Saturday 8 June 2013

Tentera Syria serang kubu terakhir pemisah


Beirut: Tentera rejim Syria semalam cuba menyerang kawasan terakhir pemisah di utara Qusayr selepas mengambil alih semula bandar utama yang menjadi kubu kuatnya selama kira-kira setahun, kata sebuah badan pemantau.

Kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria, berkata tentera Presiden Bashar al-Assad juga menghantar pasukan ke utara Alleppo, yang dikuasai pemisah selama beberapa bulan.
“Pertempuran berlaku pada awal pagi antara tentera dan pemisah di pinggir kampung Dabaa, utara Qusayr berhampiran sempadan Lubnan,” kata kumpulan dari Britain yang mendapatkan maklumat daripada aktivis dan pasukan perubatan di kawasan terbabit.

Media rasmi Syria melaporkan bahawa Dabaa jatuh pada Khamis.

Rangkaian televisyen pergerakan Hizbullah Lubnan, Al-Manar yang memainkan peranan penting membantu pasukan tentera Assad merampas Qusayr memetik seorang panglima berkata bahawa tenteranya melancarkan satu serangan mengejut.

Kubu masih dibedil

Ini menyasarkan ‘pembebasan Dabaa’ dari pemisah.
Kubu pemberontak kedua di utara Qusayr, Timur Bweida di mana beratus-ratus orang cedera dan penduduk awam melarikan diri selepas kejatuhan Qusayr masih lagi dibedil oleh rejim.

“Empat pemisah terbunuh pada petang Khamis ketika cuba memindahkan mereka yang cedera,” kata pengarah Observatory, Rami Abdel Rahman kepada AFP. - AFP

No comments:

Post a Comment