Wednesday, 3 April 2013

Kapal pembawa senjata dari Iran untuk Syria seberangi Suez


Syria - Sebuah kapal berbendera Tanzania pembawa senjata dari Iran untuk dihantar ke Syria dijangka akan menyeberangi Terusan Suez dalam masa enam jam, demikian dikatakan sumber pembangkang Syria kepada Al-Arabiya Sabtu siang tengah hari waktu tempatan (30/3/2013 ).

"Kapal tersebut dikhabarkan membawa 8.500 tan senjata dan peluru berpandu darat dari Iran yang akan diberikan kepada rejim Syria," kata sumber tersebut. "Kapal itu dijadualkan 'berhenti untuk mengisi bahan bakar' di sebuah pelabuhan Syria di mana kapal itu akan menurunkan kargonya," tambahnya.

Sumber itu juga berkata, kapal tersebut dimiliki orang Syria, walaupun dia tidak secara khusus menunjuk siapa orang yang dimaksudkan.

Namun, masih menurut sumber yang sama, kapal berdaftar di Lubnan dan mempunyai kaitan dengan Hizbullah, kumpulan bersenjata Syiah Lubnan yang disokong kerajaan Syiah Iran.

Awal bulan ini seorang pegawai Barat kepada Reuters pernah mengatakan bahawa senjata-senjata dari Iran untuk rejim Bashar al-Assad masuk ke Syria lewat Iraq dan juga jalur-jalur yang lain, termasuk Turki dan Lubnan, yang bererti melanggar embargo senjata PBB atas Iran. Baghdad dan Ankara menyangkal tuduhan itu.

Sumber tersebut juga mengatakan, sokongan Iran kepada rejim Syria semakin meningkat dan Tehran ingin segera menamatkan pertempuran di lapangan dengan melipatgandakan bantuannya.

Para diplomat mengatakan, hal ini menyerlahkan konflik Syria yang semakin menuju ke arah konflik sektarian, di mana senjata-senjata Iran juga mengalir ke kumpulan militan Syiah Hizbullah yang dikhabarkan juga terlibat perang di Syria bersama kelompok Syiah tempatan, yang menyokong pasukan rejim Assad. *
 

No comments:

Post a Comment