Al Marj | Timur Al Ghouta | Damsyik
Cuba perhatikan riak wajah kanak-kanak ini. Mereka terlalu gembira. Sehingga berderai tawa mereka. Anda tahu kenapa mereka sangat gembira? Sudah 5 hari mereka berlapar. Hari ini ibu mereka telah menemui tepung busuk (seseorang yang tidak larat untuk mengangkatnya telah meninggalkan tepung itu) dan membuat roti daripada tepung yang telah berkulat itu. Tepung yang diadun bersama air itu telah dibakar menjadi roti.
Setelah lima hari tidak menemui walau sebuku roti, tiada apa lagi yang paling menggembirakan mereka hari ini, selain memakan roti bersama air kosong. Regim Basyar telah mengepung dan menyekat bekalan makanan, air dan ubat-ubatan ke sini. Kebun-kebun dan ladang-ladang gandum juga telah dibakar, dan rumah-rumah mereka telah dimusnahkan oleh regim sehingga menjadikan mereka pelarian dalam negara mereka sendiri. Namun seluruh dunia masih terus menonton.
Anda boleh menonton kisah menyayat hati kanak-kanak ini melalui link video di bawah:
http://www.youtube.com/ watch?v=q3Bit28ZMYU&feature =youtu.be
Kita di sini terlalu melimpah ruah sehingga adakalanya membawa kepada pembaziran. Sama-sama kita membantu mereka apa yang termampu dan seikhlas hati kita. Semoga saudara-saudara kita di Syria terus berada dalam perlindungan Allah Taala. Bila kemanusiaan sudah mati, hanya Dia lah sebaik-baik pelindung dan Allah sahaja sudah mencukupi.
HASBUNALLAH WA NI’MAL WAKEEL

http://www.youtube.com/

No comments:
Post a Comment