Friday, 17 August 2012

Adik Presiden Syria hilang kaki dalam letupan

Mayer al-Assad
Mayer al-Assad


DAMSYIK - Maher al-Assad, adik kepada Presiden Bashar al-Assad, dilaporkan telah hilang satu kakinya ketika serangan di ibu negara Syria bulan lalu.
Seorang diplomat dipetik Reuters berkata, Maher kehilangan kakinya ketika letupan ke atas Kabinet keselamatan bulan lalu.
"Dia telah kehilangan salah satu kaki. Berita itu benar," katanya.
Serangan itu telah membunuh Menteri Pertahanan, Jeneral Daoud Rajha; adik ipar Bashar, Assef Shawlat dan ketua operasi krisis kerajaan, Jeneral Hassan Turkmani.

No comments:

Post a Comment