Sunday, 17 February 2013

GEMPAR!



Dilaporkan lebih 6000 tentera Iran telah dihantar ke Syria untuk membantu rejim Basyar yang sekarang kelihatan semakin lemah.

Mereka kebanyakannya akan terlibat dalam peperangan 'dalam bandar' sebagaimana yang didedahkan oleh seorang tokoh 'ulama' Syiah Iran, Mehdi Thoib (gambar) dalam satu wawancara bersama sebuah agensi media tempatan Iran baru-baru ini.

Thoib menyebutkan, Iran 'tidak sanggup' untuk kehilangan Syria kerana kedudukannya yang begitu penting bagi Iran. Menurut Thoib, Syria adalah wilayah Iran yang ke 35, seandainya kita diasak sehingga diberi pilihan antara Ahwaz dan Syria, kita mesti pertahankan Syria dahulu.

Beliau yang mengetuai sebuah badan 'Ammar Strategik' berperanan dalam menangkis serangan-serangan musuh Iran menambah, "Saat ini tentera Iran terus dikirim untuk menghalang kemaraan mujahidin FSA dan merekalah antara yang berada di barisan hadapan dalam menghadapi mujahidin FSA, di samping tentera Hizbola Lubnan dan pakatan yang lain.

No comments:

Post a Comment