Monday, 13 October 2014

Azmil Mustapha Bawa Anak Dalami Islam Di Syria


Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 12:33 AM
Azmil Mustapha masih lagi mendapat tawaran lakonan meskipun tidak lagi aktif di bidang tersebut.

PETALING JAYA: Bekas pelakon era 80-an iaitu Azmil Mustapha menjelaskan penghijrahannya ke negara Syria kira-kira tujuh tahun lalu bukanlah kerana merajuk dengan industri seni negara.

Sebaliknya, Azmil, 62, berkata, dia ke negara itu membawa bersama-sama empat orang anaknya iaitu Nurazalea Arifah, 24, Nor Amalia Batrisya, 23, Mohd. Bazli Zhafri, 19, dan Nur Alia Iman, 13, ke negara itu adalah untuk mencari ilmu bagi menambah pengetahuan agama Islam.

"Ketika mula mendalami agama, hati saya masih lagi berasa kosong. Kemudian saya membuat sembahyang hajat untuk mendapatkan petunjuk, dan saya diberi petanda untuk ke Syria.

"Saya membawa keempat-empat anak ke negara itu dengan poket kosong. Tetapi, Alhamdulillah perjalanan dan kehidupan kami di sana dipermudahkan.

"Jadi tidak ada istilah saya merajuk dengan dunia seni atau tidak. Cuma saya ingin mencari ilmu ke jalan Allah. Itu sahaja," katanya.

Azmil yang kini duda turut mempunyai seorang anak iaitu Nur Syamira, 28, hasil perkahwinannya yang pertama.

Tambah Azmil, selepas lima tahun di negara itu, dia berhijrah ke Pattani, Thailand untuk membangunkan sekolah agama, namun hasratnya itu tidak tercapai kerana undang-undang tidak membenarkan warga asing memiliki sebarang tanah di negara itu.
Gambar saat popular Azmil.

Hal tersebut membuatkan pelakon yang popular dengan filem Ali Setanitu  membuat keputusan untuk kembali ke tanah air.

Kata Azmil, sejak pulang ke Malaysia, dia menerima pelbagai tawaran lakonan namun menolaknya kerana menganggap ia tidak bersesuaian dengan dirinya sekarang.

"Kali terakhir saya berlakon adalah pada tahun 2005 menerusi filem Puteri Gunung Ledang, itupun tidak ramai yang menyedarinya.

"Dan kemudian, saya tidak mahu lagi berlakon. Tetapi masih lagi ada penerbit menawarkan watak pada saya. Bukannya apa, mengenai kerja-kerja lakonan, banyak perkara yang saya perlu lihat, daripada segi watak, skrip serta cara kerja produksi. Semua itu penting bagi saya," ujarnya.

Sementara itu, Azmil berkata, dia kini sedang melibatkan diri dengan sebuah stesen televisyen baharu iaitu Halal TV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menerusi saluran itu, Azmil menjadi penerbit program dan pengacara bagi program Selebritillah yang menampilkan Janet Jackson, Yusuf Islam dan beberapa selebriti muallaf antarabangsa.

Selain itu, Azmil turut menerbitkan program lain iaitu Tic Tech Tric (mengenai dunia elektrik) dan Sufi Seeker.

Semasa era kegemilangannya Azmil berjaya mencipta nama menerusi filem Mekanik sebagai pelakon utama pada 1983 arahan Othman Hafsham yang berjaya mencecah kutipan Boxoffice.

Nama Azmil terus menjadi sebutan apabila filem kisah percintaannya sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Ali Setan dan Ali Setan 2 masing-masing pada tahun 1985 dan 1986 menjadi satu fenomena ketika itu yang dilakonkannya bersama Ogy Ahmad Daud.

syria

Sunday, 12 October 2014

Seorang lagi anak perempuan kita dibunuh kejam oleh rejim Basyar Assad

BERITA TERKINI

Idlib , Syria : Binnish (12/10/2014)

Seorang lagi anak perempuan kita dibunuh kejam oleh rejim Basyar Assad yang tidak berperikemanusiaan.

Serangan udara yang tidak henti-henti ini sejak beberapa hari yang lepas, yang dilakukan ke kawasan kediaman Binnish telah mengakibatkan kematian melebihi puluhan nyawa penduduk sekitar kawasan tersebut.

#AssadCrimes #Syria

Teruskan menghulurkan sumbangan ikhlas anda buat umat Islam di Syria melalui NGO Syria Care di :

AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

Alamat Pejabat NGO Syria Care :
No. 38B, Jalan Bola Tampar, 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 011370 30900

syria berdarah

syria berdarah

Bergantung kepada Turki


Dubai

Negara Teluk yang menyertai serangan udara Amerika Syarikat terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria bersedia mengerah pasukan tentera masing-masing untuk melancarkan serangan darat.

Bagaimanapun, ia akan dilakukan hanya sekiranya beberapa syarat dipenuhi.

Arab Saudi, Bahrain, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu menyertai serangan udara terhadap IS yang menguasai sebahagian besar kawasan di Syria dan Iraq.

Bagaimanapun, mereka mahu menilai peluang untuk menang dan bimbang Iran yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah, akan muncul sebagai pemenang, kata pakar.

Sebarang keputusan oleh negara Teluk untuk mengerah tentera darat mereka akan bergantung kepada keputusan Turki untuk mengerahkan pasukannya sendiri, kata pakar mengenai Asia Barat di Universiti Toulouse, Perancis, Profesor Mathieu Guidere.

"Campur tangan tentera darat dalam kalangan negara Arab bergantung kepada keputusan Turki. Kita akan dapat saksikan kehadiran tentera Arab dalam serangan darat ke atas IS jika Turki juga mengerah tenteranya ke wilayah Syria," katanya.

Turki sudah menghimpunkan tenteranya di sepanjang sempadan dengan Syria, tidak jauh dari bandar Kobane yang kini menjadi sasaran serangan IS.

Bagaimanapun, Ankara keberatan mengerah mereka melancarkan serangan ke atas militan IS.

Seorang pemerhati, Frederic Wehrey dari kumpulan Keamanan Antarabangsa berkata, jika negara Teluk meningkatkan peranan mereka, ia mungkin hanya dalam bentuk menempatkan pasukan khas.

Unit seumpama itu, katanya, tidak akan terbabit dalam pertempuran, sebaliknya akan mengendalkan bilik operasi, menyelaraskan pengaliran senjata, bekerjasama dalam mengumpulkan maklumat, nasihat dan melengkapkan penentang Syria dengan senjata.

Menurutnya, tentera negara Teluk itu memainkan peranan serupa dalam membantu penentang Libya menggulingkan pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi pada 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 11:55 PM
«»

TENTERA Turki di atas kereta perisai mereka di sempadan negara itu dengan Syria, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1086#sthash.3c3Hilfr.dpuf