Tuesday 14 May 2013

Askar Syria guna senjata kimia - Turki



AMMAN 12 Mei - Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu berkata, tentera Syria didapati menggunakan senjata kimia hasil ujian yang dilakukan ke atas mangsa-mangsa perang yang tiba di Turki.
Ahmet berkata, ujian lanjut sedang dijalankan untuk mengesahkan lebih tepat bukti tersebut.
''Kami sedang menjalankan ujian dan kami menemui beberapa petunjuk terdapat penggunaan senjata kimia, tetapi bagi memastikan dan mengesahkannya, ujian lanjut sedang dijalankan.
''Hasil ujian ini akan dikongsi dengan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),'' katanya kelmarin.
Turki pada minggu lepas mengesahkan pihaknya sedang menguji sampel darah yang diambil daripada rakyat Syria yang tiba di sempadan negara ini bagi menentukan sama ada mereka merupakan mangsa senjata kimia.
Ahmet berkata, prospek penggunaan senjata kimia oleh Presiden Syria, Bashar al-Assad telah menjadi kebimbangan Turki.
''Ia bukan rahsia lagi, Damsyik mempunyai bekalan senjata kimia dan tidak pernah menandatangani piagam mengharamkan penggunaan senjata tersebut.
''Sudah tentu perkara ini menjadi kebimbangan utama kerana senjata kimia merupakan ancaman terhadap manusia dan satu jenayah,'' katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130513/lu_06/Askar-Syria-guna-senjata-kimia---Turki#ixzz2TDJPMb00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment