Sunday, 11 August 2013

Damsyik, Syria



Satu letupan telah menggegarkan kota lama Damsyik yang berpunca dari letupan bom. Tidak ada kematian dilaporkan melainkan 7 orang telah mengalami kecederaan. Terdapat laporan mengatakan Briged Ahfad ar-Rasul yang melakukan operasi ini yang menjadikan kubu Hizbullah yang berada disitu sebagai sasaran. 

Untuk menafsir berita ini, ada 2-3 perkara kita kena fikirkan. Pertama laporan hanya mengatakan Ahfad ar-Rasul adalah puncanya. Ke-2, Ahfad ar-Rasul sendiri tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka bertanggung jawab. Ke-3 salah satu cara untuk memberi imej buruk kepada pejuang Islam, adalah dengan meletupkan kawasan kediaman kemudian menuduh sesuka hati pejuang Islam. (rejim Bashar pernah menggunakan taktik ini semasa bom di Masjid Ummayah, Damsyik sehingga mengorbankan ulama Sheikh Said al-Buti). Ke-4, pejuang Islam tidak pernah menjadikan kediaman awam sebagai sasaran serangan bom.

Gambar menunjukkan kawasan sebelum letupan berlaku. Pejabat Hizbullah adalah berhampiran dengan kawasan ini.
Ini adalah videonya http://bit.ly/18kdo4V

No comments:

Post a Comment