DIFAHAMKAN terdapat 200 juta pengikut Syiah di seluruh dunia. Di Malaysia, anutan ini dipercayai sedang berkembang.
Pada setiap 10 Muharram, penganut Syiah akan melakukan upacara memukul diri sendiri dengan 'qamezani' iaitu sejenis pisau seakan pedang atau rantai besi sebagai tanda meratapi pembunuhan Saidina Husain dengan kejam pada tarikh tersebut.
Daripada tiga golongan ini, hanya al-Rafidhah sahaja yang secara terang-terangan menafikan kekhalifahan Abu Bakr, Umar dan Usman kerana mereka menganggap, selepas kewafatan Rasulullah, orang yang layak menggantikan baginda ialah Ali, diikuti keturunannya.
Ini sekali gus menyebabkan timbul tanggapan kononnya pelantikan mereka yang selain Ali dan keturunannya adalah salah dan mereka yang mematuhinya didakwa sesat. Meskipun Syiah lebih cenderung untuk dikaitkan dengan Saidina Ali dan keturunannya, namun kewujudan Syiah dikatakan lebih dahulu daripada itu.
Malah ada versi yang mengaitkan kewujudan kumpulan itu dengan Abdullah bin Saba', seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam (munafik). Namun, Abdullah bin Saba' hanya seorang individu dan ini bukan faktor yang kuat bagi perkembangan Syiah hingga ke hari ini.
Faktor lain yang lebih kuat ialah kaitannya dengan sejarah Parsi sehingga melahirkan negara Syiah, Iran yang paling kuat pada masa ini. Kegemilangan empayar Parsi berakhir pada era pemerintahan Khalifah Umar al Khattab. Orang Parsi yang sebelum itu beragama Majusi (Zoroastrian) mulai menerima Islam antara 637 hingga 651 Masihi.
Wallahua'lam
Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak
No comments:
Post a Comment