Monday, 9 April 2012

((TAJUK) Qardhawi Seru Umat Islam dan Arab Menentang Iran dan Hizbullah

((TAJUK) Qardhawi Seru Umat Islam dan Arab Menentang Iran dan Hizbullah

Presiden Kesatuan Ulama' Islam SeDunia, Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi membidas dua pihak yang bersekongkol dengan rejim Syria iaitu Iran dan Hizbullah. Lebih mengejutkan, beliau sendiri tidak lagi memanggil Hizbullah tetapi "Hizbul Lata" sambil meminta seluruh umat Islam berkumpul dalam 'parit yang satu' bagi menentang dua sekutu Syria ini. Seruan beliau ini dinyatakan dalam ucapan menyokong Revolusi Syria yang diadakan di Kesatuan Wartawan Mesir. Jelas beliau, "Kewajipan bagi semua untuk menentang Iran dan Hizbu Lata (Hizbullah), seluruh negara Arab perlu bersatu menentang kedua-duanya."

Kepada rakyat Syria, ini ucapan beliau:

"Kalian bukan keseorangan tetapi Mesir bersama Syria, Libya bersama Syria, Tunisia bersama Syria, Morocco dan Jordan serta seluruh orang yang mulia dan merdeka di dunia ini bersama Syria. Wahai rakyat Syria, berjalanlah kalian di jalan kamu, berpeganglah dengan kebenaran kamu. Saya berpesan kepada kalian agar jangan sesekali berpecah-belah, jadilah tangan yang satu."

No comments:

Post a Comment