Wednesday 1 May 2013

13 terbunuh, lebih 70 cedera letupan di Damsyik



BEIRUT 30 April - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala lebih 70 cedera dalam satu letupan bom di Damsyik hari ini, kejadian pertama sehari selepas Perdana Menteri Syria, Wael al-Halki terselamat daripada serangan bom kereta, semalam.
Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, antara sembilan yang terbunuh merupakan orang awam manakala tiga lagi merupakan anggota keselamatan dan jumlah kematian mungkin meningkat.
Stesen televisyen pro-kerajaan, Al-Ikhbariya menunjukkan anggota bomba sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa dalam kejadian di Dataran Marjeh. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130430/lu_10/13-terbunuh-lebih-70-cedera-letupan-di-Damsyik#ixzz2S3ZtVh9D
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment