Dilaporkan bahawa mujahidin telah berjaya merampas kembali Khan Al-Bersham dan Karaj Al Sfahiyeh di Kota Lama Aleppo.
Di Khan Al-Bersham, pertempuran yang berlarutan tanpa henti selama dua hari berturut-turut telah berakhir pada pagi Khamis (18/7/2013) dengan kemenangan berpihak kepada Tentera Pembebasan Syria. Mujahidin melaporkan bahawa mereka berjaya merampas kembali kawasan strategik di bandar itu yang sebelum itu dikuasai oleh rejim Syria.
Manakala Karaj Al Sfahiyeh pula berjaya di rampas kembali oleh mujahidin dari Skuad ke 15 Briged Al-Tawhid, apabila mereka berjaya menyusup masuk ke markas kawalan kerajaan dan menyerang hendap tentera-tentera yang berpengkalan di situ dengan menggunakan roket (propelled grenade) dan meyebabkan tentera syria dan militan Pro-Basyar terpaksa lari dan menyelamatkan diri.
Allahu Akbar! Doakan semoga lebih banyak kemenangan yang berpihak kepada mujahidin.
No comments:
Post a Comment