Monday, 22 April 2013

Burung syurga ini berasal dari Halab

Burung syurga ini berasal dari Halab, telah disembelih di lehernya, kemudian diikat pada 2 biji tayar kereta dan dibakar hidup-hidup. Hanya Allah dan budak ini sahaja yang mengetahui betapa sakitnya derita yang ditanggung sebelum nafasnya yang terakhir. Semua ini berlaku kerana kekejaman Bashar Assad yang MASIH berkuasa ke atas Syria.

Kepada sesiapa yang masih mempedulikan insiden di Syria dan masih bersikap mementingkan diri sendiri, percayalah,suatu hari kelak keadaan seperti ini boleh berlaku keatas kamu (na'uzubillah minzaliq) dan dunia tak akan mempedulikan kamu.

Kepada sesiapa (media massa khususnya) yang telah memutar belitkan fakta mengenai Basyar Assad dan mengkritik Mujahidin FSA sebagai "terrorist (pengganas)", sesungguhnya hati kamu telah dibutakan, ibarat cawan yang diterbalikkan dan tidak mungkin dapat menampung air'.

Bagi kita yang sama-sama memperjuangkan hak saudara-saudari di Syria, semoga kita akan teruskan usaha jati ini walaupun kita menjadi orang yang terakhir untuk berbuat demikian. InsyaAllah kemenangan akan menjadi milik kita (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) apabila tiba saatnya.

Sumber: http://www.facebook.com/syria.care

No comments:

Post a Comment