Tuesday, 18 June 2013

80,000 askar Syria sedia tawan Aleppo


Sebahagian daripada askar-askar Syria yang mendapat latihan daripada pergerakan Hezbollah bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat bagi menawan kembali bandar Aleppo. - AGENSI
DAMSYIK 17 Jun - Kira-kira 80,000 askar Syria dilatih oleh pergerakan Hezbollah, didakwa sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat bagi menawan kembali bandar Aleppo.
Menurut laporan akhbar United Kingdom, Sunday Times semalam, seorang komander Hezbollah berkata, askar-askar daripada Pasukan Pertahanan Nasional Syria (NDF) telah dilatih untuk pertempuran jalanan.
"Askar-askar tersebut turut dilatih oleh Pengawal Revolusi dari Iran,'' lapor akhbar tersebut.
Komander itu berkata, Hezbollah tidak akan mengerahkan pejuangnya di Aleppo tetapi hanya akan menyediakan bantuan taktikal kepada tentera Presiden Syria, Bashar al-Assad.
''Pertempuran di Aleppo akan dilancarkan oleh NDF dan askar Syria dengan Hezbollah memantau dan memberikan nasihat taktikal untuk bagaimana menyelaras dan melancarkan serangan.
''Ia akan melibatkan komander-komander dan pakar-pakar Hezbollah yang akan menasihat dan merancang bersama dengan komander tentera Syria bagaimana mengerahkan askar di lapangan, pergerakan dan bagaimana untuk melancarkan serangan,'' kataya.
Rancangan serangan ke atas Aleppo bertujuan untuk mengundurkan pemberontak Syria yang mengawal bandar kedua terbesar di negara ini.
Tentera Syria pada awal bulan ini berjaya merampas kawalan ke atas bandar Qusayr di Homs dengan bantuan Hezbollah.
Sunday Times berkata, rampasan semula ke atas Aleppo akan mengukuhkan kedudukan Bashar dalam memerangi pemberontak. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130618/lu_03/80000-askar-Syria-sedia-tawan-Aleppo#ixzz2WZReOiLq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment