Saturday, 13 April 2013

G8 gesa bantuan kemanusiaan lebih besar

William Hague
William Hague

LONDON - Para Menteri Luar lapan negara kuasa besar (G8), kelmarin menggesa bantuan kemanusiaan lebih besar diberikan kepada penduduk di Syria selepas angka kematian mencecah lebih 70,000 orang.

Dipetik AFP, rundingan dua hari di London itu turut menzahirkan kebimbangan terhadap konflik yang semakin meruncing di negara bergolak tersebut. 

Setiausaha Luar Britain, William Hague berkata, negara antarabangsa kurang memberi respons untuk cuba menyelesaikan kemelut di Syria.

"Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga gagal menunaikan tanggungjawab sepenuhnya walaupun terdapat lebih dua juta orang terpaksa menjadi pelarian di negara mereka sendiri," menurutnya.

No comments:

Post a Comment