Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, sekurang-kurangnya 33 anggota kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan Barisan al-Nusra terbunuh dalam pertempuran dengan tentera kerajaan sejak hujung minggu lalu.
Badan hak asasi manusia tersebut berkata, sebanyak 25 askar Syria turut terkorban dalam pertempuran berkenaan.
''Pertempuran ini sangat sengit di mana pemberontak menggunakan beberapa kereta kebal yang mereka tawan,'' kata Pengarah badan hak asasi manusia tersebut, Rami Abdel Rahman.
Anggota kumpulan jihad pula memberi fokus usaha mereka kepada daerah Huweika yang terdapat beberapa bangunan kerajaan dan ibu pejabat pasukan keselamatan.
Agensi berita Syria, SANA semalam melaporkan, tentera kerajaan membunuh pemberontak di kawasan perumahan di Senaa dan beberapa orang pemberontak pengganas lagi terbunuh apabila sebuah kereta yang dipasang bahan letupan diletupkan.
Kumpulan jihad tiga hari lalu turut merampas kawalan ke atas sebuah ibu pejabat Parti Baath tempatan di Deir Ezzor yang menyebabkan tentera mennggempur kawasan tersebut.
''Pemberontak mara ke beberapa daerah, namun tidak dapat merampas kawalan ke atas kawasan tersebut,'' kata Rami. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130814/lu_06/60-terkorban-di-Deir-Ezzor#ixzz2bxDnIsP4
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment