DAMSYIK - SYRIA . Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mula memindahkan senjata ke Jordan untuk membantu kumpulan militan asing dalam usaha menentang kerajaan Syria.
Wall Street Journal melaporkan, CIA dipercayai telah mengerakkan operasi pembekalan senjata itu melalui rangkaian gudang rahsia.
Laporan itu turut mendakwa, Washington merancang membantu kumpulan militan asing dengan latihan ketenteraan, kecekapan menggunakan senjata ringan dan peluru berpandu.
“Arab Saudi juga merancang menyediakan senjata pemusnah pesawat untuk mereka,” menurut laporan Press TV.
Sementara itu dalam temu bual di stesen televisyen Turki, Presiden Basyar al-Assad berkata, campur tangan kuasa asing pada hakikatnya mengeruhkan lagi keadaan di Syria.
“Campur tangan sekutu Tentera Pembebasan Syria (FSA) seperti AS, Qatar, Arab Saudi dan Turki semakin menggugat kestabilan di rantau Timur Tengah. Mereka seperti mengawal kuasa pengganas di negara ini dan keadaan ini pasti merebak ke negara jiran,” katanya.
Menurutnya, Syria yakin keadaan huru-hara di negara itu berpunca daripada rancangan pihak luar.
“Militan yang bergabung dengan FSA untuk menentang rejim kebanyakan adalah militan warga asing,” katanya.

No comments:
Post a Comment