Wednesday, 11 September 2013

Operasi Menghancurkan Latakia # Bahagian Akhir




Ini adalah Bahagian Akhir. Sesiapa yang mengikuti Operasi ini dari mula telah memahami strategi demi strategi yang digunakan oleh mujahiddin.

Kali ini mujahiddin telah mara ke Latakia atau kelihatan seperti mara ke Latakia. Rejim laknat menyedari akan hal ini. Mujahiddin tahu bahawa rejim akan menghantar tentera tambahan. Sememangnya itulah kehendak mujahiddin.

Mujahiddin tahu dengan operasi ini, Hizbusyaitan akan masuk ke Latakia melalui perairan. Mujahiddin juga tahu bahawa tentera tambahan akan dihantar dari Idlib dan mara ke Ariha dan menyerang mujahiddin dari belakang. Mujahiddin juga tahu tentera tambahan akan datang dari Tartus, Homs dan Hama. Mujahiddin tahu semua ini.

1) Apa yang mereka perlu lakukan ialah menguasai Ariha. Mujahiddin segera menghantar Briged Suqor al-Aaz yang dipimpin oleh Sheikh Saqr kerana mereka mengetahui bahawa tentera rejim dari Idlib akan menyerang dari belakang. Alhamdulillah. Mujahiddin berjaya menguasai Ariha dan berjaya menghalang kemaraan tentera rejim (Berita terbaru jet rejim menyerang bertubi-tubi bandar ini kerana mereka mahu mara ke Latakia dan mengepung mujahiddin)

2) Mujahiddin tahu laluan kemaraan yang akan digunakan oleh rejim. Rejim akan menggunakan laluan (yang berwarna merah). Apa yang mujahiddin perlu lakukan hanyalah menunggu. Mujahiddin tidak perlu mara. Mereka hanya menunggu dipergunungan. Satu kelebihan buat mujahiddin kerana mereka berada di tempat yang tinggi dan mengetahui akan kemaraan rejim. Berada di kawasan gunung seperti ini juga sebenarnya menyelamatkan mereka dari serangan artileri dan jet. Rejim telah termakan umpan mujahiddin.

3) Yang paling hebat ialah, dengan rancangan menyerang Latakia ini, mujahiddin berjaya membuatkan tentera-tentera yang berada di Idlib, Homs dan Hamah meninggalkan markas mereka dan segera menuju ke Latakia. Apakah yang berlaku seterusnya? Mujahiddin di Idlib, Homs dan Hamah yang sememangnya telah standby dari mula sebelum operasi ini dilancarkan terus menyerang markas-markas ini.. terdapat banyak laporan serangan yang berlaku di Homs, Idlib dan Hamah.

Sekarang Operasi ini masih berterusan sehingga hari ini. Mujahidin tidak perlu mara ke arah bandar sebenarnya. Itu bukan matlamat mereka buat masa ini. Matlamat mereka ialah menguasai Homs, Hamah dan Idlib. Jika mujahiddin menguasai ketiga-tiga negeri ini. Latakia dan Tartus otomatik akan jatuh ke dalam genggaman mereka.

Salah satu cara untuk menguasai negeri ini ialah berpura-pura untuk mara ke Latakia negeri kelahiran Bashar yang majoritinya syiah alawi. Dengan berpura-pura untuk menyerang bandar Latakia, bala tentera rejim akan meninggalkan kawasan penguasaan mereka di Homs, Idlib dan Hamah. Operasi Menghancurkan Latakia ini sebenarnya membawa kemusnahan yang teruk kepada rejim bukannya di kawasan Latakia tetapi di Homs, Idlib dan Hamah.

Strategi dan taktik mujahiddin :-

Bahagian 1 http://on.fb.me/1aKMcR7
Bahagian 2 http://on.fb.me/19JlPrN
Bahagian 3 http://on.fb.me/18Xn45y
Bahagian 4 http://on.fb.me/15scxzw
bahagian 5 http://on.fb.me/18cjP86
Bahagian 6 http://on.fb.me/1djazq0
Bahagian 7 http://on.fb.me/1ffIqgh
 

No comments:

Post a Comment