Laluan sempadan Bukit Golan ditawan
Pasukan tentera Syria berbalas tembakan dengan militan di barat bandar Qusayr, wilayah Homs.
HOMS - Anggota militan menawan laluan Quneitra yang terletak antara Syria dan Bukit Golan, semalam.

Dipetik PressTV, lapor radio tempatan, rampasan berlaku sejurus kedua-dua pasukan membabitkan tentera kerajaan Presiden Bashar al-Assad bertempur.

Menurut pegawai kerajaan, tindakan menawan itu, susulan tersebarnya berita mengatakan pasukan tentera berjaya mengembalikan keamanan dan kestabilan di bandar Qusayr.

"Ramai anggota militan yang disokong pihak antarabangsa terbunuh selain puluhan askar kerajaan cedera sewaktu operasi pembersihan di bandar Qusayr," katanya.

Pasukan ketenteraan Syria yang disokong gerakan penentangan Hizbullah, bertindak mengetatkan tahap keselamatan di bandar Qusayr sejak 19 Mei lalu.

Setakat ini, Qusayr dilaporkan menjadi salah sebuah bandar paling strategik kepada laluan bekalan senjata militan di Syria.