, Bahrain, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu menyertai serangan udara terhadap IS yang menguasai sebahagian besar kawasan di Syria dan Iraq.

Bagaimanapun, mereka mahu menilai peluang untuk menang dan bimbang Iran yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah, akan muncul sebagai pemenang, kata pakar.

Sebarang keputusan oleh negara Teluk untuk mengerah tentera darat mereka akan bergantung kepada keputusan Turki untuk mengerahkan pasukannya sendiri, kata pakar mengenai Asia Barat di Universiti Toulouse, Perancis, Profesor Mathieu Guidere.

"Campur tangan tentera darat dalam kalangan negara Arab bergantung kepada keputusan Turki. Kita akan dapat saksikan kehadiran tentera Arab dalam serangan darat ke atas IS jika Turki juga mengerah tenteranya ke wilayah Syria," katanya.

Turki sudah menghimpunkan tenteranya di sepanjang sempadan dengan Syria, tidak jauh dari bandar Kobane yang kini menjadi sasaran serangan IS.

Bagaimanapun, Ankara keberatan mengerah mereka melancarkan serangan ke atas militan IS.

Seorang pemerhati, Frederic Wehrey dari kumpulan Keamanan Antarabangsa berkata, jika negara Teluk meningkatkan peranan mereka, ia mungkin hanya dalam bentuk menempatkan pasukan khas.

Unit seumpama itu, katanya, tidak akan terbabit dalam pertempuran, sebaliknya akan mengendalkan bilik operasi, menyelaraskan pengaliran senjata, bekerjasama dalam mengumpulkan maklumat, nasihat dan melengkapkan penentang Syria dengan senjata.

Menurutnya, tentera negara Teluk itu memainkan peranan serupa dalam membantu penentang Libya menggulingkan pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi pada 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 11:55 PM
«»

TENTERA Turki di atas kereta perisai mereka di sempadan negara itu dengan Syria, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1086#sthash.3c3Hilfr.dpuf

Saturday, 11 October 2014

Pemimpin Ahrar Al Sham, Hashim Al-Sheikh bersama-sama dengan pemimpin tentera melawat barisan hadapan Al-Adnaniah di Aleppo.

syria berdarah

Penderitaan pelarian Syria di Lubnan masih berlarutan.

BERITA TERKINI

Penderitaan pelarian Syria di Lubnan masih berlarutan. Terbaru, beberapa laman web menyebarkan berita terbunuhnya 9 gadis warga Syria di rumah mereka di Lubnan tetapi tidak ketahui motif pembunuhan dan juga siapa yang membunuh.

Pelarian Syria terpaksa menghadapi banyak gangguan oleh segelentir warga Lubnan berhaluan Syiah khususnya di selatan negara itu.

#AssadCrimes #Syria

Jangan pernah berputus asa.

Teruskan menghulurkan sumbangan ikhlas anda buat umat Islam di Syria melalui NGO Syria Care di :

AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

Alamat Pejabat NGO Syria Care :
No. 38B, Jalan Bola Tampar, 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 011370 30900
 

Serangan oleh rejim Basyar Assad di Dara'a ,Syria telah mencederakan anak kita ini..

BERITA TERKINI

Dara'a, Syria. (11/10/2014)

Hasbunallah wanikmal wakeel.. 

Allah..
Allah..

Serangan oleh rejim Basyar Assad di Dara'a ,Syria telah mencederakan anak kita ini..

Manusia jenis apakah yang sanggup menyerang kanak-kanak sehingga begini. Setidak-tidaknya, kasihanilah kanak-kanak yang tidak berdosa.

Sungguh, anak-anak sebesar ini masih suci dari dosa. Janganlah jadikan mereka sebagai sasaran..

#AssadCrimes #Syria

Teruskan menghulurkan sumbangan ikhlas anda buat umat Islam di Syria melalui NGO Syria Care di :

AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

Alamat Pejabat NGO Syria Care :
No. 38B, Jalan Bola Tampar, 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 011370 30900

Biar satu Dunia tahu bahawa kanak-kanak di Syria adalah wira!

Biar satu Dunia tahu bahawa kanak-kanak di Syria adalah wira!

Biarlah dunia melihat ketabahan kanak-kanak di Syria.

Basyar Assad tidak akan dapat mengalahkan azimat anak kita di Syria!

Akibat serangan dari rejim Basyar Assad hari ini. Seramai 28 orang telah syahid

BERITA TERKINI

Dara'a, Syria. (11/10/2014)

Akibat serangan dari rejim Basyar Assad hari ini. Seramai 28 orang telah syahid manakala berpuluh-puluh yang lainnya tercedera.

Hasbunallah wanikmal wakeel..

Ya Allah.. rahmatilah roh-roh saudara Islam kami yang telah syahid..
Kurniakanlah mereka ganjaran syurgaMu Ya Allah..
Lindungilah mereka yang masih terselamat.. 

#AssadCrimes #Syria

Teruskan menghulurkan sumbangan ikhlas anda buat umat Islam di Syria melalui NGO Syria Care di :

AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

Alamat Pejabat NGO Syria Care :
No. 38B, Jalan Bola Tampar, 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 011370 30900

syria berdarah



Allahumma Ansur Ikhwana Mujahideen Fi Suriah
Takbir!!! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

 SAVE SYRIA  FREE SYRIA

syria berdarah



Aku telah wakafkan hidupku demi perjuangan ini. Hati ini tidak betah melihat saudara-saudaraku dibunuh, dizalimi rejim yang tidak berperikemanusiaan. Aku yakin dengan janji Allah, bumi Sham yang barokah akan kembali dipimpin oleh pemimpin yang mentaati Allah dan RasulNya. Aku yakin sang Suria akan kembali menerangi Suriah!

AS lebih bahaya daripada IS


Akhbar Campus Reform - yang dianggap pengasasnya sebagai kumpulan pemerhati kampus untuk pelajar konservatif - menemu ramah pelajar- di universiti Liga Ivy itu dengan menyoal: “Siapa yang paling mengancam keamanan dunia, IS atau AS?” 
Pelajar yang dirakam dalam video berkenaan rata-rata menganggap dasar campur tangan antarabangsa AS lebih berbahaya berbanding IS walaupun ramai tawanan Barat dipenggal kumpulan berkenaan sejak beberapa bulan lalu. 

Menurut seorang pelajar: “Sikap imprealisme AS dan usahanya melindungi kepentingan sumber minyak di Asia Barat Tengah dilihat sebagai punca kepada ketidakstabilan di rantau terbabit seterusnya dianggap punca kumpulan seperti IS mampu menyebarkan pengaruhnya.”
Foto
SEORANG pelajar Havard menyatakan pendapatnya ketika diwawancara Bonham.

Perkara itu dipersetujui seorang lagi pelajar yang menganggap kebanyakan masalah dimulakan AS sendiri.

“Sebagai negara barat kita sendiri patut dipersalahkan kerana banyak masalah yang kita hadapi sekarang sebenarnya akibat perbuatan kita sendiri. 

“Saya rasa tidak salah jika dikatakan bahawa kita sebenarnya yang mengakibatkan IS menjadi masalah,” katanya. 

Temu ramah dikendalikan pengarang Campus Reform, Caleb Bonham yang juga kerap menjadi tetamu rangkaian berita Fox. 

Dia bagaimanapun mengkritik pandangan dikemukakan pelajar terbabit, sebaliknya menganggap pendirian mereka sekadar membuktikan wujudnya aliran pemikiran ‘belasah Amerika.’ 

“Malangnya terlalu ramai pelajar menganggap perbuatan itu sebagai pemikiran secara intelektual. 

“Disebabkan itu mereka sengaja memikirkan logik untuk mengesahkan pandangan mereka bahawa AS menjadi ancaman lebih besar berbanding pertubuhan militan yang melakukan pembunuhan, pengeboman dan memenggal penentangnya,” katanya Bonham.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11