October 15, 2012
Di tepi kolam renang, mereka menari mengikut rentak lagu Someone Like You nyanyian Adele.
Di atas pembesar suara, seorang penari Rusia melentokkan badannya di hadapan sekumpulan pemuda pemudi Syria yang asyik menikmati minuman keras dari Lebanon.
Di belakang mereka, kepulan asap dapat dilihat, akibat bom kereta dan letupan, petanda perang mula menyusupi negara Arab itu.
Seorang wanita berpakaian mandi menembak pistol air dan berjenaka kononnya dia adalah anggota kumpulan militan prokerajaan, Shabiha, yang bermaksud hantu atau samseng.
Parti kolam renang di Hotel Dama Rose, Damsyik, baru sahaja bermula.
Selama lebih setahun, Syria dicemari pertempuran berdarah antara kumpulan antikerajaan yang menentang rejim ganas Presiden Bashar Al-Assad, menyebabkan puluhan ribu nyawa melayang.
Apa yang bermula sebagai protes menentang kepimpinan kuku besi Bashar kini bertukar menjadi konflik ganas antara kaum dan mula mengancam negara di sekeliling Syria.
Namun, di sebalik keganasan dan peperangan itu, kumpulan pro-Bashar di Damsyik terdiri daripada golongan elit masih menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa, termasuk mengadakan parti.
Kehidupan golongan elit ini jarang diketahui dunia luar. Damsyik telah lama menjadi kubu kuat penyokong Bashar yang terdiri daripada penganut Syiah Alawiah, Kristian dan kaum Sunni sekular. Bagi mereka, Bashar menjadi penjamin kepada kestabilan Syria.
Dan ramai antara golongan ini menyuarakan kebimbangan jika pejuang Syria memenangi pertempuran ini, negara itu akan menjadi negara Islam konservatif seperti Arab Saudi dan Yaman.
Seolah-olah peperangan itu berlaku di tempat lain, golongan ini masih meluangkan masa menikmati champagne atau mengambil bahagian dalam sesi fotografi majalah fesyen, dan pergi membeli-belah barangan Versace serta Missoni di butik mewah terletak di Jalan Shukri al Quatli.
Di sebalik kewujudan pos kawalan tentera dan kemungkinan diculik, ada juga yang masih keluar pada waktu malam untuk menghadiri persembahan opera, bertemu rakan untuk makan malam dan menganjurkan majlis perkahwinan besar-besaran di restoran mewah.
“Saya dapat lebih banyak kerja sekarang,” kata Dima, bintang televisyen Syria selepas dirias untuk sesi fotografi dengan majalah Gala Magazine.
“Saya teringin untuk bekerja di Lebanon atau Amerika Syarikat, tetapi pada masa ini, banyak sangat kejadian tembakan di sini,” katanya sambil ketawa dan membiarkan jurumekap merias matanya dengan pembayang mata ungu.
Golongan kaya dan muda di Damsyik seperti tidak sedar bahawa negara mereka kini sedang mengalami peperangan.
Laporan mengenai pembunuhan besar-besaran oleh kerajaan tidak memberi kesan kepada kehidupan mereka, dan mereka juga tidak mahu konflik itu mengganggu urusan harian.
“Dengar sini, saya masih pergi ke salun untuk mendapatkan rambut yang cantik apabila saya menghadiri parti, dalam dua kali seminggu,” kata seorang wanita muda.
“Saya juga masih mendapatkan rawatan kuku setiap minggu. Saya masih hidup! Sama ada anda memilih untuk rasa takut sepanjang masa, atau anda pilih untuk hidup,” katanya.
Empat tahun lalu, Damsyik dipilih sebagai Bandar Budaya dunia Arab oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Mereka berazam untuk terus memegang kepada takhta itu. Jadi di Dewan Opera Damsyik, pemuzik di sana menganggap menjadi tanggungjawab mereka untuk terus bermain muzik.
“Ada orang kata kita tidak patut bermain muzik ketika orang lain kehilangan nyawa. Tetapi bagi saya, itulah yang memberi harapan kepada orang ramai,” kata seorang pemuzik.
Di luar Damsyik, orang ramai beratur untuk mendapatkan petrol, dan harga barangan import naik mendadak sehingga hampir 60 peratus.
Bazar panjang di Kota Lama yang penuh bersejarah di bandar itu, selama ini dipenuhi pelancong, kini begitu jarang dikunjungi pelawat.
Hotel Talisman yang tersergam indah di Damsyik juga tidak ada tetamu, kosong dan senyap, hanya bunyi kicauan burung dan air pancut di kolam hotel.

Namun, kehidupan golongan elit di Damsyik masih tidak disentuh keganasan itu. Parti makan malam penuh mewah masih dianjurkan di rumah besar milik mereka.
Golongan ini seolah terlalu degil atau terlalu takut untuk melihat bahawa dunia mereka sedang berubah.
“Saya masih bersenam dan berenang setiap hari,” kata Wael, ahli perniagaan kaya yang berhujah bahawa apa yang berlaku di Syria bukanlah perang saudara atau konflik perkauman.
“Ini bukan peperangan. Kerajaan kami masih kuat, 70 peratus penduduk Syria menyokong Bashar,” katanya.
*Artikel ini diterjemah dan disunting daripada artikel asal tulisan Janine di Giovanni yang disiarkan dalam majalah Newsweek, Julai lalu.

No comments:
Post a Comment