Monday, 27 October 2014

Lelaki Serang Parlimen Kanada Rakam Video, Rancang Ke Syria - Polis


Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 10:46 AM
Michael Zehaf-Bibeau merancang ke Syria tetapi kelewatan dalam proses untuk memiliki pasport mengecewakannya.

LELAKI yang menembak mati seorang anggota tentera dan menceroboh bangunan Parlimen negara itu sebelum dia ditembak dilaporkan merakam video yang mendedahkan ideologinya dan motif politik yang mendorong kejadian itu berlaku.

Pihak polis mengesahkan Michael Zehaf-Bibeau yang masih dalam tahanan itu merancang rapi serangan umpama pengganas itu.

Pesuruhjaya Polis Diraja Kanada, Bob Paulson berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh serangan yang dilakukan lelaki itu didorong fahaman politik dan ideologinya.

Analisa video itu sudah dijalankan, bagaimanapun Paulson berkata, setakat ini, rakaman yang dibuat lelaki yang bapanya berasal dari Libya itu belum dapat didedahkan lagi.
Kata Paulson, suspek mungkin bertindak kerana kecewa masih gagal memperoleh pasport.

"Ibunya memaklumkan Zehaf-Bibeau berhasrat untuk ke Syria," katanya.
Perdana Menteri Kananda, Stephen Harper pada Rabu itu sebagai serangan pengganas dan pertumpahan darah akibat kejadian itu mendorong negara itu menyertai Amerika Syarikat untuk menenetang militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Ketika ini, polis menyiasat hubungan Zehaf-Bibeau dengan beberapa individu bagi mengesan sama ada ia menyumbang atau membantu melancarkan serangan itu.

Paulson berkata, pisau yang dibawa lelaki itu diambil dari kediaman saudaranya di Mont Tremblant, Quebec dan kini siasatan dilakukan untuk mengesan dari mana senapang lama itu diperoleh.

Katanya lagi, penyiasat juga mengenal pasti sumber kewangannya yang membolehkan dia membeli sebuah kereta dan melancarkan beberapa serangan terdahulu.

Beliau menambah, Zehaf-Bibeau pernah bekerja di tapak gali minyak di Alberta dan mempuyai akses kepada beberapa tabung.

Dalam kejadian Rabu lalu, Zehaf-Bibeau, 32 menembak mati Koperal Nathan Cirillo, 24 yang berkawal di Memorial Perang Kanada dan ketika dia menceroboh bangunan Parlimen, Sarjan Kevin Vickers berjaya menembaknya.

Serangan di Ottawa itu berlaku dua hari selepas seorang lelaki yang dipercayai militan ISIS melanggar dua anggota tentera di tempat meletak kereta di Quebec menyebabkan seorang terkorban, manakala seorang lagi cedera.

Bagaimanapun lelaki berusia 25 tahun terbabit sememangnya dalam senarai pemantauan pihak keselamatan Kanada ditembak mati polis yang bergegas ke tempat kejadian, berbeza dengan Zehaf-Bibeau yang bukan antara individu yang dipantau polis.

Serangan udara di Homs ragut 25 nyawa


Beirut: Serangan udara Syria terhadap dua kawasan dikuasai pejuang antikerajaan di Homs menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang awam maut, termasuk 11 kanak-kanak.

Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, 16 orang daripada sebuah keluarga adalah antara mangsa yang terbunuh dalam serangan di bandar Talbisseh lewat kelmarin.

Menurut pertubuhan berpangkalan di Britain itu, 10 kanak-kanak dan tiga wanita antara korban serangan berkenaan.

Di daerah Waer di pinggir Homs serangan udara Damsyik menyebabkan tujuh maut, termasuk seorang bayi.

Homs pernah digelar “ibu negeri revolusi” dalam kalangan pejuang yang cuba menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad.

Kerajaan menawan semula seluruh kawasan itu Mei lalu dan pemberontak berundur melalui perjanjian diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:05 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4327#sthash.0OwJ73l7.dpuf

Tentera Lebanon perangi kumpulan Sunnah




ASAP kelihatan dari sebuah bangunan ketika tentera bertempur dengan pejuang Islam di bandar Tripoli, utara Lebanon kelmarin.


BEIRUT – Tentera Lebanon bertempur dengan kumpulan Islam bersenjata di utara negara itu untuk hari ketiga berturut-turut semalam merupakan antara pertempuran yang terburuk sejak musim panas tahun ini.
Pasukan keselamatan melakukan beberapa serbuan di bandar Tripoli, utara Lebanon dan dekat bandar Bahneen serta merampas berpuluh-puluh bahan letupan selain tiga bom kereta yang bersedia untuk diletupkan, kata sumber keselamatan.
“Seramai enam askar, dua orang awam dan sekurang-kurangnya sembilan militan terbunuh sejak pertempuran tercetus pada Jumaat lalu,” kata sumber tersebut.
Beberapa sumber lain memberitahu, pejuang bersenjata yang terlibat dalam pertempuran itu merupakan militan Lebanon dan Syria yang bersimpati dengan kumpulan Negara Islam (IS) dan sayap Al-Qaeda, Barisan Al-Nusra.
Pertempuran semalam di Tripoli tertumpu di Bandar Lama yang menjadi kubu kuat militan tersebut dan kejiranan puak Sunnah di Bab al-Tabbaneh.
Agensi Berita Nasional Lebanon melaporkan, tentera negara itu menawan bandar Al-Minya di utara negara itu di mana serangan militan meragut nyawa seorang pegawai tempatan.
Tripoli sudah lama menjadi kubu kuat pejuang Sunnah yang menuduh tentera Lebanon bersekongkol dengan pergerakan Syiah, Hezbollah yang menghantar pejuang untuk membantu Presiden Syria, Bashar Al-Assad memerangi pemberontak Sunnah. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3HHvzFCax 
Hakcipta terpelihara 

Syria: Lebih 800 terkorban di pekan Kobane


WASHINGTON 27 Okt. -Lebih 800 orang terkorban di pekan Kobane, sebuah bandar strategik di sempadan Syria-Turki yang menjadi sasaran militan Kumpulan Islam (IS) sejak 16 September lalu.
Menurut pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, seramai 481 terkorban, manakala 313 orang tentera Kurdis terbunuh dalam pertempuran bagi mempertahankan kawasan itu.
Jumlah tersebut bagaimanapun tidak termasuk anggota IS yang hilang dalam serangan udara yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/syria-lebih-800-terkorban-di-pekan-kobane-1.17233#sthash.6SnUozBv.dpuf

Sunday, 26 October 2014

FOTO SEDIH TENTANG SYRIA



Lihatlah dunia! Betapa deritanya rakyat Syria! Mereka benar-benar mengharapkan pertolongan dari kita. Ringankan tangan membantu, kita juga bertanggungjawab terhadap mereka kerana muslim itu bersaudara. Bantulah, Doakanlah..

Saturday, 25 October 2014

Dua lelaki serang Parlimen Kanada akibat pengaruh perang Syria


OTTAWA 24 Okt. - Dua lelaki warga Kanada yang menyerang Parlimen Kanada kelmarin terpengaruh dengan perang di Syria, kata polis semalam.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menemukan bukti ia merupakan satu daripada rancangan keganasan ke atas negara itu.
Pesuruhjaya Polis Kanada, Bob Paulson berkata, ia merupakan satu ancaman yang sukar dikesan. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-lelaki-serang-parlimen-kanada-akibat-pengaruh-perang-syria-1.16384#sthash.lNwQYgNy.dpuf

Suspek serangan Kanada mahu sertai perang di Syria

ANGGOTA polis Kanada melakukan siasatan di kawasan Tugu Peringatan
ANGGOTA polis Kanada melakukan siasatan di kawasan Tugu Peringatan Perang Negara di Ottawa, semalam, sehari selepas seorang lelaki melancarkan serangan di lokasi itu dan Parlimen. – REUTERS
OTTAWA 24 Okt. – Dua penyerang yang melancarkan serangan berdarah di Kanada dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan pelampau dan berhasrat untuk menyertai peperangan di Syria, lapor pegawai polis.
Pesuruhjaya Polis Diraja Kanada, Bob Paulson berkata, bagaimanapun pihak polis tidak menemukan bukti yang menunjukkan kedua-dua penyerang terbabit merancang komplot serangan itu bersama-sama.
Kelmarin, Michael Zehaf-Bibeau, 32, ditembak mati selepas membunuh seorang askar tidak bersenjata di Tugu Peringatan Perang Negara, di sini dan me­nyerang Parlimen Kanada.
Dua hari sebelum itu, seorang lagi penyerang, Martin Couture-Rouleau, 25, melanggar dua askar di tempat letak kereta di Quebec, menyebabkan seorang daripada mangsa terbunuh sebelum suspek ditembak mati polis.
Jelas Paulson, siasatan polis tidak mendapati sebarang kaitan antara serangan yang dilancarkan oleh Zehaf-Bibeau dan Couture-Rouleau.
“Kami juga belum pasti sama ada Zehaf-Bibeau menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak untuk melancarkan serangan di Parlimen, tetapi saya percaya dia bertindak secara bersendirian.
“Serangan seperti itu merupakan ancaman yang sukar dikesan dan pihak polis tidak mempunyai cara untuk mengetahui lokasi dan waktu serangan,” katanya.
Kumpulan pelampau Islam sebelum ini tidak pernah mengancam keselamatan Kanada tetapi keputusan Ottawa menyertai misi antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat (AS) serangan ke atas militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria mungkin dilihat sebagai faktor keganasan itu berlaku di negara ini.
Segelintir rakyat Kanada dipercayai pergi ke Asia Barat untuk menyertai kumpulan pelampau atau militan dan membawa fahaman radikal apabila pulang ke tanah air.
Sementara itu, pihak keselamatan Kanada mempertingkatkan tahap keselamatan untuk hari ketiga berturut-turut termasuk mengawal keselamatan Perdana Menteri, Stephen Harper ketika pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit. – AFP/REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/suspek-serangan-kanada-mahu-sertai-perang-di-syria-1.16501#sthash.h0TYLlqd.dpuf

Friday, 24 October 2014

SYRIA



Mengikut statistik yang dikeluarkan aktivis kemanusiaan, 35,000 kanak-kanak Syria menjadi yatim-piatu akibat peperangan yang memasuki tahun ke empat.

Gambar menunjukkan seorang anak yatim yang duduk dihadapan rumahnya yang hancur.

464 militan IS terbunuh dalam serangan di Syria bulan lalu

BEIRUT: Kira-kira 553 orang, termasuk 32 orang awam terkorban dalam serangan udara diketuai Amerika Syarikat (AS) terhadap kumpulan militan di Syria sepanjang bulan lalu, kata sebuah badan pemantau hari ini.
Jurucakap Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, daripada jumlah kematian itu, 464 kematian membabitkan militan Negara Islam (IS).
Ia juga membabitkan enam orang awam termasuk kanak-kanak dan lima wanita.
Katanya, 57 anggota Barisan Nusra berkaitan al-Qaeda turut terbunuh dalam serangan udara itu yang bermula sebulan lalu.
Serangan juga menyasarkan Wilayah Aleppo, Deir al-Zor, Idlib, Raqqa dan al-Hassakah. - REUTERS

Tuesday, 21 October 2014

DOUMA, SYRIA



Di usia begini, dia sepatutnya pergi ke sekolah, bermain bersama rakan-rakannya, bergembira bersama keluarga tercinta. Bashar telah merampas zaman kanak-kanaknya. Pengeboman ganas rejim sudah tentu tidak mampu dia hadapi. Kematian.

Kini dia benar-benar gembira menemui Rabbnya... InsyaAllah
 

Monday, 20 October 2014

MUSIM SEJUK AKAN KEMBALI LAGI



Masihkah kalian ingat foto ini? Dirakamkan pada tahun 2013. Seorang kanak-kanak Syria yang kesejukan. Dia hanya ada baju nipis untuk mengharungi musim sejuk yang melampau. Tahun lepas aku dan sahabat melancarkan kempen musim sejuk bagi Syria. Tahun ini kami lakukannya sekali lagi. Sumbangan yang diterima berupa pakaian sejuk dan selimut tebal memberangsangkan. Semoga bermanfaat buat mereka, dan semoga mereka tidak dibiarkan mati kesejukan. Terima kasih kepada yang menderma.

Bagi yang ingin menderma kepada tabung Syria, dibawah ini adalah akaun NGO yang aktif membantu Syria

SYRIA CARE
CIMB BANK : 8601-89-4560
Swift Code : CIBBMYKL

MALAYSIA LIFELINE FOR SYRIA
SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK : 5645-5733-8496
 

Saturday, 18 October 2014

syria berdarah



SAVE THE CHILDREN OF SYRIA! STOP ASSAD!
Assad isn’t a terrorist, he just incinerates kids with barrels of TNT.

syria berdarah



Allahumma Ansur Ikhwana Mujahideen Fi Suriah
Takbir!!! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

 SAVE SYRIA  FREE SYRIA

DOUMA, SYRIA




Anggota tubuh yang hancur akibat pengeboman rejim Assad. Tangan yang terpisah dari tubuh ini menjadi bukti bahawa kekejaman ke atas penduduk Syria belum berhenti. Dimana doa kita terhadap saudara kita yang dizalimi di Syria? Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Teruskan berdoa!

Friday, 17 October 2014

14 orang maut dalam serangan udara Syria


DAMSYIK 17 Okt. - 14 orang, termasuk enam kanak-kanak terbunuh apabila tentera Syria melancarkan serangan udara di timur Damsyik, semalam.
Dalam satu serangan di Jisrin, seramai 10 orang terkorban, termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak, manakala serangan di Hish dan Babolin mengakibatkan empat orang kanak-kanak maut.
Pihak pemberontak berusaha selama dua tahun untuk menawan kem tentera di Hamadiyeh dan Wadi Deif dan tentera sering melancarkan serangan udara bagi mengusir pemberontak yang menyebabkan ramai orang awam terbunuh. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141017/lu_01/14-orang-maut-dalam-serangan-udara-Syria#ixzz3GLt0lQ16
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 16 October 2014

syria berdarah



DOUMA, SYRIA

Beberapa hari yang lepas, disebuah hospital sementara di Douma, seorang mangsa serangan bom tentera rejim terpaksa menahan derita akibat kecederaan parah yang dialaminya. Bagaimana kita dapat menyelami kesakitan yang beliau tanggung, sekiranya dihati kita tidak ada sedikitpun rasa belas terhadap saudara seagama yang dizalimi?

TANDA KEMENANGAN DARI ADIK RAWAN MALEK





Usianya baru 4 tahun. Rawan dan keluarganya telah melarikan diri dari keganasan yang berlaku di kampung mereka akibat kekejaman dari rejim Assad. Sekarang mereka sekeluarga tinggal sebagai pelarian di kem pelarian Atmeh. Jika anak sekecil ini yakin akan kemenangan, bagaimana pula dengan kita? 

Aku yakin suatu hari nanti, sang suria akan kembali menerangi bumi Suriah!

IS mara di Syria, Iraq

KEPULAN asap memenuhi ruang angkasa bandar Kobane selepas pakatan yang diketuai Amerika Syarikat melancarkan serangan udara, semalam. 

Mursitpinar (Turki): Militan Negara Islam (IS) semalam mara untuk menawan bandar Kobane di utara Syria dan sebuah bandar berhampiran Baghdad.
Sementara itu, Amerika Syarikat memberi amaran mengenai kemungkinan perang untuk menumpaskan kumpulan berkenaan memakan masa yang lama.
Di Kobane, bandar yang bersempadan dengan Turki, anggota IS meningkatkan serangan terhadap pejuang Kurdis yang mempertahankan bandar berkenaan walaupun cuba disekat oleh serangan udara diketuai Amerika Syarikat.
Di Iraq, militan IS dilapor semakin menghampiri bandar Amriyat al-Fallujah, kira-kira 35 kilometer dari Baghdad, antara daerah terakhir yang dikuasai tentera kerajaan di wilayah Anbar.
Di Washington, Presiden Barack Obama memberitahu sekutu Barat dan Arabnya yang terbabit dalam peperangan dengan IS bahawa mereka menghadapi 'kempen jangka panjang' untuk menumpaskan kumpulan berkenaan.
"Tidak ada jalan singkat untuk menumpaskan IS. Kita masih diperingkat awal," kata Obama pada mesyuarat dengan pemerintah kanan tentera lebih 20 negara yang terbabit dalam kempen itu.
Obama turut menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan di bandar Kobane yang menjadi simbol medan pertempuran penting dalam peperangan menentang IS.
Pertempuran di Kobane berterusan semalam, khususnya di timur bandar itu, tempat IS mengukuhkan bentengnya selepas menumpaskan pertahanan Kurdis minggu lalu.
Di Iraq, pasukan keselamatan berkata, kedudukan mereka di Amriyat al-Fallujah, kubu terakhir mereka di wilayah Anbar menjadi sasaran serangan besar-besaran IS malam kelmarin.
"Mereka melancarkan serangan dari tiga penjuru. Kami hampir terkepung. Jika Amriyat jatuh, peperangan akan merebak ke kawasan berhampiran bandar raya Baghdad dan Karbala," kata ketua polis bandar itu, Aref al-Janabi.
Bagaimanapun, militan IS perlu berdepan dengan kawasan penting yang dikuasai kerajaan Iraq sebelum boleh tiba di ibu negara itu.
Pasukan prokerajaan di utara Iraq juga berdepan dengan tekanan di Baji, kawasan penapisan minyak strategik negara itu, tempat pesawat Amerika Syarikat menggugurkan bantuan makanan, air dan peluru kepada tentera Iraq, buat pertama kali, Ahad lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:40 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2204#sthash.9nX0PEcH.dpuf

Wednesday, 15 October 2014

syria berdarah

syria berdarah

syria berdarah

‘Kain Kafan Putih’ buru IS

Seorang penentang IS berlindung di sebuah rumah kosong di Deir al-Zor. 

Damsyik: Negara Islam (IS) kini berdepan serangan daripada puak gerila selepas beberapa kumpulan kecil penduduk Syria kini memburu pejuangnya di kubu utama mereka di timur negara itu.
Kempen gerila itu diwujudkan untuk membalas keganasan IS dan sasarannya bagi meni mbulkan ketakutan dalam kalangan pejuangnya, kata ketua 'Kain Kafan Putih' dikenali sebagai Abu Aboud - kumpulan yang mendakwa sudah membunuh lebih 100 militan IS dalam serangan di wilayah Deir al-Zor sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, nama Kain Kafan Putih digunakan kerana itu yang dikatakan menanti pejuang IS bagi kekejaman mereka terhadap penduduk Syria.
Abu Aboud, antara pemimpin kumpulan pemberontak anti-Presiden Syria Bashar al-Assad yang dikalahkan IS dalam merebut Deir al-Zor, awal tahun ini.
Menurutnya, Kain Kafan Putih tidak akan menunjukkan simpati langsung terhadap IS dan anggotanya yang berjaya ditangkap lambat-laun akan dibunuh.
Pergerakan itu beroperasi di dalam dan sekitar bandar Al Bukamal di sempadan Iraq yang juga lokasi penting buat IS. Ia kini mempunyai 300 anggota.
"Kira-kira 80 peratus anggota kami tidak pernah bertempur sebelum IS datang membuat kacau. Kami melatih mereka dan mereka kemudian menyertai kami kerana tertindas selepas IS merampas kuasa," katanya.
Kumpulan itu nyata terlalu kecil untuk mengakibatkan kekalahan teruk pada IS, namun ia masih mampu membantu kempen serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Syria serta Iraq apabila melakukan serangan sedikit demi sedikit di darat.
Badan Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) merekodkan peningkatan serangan oleh kumpulan bersenjata terhadap sasaran IS di wilayah Deir al-Zor yang turut menjadi pangkalan IS di negara itu.
Menurut SOHR, Kain Kafan Putih ialah antara beberapa kumpulan kecil yang mula menentang IS di wilayah Deir al-Zor sejak beberapa bulan lalu dan beroperasi dengan membunuh satu persatu militan itu.
Katanya, kumpulan itu menggunakan pelbagai nama menakutkan seperti 'Briged Hantu' dan 'Briged Malaikat Maut.'
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1892#sthash.7J8ZOhmW.dpuf

Monday, 13 October 2014

Azmil Mustapha Bawa Anak Dalami Islam Di Syria


Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 12:33 AM
Azmil Mustapha masih lagi mendapat tawaran lakonan meskipun tidak lagi aktif di bidang tersebut.

PETALING JAYA: Bekas pelakon era 80-an iaitu Azmil Mustapha menjelaskan penghijrahannya ke negara Syria kira-kira tujuh tahun lalu bukanlah kerana merajuk dengan industri seni negara.

Sebaliknya, Azmil, 62, berkata, dia ke negara itu membawa bersama-sama empat orang anaknya iaitu Nurazalea Arifah, 24, Nor Amalia Batrisya, 23, Mohd. Bazli Zhafri, 19, dan Nur Alia Iman, 13, ke negara itu adalah untuk mencari ilmu bagi menambah pengetahuan agama Islam.

"Ketika mula mendalami agama, hati saya masih lagi berasa kosong. Kemudian saya membuat sembahyang hajat untuk mendapatkan petunjuk, dan saya diberi petanda untuk ke Syria.

"Saya membawa keempat-empat anak ke negara itu dengan poket kosong. Tetapi, Alhamdulillah perjalanan dan kehidupan kami di sana dipermudahkan.

"Jadi tidak ada istilah saya merajuk dengan dunia seni atau tidak. Cuma saya ingin mencari ilmu ke jalan Allah. Itu sahaja," katanya.

Azmil yang kini duda turut mempunyai seorang anak iaitu Nur Syamira, 28, hasil perkahwinannya yang pertama.

Tambah Azmil, selepas lima tahun di negara itu, dia berhijrah ke Pattani, Thailand untuk membangunkan sekolah agama, namun hasratnya itu tidak tercapai kerana undang-undang tidak membenarkan warga asing memiliki sebarang tanah di negara itu.
Gambar saat popular Azmil.

Hal tersebut membuatkan pelakon yang popular dengan filem Ali Setanitu  membuat keputusan untuk kembali ke tanah air.

Kata Azmil, sejak pulang ke Malaysia, dia menerima pelbagai tawaran lakonan namun menolaknya kerana menganggap ia tidak bersesuaian dengan dirinya sekarang.

"Kali terakhir saya berlakon adalah pada tahun 2005 menerusi filem Puteri Gunung Ledang, itupun tidak ramai yang menyedarinya.

"Dan kemudian, saya tidak mahu lagi berlakon. Tetapi masih lagi ada penerbit menawarkan watak pada saya. Bukannya apa, mengenai kerja-kerja lakonan, banyak perkara yang saya perlu lihat, daripada segi watak, skrip serta cara kerja produksi. Semua itu penting bagi saya," ujarnya.

Sementara itu, Azmil berkata, dia kini sedang melibatkan diri dengan sebuah stesen televisyen baharu iaitu Halal TV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menerusi saluran itu, Azmil menjadi penerbit program dan pengacara bagi program Selebritillah yang menampilkan Janet Jackson, Yusuf Islam dan beberapa selebriti muallaf antarabangsa.

Selain itu, Azmil turut menerbitkan program lain iaitu Tic Tech Tric (mengenai dunia elektrik) dan Sufi Seeker.

Semasa era kegemilangannya Azmil berjaya mencipta nama menerusi filem Mekanik sebagai pelakon utama pada 1983 arahan Othman Hafsham yang berjaya mencecah kutipan Boxoffice.

Nama Azmil terus menjadi sebutan apabila filem kisah percintaannya sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Ali Setan dan Ali Setan 2 masing-masing pada tahun 1985 dan 1986 menjadi satu fenomena ketika itu yang dilakonkannya bersama Ogy Ahmad Daud.

syria