Monday, 5 August 2013

Langsung dari Syria



Idlib, 4/8 : Ini adalah gambar dari salah satu pagar besi setebal 2 sentimeter di sekolah yang kami lawati..

Ini adalah kesan serpihan pecahan konkrit bangunan bersebelahan yang dibom oleh pihak regim.. Sekurang-kurang 15 pelajar maut akibat terkena serpihan konkrit ini..

Sekolah ini adalah dari salah satu sekolah yang kami lawati dalam menyampaikan bantuan projek pendidikan tabung kemanusiaan Malaysia Life Line For Syria hasil sumbangan orang ramai terutama dari rakyat Malaysia..

Sekolah ini terpaksa mengadakan giliran hari untuk pelajar lelaki dan perempuan demi menampung bilangan kelas dan pelajar di sekolah ini.. Hari ini kelas untuk pelajar lelaki, esok untuk pelajar perempuan..

Sekolah ini bermula dari sekolah menengah rendah sehingga peringkat STPM..

Pengetua sekolah ini mengagumi Malaysia dan rakyatnya sehingga berhasrat untuk menambah subjek Bahasa Melayu dalam silibus pendidikan mereka nanti..


Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057
Paypal: msia4syria@gmail.com

*Sebarang sumbangan yang memerlukan potongan zakat/cukai, sila emelkan (malaysia4syria@gmail.com) kepada kami NAMA, ALAMAT RUMAH dan juga NO. TELEFON serta BUKTI SUMBANGAN.

No comments:

Post a Comment