Tuesday 7 May 2013

China kecam serangan Israel ke atas Damsyik



Beijing: China semalam mengecam serangan udara Israel di Syria ketika Presiden Benjamin Netanyahu tiba di Shanghai untuk melakukan lawatan rasmi.

Jurucakap Kementerian Luar, China Hua Chunying berkata, Beijing membantah sebarang penggunaan kekerasan dan percaya kedaulatan sesebuah negara perlu dihormati.


“China menggesa semua pihak yang terbabit supaya menghalang diri daripada mengambil tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan,” katanya kepada media.


Kelmarin, tentera Israel menyerang beberapa lokasi di luar Damsyik dan dipercayai rejim Zionis itu menyasarkan senjata yang sedang dihantar kepada pertubuhan Hizbullah.


Serangan udara itu meningkatkan kebimbangan terhadap konflik yang setakat ini berusia 26 bulan mungkin merebak ke wilayah lebih luas.


Kenyataan rasmi itu dibuat ketika Netanyahu tiba untuk melakukan lawatan lima hari ke China dan bertemu dengan Presiden Xi Jinping serta Perdana Menteri, Li Keqiang di Beijing.

Ia adalah lawatan pertama dibuat Perdana Menteri Israel ke China sejak 2007 dan selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, melawat negara itu.


Mahmoud turut bertemu Xi dan Li dalam lawatan tiga hari itu.

Dia dijadual meninggalkan China hari ini dan tidak dijangka bertemu dengan Netantahu ketika di negara berkenaan. Serangan kelmarin adalah yang kedua dilaporkan berlaku dalam tempoh 48 jam.- AFP

No comments:

Post a Comment