Monday, 20 October 2014

MUSIM SEJUK AKAN KEMBALI LAGI



Masihkah kalian ingat foto ini? Dirakamkan pada tahun 2013. Seorang kanak-kanak Syria yang kesejukan. Dia hanya ada baju nipis untuk mengharungi musim sejuk yang melampau. Tahun lepas aku dan sahabat melancarkan kempen musim sejuk bagi Syria. Tahun ini kami lakukannya sekali lagi. Sumbangan yang diterima berupa pakaian sejuk dan selimut tebal memberangsangkan. Semoga bermanfaat buat mereka, dan semoga mereka tidak dibiarkan mati kesejukan. Terima kasih kepada yang menderma.

Bagi yang ingin menderma kepada tabung Syria, dibawah ini adalah akaun NGO yang aktif membantu Syria

SYRIA CARE
CIMB BANK : 8601-89-4560
Swift Code : CIBBMYKL

MALAYSIA LIFELINE FOR SYRIA
SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK : 5645-5733-8496
 

Saturday, 18 October 2014

syria berdarah



SAVE THE CHILDREN OF SYRIA! STOP ASSAD!
Assad isn’t a terrorist, he just incinerates kids with barrels of TNT.

syria berdarah



Allahumma Ansur Ikhwana Mujahideen Fi Suriah
Takbir!!! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

 SAVE SYRIA  FREE SYRIA

DOUMA, SYRIA




Anggota tubuh yang hancur akibat pengeboman rejim Assad. Tangan yang terpisah dari tubuh ini menjadi bukti bahawa kekejaman ke atas penduduk Syria belum berhenti. Dimana doa kita terhadap saudara kita yang dizalimi di Syria? Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Teruskan berdoa!

Friday, 17 October 2014

14 orang maut dalam serangan udara Syria


DAMSYIK 17 Okt. - 14 orang, termasuk enam kanak-kanak terbunuh apabila tentera Syria melancarkan serangan udara di timur Damsyik, semalam.
Dalam satu serangan di Jisrin, seramai 10 orang terkorban, termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak, manakala serangan di Hish dan Babolin mengakibatkan empat orang kanak-kanak maut.
Pihak pemberontak berusaha selama dua tahun untuk menawan kem tentera di Hamadiyeh dan Wadi Deif dan tentera sering melancarkan serangan udara bagi mengusir pemberontak yang menyebabkan ramai orang awam terbunuh. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141017/lu_01/14-orang-maut-dalam-serangan-udara-Syria#ixzz3GLt0lQ16
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 16 October 2014

syria berdarah



DOUMA, SYRIA

Beberapa hari yang lepas, disebuah hospital sementara di Douma, seorang mangsa serangan bom tentera rejim terpaksa menahan derita akibat kecederaan parah yang dialaminya. Bagaimana kita dapat menyelami kesakitan yang beliau tanggung, sekiranya dihati kita tidak ada sedikitpun rasa belas terhadap saudara seagama yang dizalimi?

TANDA KEMENANGAN DARI ADIK RAWAN MALEK





Usianya baru 4 tahun. Rawan dan keluarganya telah melarikan diri dari keganasan yang berlaku di kampung mereka akibat kekejaman dari rejim Assad. Sekarang mereka sekeluarga tinggal sebagai pelarian di kem pelarian Atmeh. Jika anak sekecil ini yakin akan kemenangan, bagaimana pula dengan kita? 

Aku yakin suatu hari nanti, sang suria akan kembali menerangi bumi Suriah!

IS mara di Syria, Iraq

KEPULAN asap memenuhi ruang angkasa bandar Kobane selepas pakatan yang diketuai Amerika Syarikat melancarkan serangan udara, semalam. 

Mursitpinar (Turki): Militan Negara Islam (IS) semalam mara untuk menawan bandar Kobane di utara Syria dan sebuah bandar berhampiran Baghdad.
Sementara itu, Amerika Syarikat memberi amaran mengenai kemungkinan perang untuk menumpaskan kumpulan berkenaan memakan masa yang lama.
Di Kobane, bandar yang bersempadan dengan Turki, anggota IS meningkatkan serangan terhadap pejuang Kurdis yang mempertahankan bandar berkenaan walaupun cuba disekat oleh serangan udara diketuai Amerika Syarikat.
Di Iraq, militan IS dilapor semakin menghampiri bandar Amriyat al-Fallujah, kira-kira 35 kilometer dari Baghdad, antara daerah terakhir yang dikuasai tentera kerajaan di wilayah Anbar.
Di Washington, Presiden Barack Obama memberitahu sekutu Barat dan Arabnya yang terbabit dalam peperangan dengan IS bahawa mereka menghadapi 'kempen jangka panjang' untuk menumpaskan kumpulan berkenaan.
"Tidak ada jalan singkat untuk menumpaskan IS. Kita masih diperingkat awal," kata Obama pada mesyuarat dengan pemerintah kanan tentera lebih 20 negara yang terbabit dalam kempen itu.
Obama turut menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan di bandar Kobane yang menjadi simbol medan pertempuran penting dalam peperangan menentang IS.
Pertempuran di Kobane berterusan semalam, khususnya di timur bandar itu, tempat IS mengukuhkan bentengnya selepas menumpaskan pertahanan Kurdis minggu lalu.
Di Iraq, pasukan keselamatan berkata, kedudukan mereka di Amriyat al-Fallujah, kubu terakhir mereka di wilayah Anbar menjadi sasaran serangan besar-besaran IS malam kelmarin.
"Mereka melancarkan serangan dari tiga penjuru. Kami hampir terkepung. Jika Amriyat jatuh, peperangan akan merebak ke kawasan berhampiran bandar raya Baghdad dan Karbala," kata ketua polis bandar itu, Aref al-Janabi.
Bagaimanapun, militan IS perlu berdepan dengan kawasan penting yang dikuasai kerajaan Iraq sebelum boleh tiba di ibu negara itu.
Pasukan prokerajaan di utara Iraq juga berdepan dengan tekanan di Baji, kawasan penapisan minyak strategik negara itu, tempat pesawat Amerika Syarikat menggugurkan bantuan makanan, air dan peluru kepada tentera Iraq, buat pertama kali, Ahad lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:40 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2204#sthash.9nX0PEcH.dpuf

Wednesday, 15 October 2014

syria berdarah

syria berdarah

syria berdarah

‘Kain Kafan Putih’ buru IS

Seorang penentang IS berlindung di sebuah rumah kosong di Deir al-Zor. 

Damsyik: Negara Islam (IS) kini berdepan serangan daripada puak gerila selepas beberapa kumpulan kecil penduduk Syria kini memburu pejuangnya di kubu utama mereka di timur negara itu.
Kempen gerila itu diwujudkan untuk membalas keganasan IS dan sasarannya bagi meni mbulkan ketakutan dalam kalangan pejuangnya, kata ketua 'Kain Kafan Putih' dikenali sebagai Abu Aboud - kumpulan yang mendakwa sudah membunuh lebih 100 militan IS dalam serangan di wilayah Deir al-Zor sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, nama Kain Kafan Putih digunakan kerana itu yang dikatakan menanti pejuang IS bagi kekejaman mereka terhadap penduduk Syria.
Abu Aboud, antara pemimpin kumpulan pemberontak anti-Presiden Syria Bashar al-Assad yang dikalahkan IS dalam merebut Deir al-Zor, awal tahun ini.
Menurutnya, Kain Kafan Putih tidak akan menunjukkan simpati langsung terhadap IS dan anggotanya yang berjaya ditangkap lambat-laun akan dibunuh.
Pergerakan itu beroperasi di dalam dan sekitar bandar Al Bukamal di sempadan Iraq yang juga lokasi penting buat IS. Ia kini mempunyai 300 anggota.
"Kira-kira 80 peratus anggota kami tidak pernah bertempur sebelum IS datang membuat kacau. Kami melatih mereka dan mereka kemudian menyertai kami kerana tertindas selepas IS merampas kuasa," katanya.
Kumpulan itu nyata terlalu kecil untuk mengakibatkan kekalahan teruk pada IS, namun ia masih mampu membantu kempen serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Syria serta Iraq apabila melakukan serangan sedikit demi sedikit di darat.
Badan Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) merekodkan peningkatan serangan oleh kumpulan bersenjata terhadap sasaran IS di wilayah Deir al-Zor yang turut menjadi pangkalan IS di negara itu.
Menurut SOHR, Kain Kafan Putih ialah antara beberapa kumpulan kecil yang mula menentang IS di wilayah Deir al-Zor sejak beberapa bulan lalu dan beroperasi dengan membunuh satu persatu militan itu.
Katanya, kumpulan itu menggunakan pelbagai nama menakutkan seperti 'Briged Hantu' dan 'Briged Malaikat Maut.'
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1892#sthash.7J8ZOhmW.dpuf

Monday, 13 October 2014

Azmil Mustapha Bawa Anak Dalami Islam Di Syria


Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 12:33 AM
Azmil Mustapha masih lagi mendapat tawaran lakonan meskipun tidak lagi aktif di bidang tersebut.

PETALING JAYA: Bekas pelakon era 80-an iaitu Azmil Mustapha menjelaskan penghijrahannya ke negara Syria kira-kira tujuh tahun lalu bukanlah kerana merajuk dengan industri seni negara.

Sebaliknya, Azmil, 62, berkata, dia ke negara itu membawa bersama-sama empat orang anaknya iaitu Nurazalea Arifah, 24, Nor Amalia Batrisya, 23, Mohd. Bazli Zhafri, 19, dan Nur Alia Iman, 13, ke negara itu adalah untuk mencari ilmu bagi menambah pengetahuan agama Islam.

"Ketika mula mendalami agama, hati saya masih lagi berasa kosong. Kemudian saya membuat sembahyang hajat untuk mendapatkan petunjuk, dan saya diberi petanda untuk ke Syria.

"Saya membawa keempat-empat anak ke negara itu dengan poket kosong. Tetapi, Alhamdulillah perjalanan dan kehidupan kami di sana dipermudahkan.

"Jadi tidak ada istilah saya merajuk dengan dunia seni atau tidak. Cuma saya ingin mencari ilmu ke jalan Allah. Itu sahaja," katanya.

Azmil yang kini duda turut mempunyai seorang anak iaitu Nur Syamira, 28, hasil perkahwinannya yang pertama.

Tambah Azmil, selepas lima tahun di negara itu, dia berhijrah ke Pattani, Thailand untuk membangunkan sekolah agama, namun hasratnya itu tidak tercapai kerana undang-undang tidak membenarkan warga asing memiliki sebarang tanah di negara itu.
Gambar saat popular Azmil.

Hal tersebut membuatkan pelakon yang popular dengan filem Ali Setanitu  membuat keputusan untuk kembali ke tanah air.

Kata Azmil, sejak pulang ke Malaysia, dia menerima pelbagai tawaran lakonan namun menolaknya kerana menganggap ia tidak bersesuaian dengan dirinya sekarang.

"Kali terakhir saya berlakon adalah pada tahun 2005 menerusi filem Puteri Gunung Ledang, itupun tidak ramai yang menyedarinya.

"Dan kemudian, saya tidak mahu lagi berlakon. Tetapi masih lagi ada penerbit menawarkan watak pada saya. Bukannya apa, mengenai kerja-kerja lakonan, banyak perkara yang saya perlu lihat, daripada segi watak, skrip serta cara kerja produksi. Semua itu penting bagi saya," ujarnya.

Sementara itu, Azmil berkata, dia kini sedang melibatkan diri dengan sebuah stesen televisyen baharu iaitu Halal TV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menerusi saluran itu, Azmil menjadi penerbit program dan pengacara bagi program Selebritillah yang menampilkan Janet Jackson, Yusuf Islam dan beberapa selebriti muallaf antarabangsa.

Selain itu, Azmil turut menerbitkan program lain iaitu Tic Tech Tric (mengenai dunia elektrik) dan Sufi Seeker.

Semasa era kegemilangannya Azmil berjaya mencipta nama menerusi filem Mekanik sebagai pelakon utama pada 1983 arahan Othman Hafsham yang berjaya mencecah kutipan Boxoffice.

Nama Azmil terus menjadi sebutan apabila filem kisah percintaannya sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Ali Setan dan Ali Setan 2 masing-masing pada tahun 1985 dan 1986 menjadi satu fenomena ketika itu yang dilakonkannya bersama Ogy Ahmad Daud.

syria